'Freen belasah anak siswa sehingga patah hidung'. Itulah yang menjadi buah mulut di kalangan pelajar Kolej Chintraputh hari ini. Setelah sekian lama Freen tidak membuat kekecohan akibat kerana kesibukannya yang kini sedang menghadapi ujian akhir semester untuk tahun ketiga dia di kolej itu.
Ruangan komen dan video tidak kurang heboh dengan pelbagai andaian. Ada yang mengatakan bahawa Freen memukul siswa itu kerana lelaki itu curang. Ada juga yang mengatakan bahawa Freen ada salah faham yang menyebabkan itu semua berlaku. Tidak kurang pula yang mengatakan bahawa Freen memang seorang yang tidak sukakan lelaki. Tiada seorang pun yang mengetahui cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku melainkan Freen dan siswa itu.
SKIP DI TAMAN BELAKANG KOLEJ
Freen POV
Faith, Fly dan Friend yang risau memikirkan tentang apa yang terjadi kepada sahabat mereka itu mula mencari-cari arah dimana Freen berada. Panggilan dan mesej dari mereka semuanya tidak dibaca ataupun diangkat Freen menambahkan kerisauan dalam diri mereka. Apa yang lebih merisaukan mereka jika benda ini diketahui oleh ayah Freen. Andainya beliau tahu, kejadian 5 tahun lepas mungkin berulang lagi.
Dari kejauhan di sebalik sebatang pokok mangga besar di taman belakang kolej, kelihatan kelibat Freen di situ sedang berbaring."Freen, Freen, Freen... bangun" jerit Faith sedikit kuat mengejutkan Freen yang tertidur akibat kelelahan bangun dengan serta-merta. Dengan muka yang terkejut dan masih sedikit mamai, dapat dia melihat wajah sahabat-sahabatnya berada di sekeliling dia.
"Kau memang tak reti beri salam dulu ke Faith? Kalau aku ada masalah jantung, aky rasa malam ni korang dah boleh makan free. Terkejut tahu tak..?" marah Freen.
"Sorry lah. Habis tu kau tu kenapa buat hal hari ni? Kecoh tahu tak dekat page kolej kita dengan video dan komen-komen tu semua. Kitorang tak nak apa-apa jadi dekat kau, kau tahu tu.." ucap Faith panjang lebar.
Freen tahu sahabat dia semuanya sayangkan dia dan peduli tentang dia. Hanya mereka sahaja yang menjadi tempat Freen merasa nyaman dan gembira bila berada di luar rumah. Ketegasan Tuan Nuth merupakan ketakutan yang paling digeruni oleh Freen.
Riak wajah Freen mula cuak. Tangan dan kakinya mula menggigil. Sahabatnya perasan akan itu. Faith dan Friend terus memeluk Freen kerana tahu panic attack yang menyerang itu mungkin boleh jadi lebih teruk. Faith mengurut belakang Freen mengalirkan aura positif dan memberi kata-kata semangat supaya Freen kembali baik.
"Fly, kau settlekan budak lelaki tu jangan sesiapa pun tahu dan dapat kesan jejak dia especially Daddy. Dia yang sebar gambar tak senonoh mahasiswi di sini sebelum ini. Aku tak nak orang lain pula yang menjadi mangsa. Kau faham kan tugas kau?" tegas Freen mula meminta diri untuk pulang awal ke rumah. Dia perlukan rehat.
"OK sis. I will do my best. Aku akan pastikan tak ada sesiapa yang tahu termasuklah Daddy kau. Kau hati-hati balik" balas Fly sambil berlalu untuk menghubungi orang bawahannya untuk memulakan misi.
Faith dan Friend juga berlalu pergi.
Becky POV
"Baiklah saya maafkan tapi dengan syarat..."Suara dan ayat itu masih mekar di ingatan Becky. Suara orang yang membuat hati dia gundah gulana dan tak tentu arah setiap kali mereka berdekatan. Becky tidak pasti apa perasaan itu cuma dia hanya berharap itu hanyalah kerana dia terpesona dengan penampilan Freen, itu sahaja.
YOU ARE READING
Because Of You
Romance"the sunset is beautiful isn't it?" means a lot to both girls who suddenly feel something uneasy with each other.