Dalam diri setiap manusia pasti ingin merasai perasaan diri dicintai mahupun mencintai seseorang yang disukai walaupun hanya dalam diam. Setiap orang pasti akan ada perasaan itu. Jika perasaan itu berlaku secara tidak sengaja dan kita terjatuh hati kepada seseorang yang tidak mengenali kita, itu dinamakan sebagai crush. Jika kita terjatuh hati kepada seseorang dan dia juga mencintai kita, makanya ianya cinta sejati. Namun tak semua cinta sejati berjalan seperti yang diimpikan. Ada yang mengalami pasang surut melayari saat-saat indah bersama tak kurang juga yang kurang bernasib baik dalam perhubungan.
Cinta atau sayang adalah sebuah perasaan yang tiada siapa pernah duga ianya akan tiba bila dan di mana mahupun kepada siapa ianya perlu diluah. Jika perasaan itu datang, sama ada ianya datang untuk kebahagiaan atau itu hanya sebagai suatu ujian kepada si pujangga. Ianya perasaan yang dititip oleh si Pencipta kepada setiap manusia yang dikehendakiNya. Namun, cinta betul-betul membuatkan orang itu buta bahkan cinta tidak mengenal jantina.
Becky POV
Pejam celik pejam celik akhirnya hampir habis 1 semester Becky belajar di kolej ini. Perjalanan sebagai anak siswi dalam bidang guaman benar-benar membuat Becky tidak cukup rehat dan sentiasa balik dalam keadaan keletihan.Final exam untuk semester 1 sudah semakin menghampiri. Semua pelajar masing-masing dalam keadaan sibuk untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
"Becky, kau dah ready untuk final exam nanti? Aku berdebarlah. Aku risau jika aku tak mampu.." monyok Irin memikirkan peperiksaan akhir semester yang tidak lama lagi tiba itu.
"Aku pun. Tapi kita dah belajar sebaik mungkin. So aku yakin kita mampu. Kau janganlah monyok macam tu. Aku belanja kau makan, nak?" pujuk Becky. Dia tahu masing-masing berdebar. Dia juga merasai hal yang sama namun dia tidak mahu menambahkan lagi beban perasaan yang dialami oleh sahabatnya itu. *Makin ditambah makin teruk la jadinya kan.. 😏
"Pucuk dicita ulam mendatang. Kau nak belanja, aku sukalah 😆" ceria Irin sambil memeluk pergelangan tangan Becky kejap. Kepala dilentukkan ke bahu sahabatnya itu. *Amboiiii Irin, mentang-mentanglah dapat makan free seronok bukan main ye... 😅 macam author juga la..
--------------- SKIP KE KAFETERIA ----------
Becky POV
"Kau pergi cari tempat duduk, aku belikan makanan untuk kita""Haa.. okay. Aku nak nasi ayam penyet tau"
Langkah diatur menuju ke kedai yang menjual menu nasi ayam penyet untuk mereka berdua. Becky mula menyelit di antara ramai orang yang beratur untuk kedai di sebelah dari kedai ayam penyet yang ingin dituju. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang memerhati dari kejauhan.
"Hai si cantik, nak beli nasi ayam penyet ke? Nak berapa? Tak apa, hari ni hari bertuah awak. Saya belanja awak. Nanti saya hantarkan makanan kepada awak ye.." ujar Leo, seorang atlet bola keranjang yang sangat digilai oleh ramai pelajar Kolej Chintraputh terutamanya di kalangan mahasiswi.
Becky yang terkejut pada mulanya hanya terdiam seketika dari membalas kepada Leo. Dia kenal Leo sebab Leo sentiasa cuba untuk mendekati dia dari awal dia belajar di kolej itu lagi namun dia tidak pernah melayan. Dia hanya menganggap Leo sebagai seorang senior yang perlu dihormati.
"Owh takpa, khun Leo. Saya boleh beli sendiri" tolak Becky lemah lembut. Dia beratur menunggu giliran untuk memesan makanan. Leo semakin mendekatkan dirinya. Tangan Becky dicapai. Becky pantas tangan dia dari terus dipegang oleh Leo. Dia tidak menyangka Leo akan bertindak sebegitu.

YOU ARE READING
Because Of You
Любовные романы"the sunset is beautiful isn't it?" means a lot to both girls who suddenly feel something uneasy with each other.