Berjalannya masa dan peredaran era kehidupan, begitulah jua yang terjadi dalam kehidupan Geng F4 dan Becky. Orang yang paling mereka sanjung, sayang dan kasih kini hilang entah ke mana. Siapa yang menghilang? Yang pasti itu adalah Freen. 😢 Ke mana kau menghilang, Freen? Author pening tak tahu dia pergi ke mana 🥴.
Faith, Fly dan Friend bingung tentang keadaan dan di mana Freen sekarang sedang berada. Bingung juga sebab apa Freen menghilang dan kenapa tidak memberitahu mereka ke mana dia ingin pergi. Sekiranya pergi bercuti, harusnya diberitahu dan diajak bersama. Mereka kan Geng F4 ke mana-mana harusnya bersama. Dasar geng yang ingin memanfaatkan sahabatnya sahaja 😆 biar di belanja bercuti bersama padahal semua anak orang kaya.
Geng F4 POV
Sudah hampir dua bulan lamanya Freen menghilang tanpa jejak. Bahkan Faith yang kerja sebagai setiausaha selaku pembantu peribadi Freen pun tidak tahu tentang keberadaan Freen dimana dan sampai bila menghilang.
Kerja-kerja di syarikat yang memerlukan tanda tangan serta pengesahan dari Freen terpaksa diambil alih oleh Tuan Nuth selaku ayah dan Ketua Pengarah di situ. Nasib baik Tuan Nuth masih mahu untuk membantu menguruskan perusahaan syarikat Freen sejak Freen menghilang.
Group Whatsapp F4
Fly : aku rindu korang. Busy tak?
Faith : aku sibuk sikit plus ada meeting. Aku akan jumpa korang kemudian selepas dari
Meeting.Friend : aku boleh datang tapi aku bawak awek aku skali eh.. 😂
Fly & Faith (serentak) : bawak je.. The more the merrier..
Friend : thanks guys 🙂 see u there. Bye.
******** SKIP DI CAFE **********
Jam menunjukkan jam 5 petang. Waktu sekarang adalah waktu peak hour terutamanya pada hari-hari bekerja. Kenderaan mula berpusu-pusu keluar dari ruangan kerja menuju ke destinasi seterusnya mengikut kehendak para pemandu. Ada yang mula menuju pulang terus ke rumah kerana merasa lelah setelah penat bekerja seharian di pejabat. Ada yang menuju ke pusat membeli-belah untuk mencari sesuatu yang diingini seperti membeli belah barang keperluan harian mahupun untuk mengisi perut sebelum pulang ke rumah, maka tidak memerlukan diri untuk penat memikirkan apa yang perlu dimasak.
Kafe yang menjadi tempat perjumpaan untuk Geng F4 seperti kebiasaannya mulai dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang singgah setelah balik dari tempat kerja. Menikmati secangkir kopi menghangatkan diri kembali dan menyegarkan mata dan minda yang sudah penat menghadap pelbagai jenis pekerjaan.
Fly yang mula-mula sampai menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa minit, Faith memunculkan dirinya.
"Hai Fly, mana yang lain? Belum sampai ke?" soal Faith sambil menepuk bahu Fly menyedarkan Fly yang sedang asyik bermain dengan telefon bimbitnya.
"Entah. Belum sampai lagi. Kau faham-fahamlah orang bercinta. Melencong ke lain dulu la tu. Kejap lagi sampailah tu. mungkin sangkut jem juga tu." balas Fly. "Kita order dulu la air atau makanan." sambung Fly disambut dengan anggukan oleh Faith.
Fly memanggil pelanggan untuk mengambil pesanan makanan dan minuman dari mereka. Pelanggan mula menulis di kertas dan mula melangkah ke dapur untuk menyediakan apa yang dipesan.
"Faith, kau makin busy sejak Freen tak ada ni aku tengok. Macam mana dengan syarikat tu?" Fly mula memecah kesunyian yang seketika bertandang di antara dia dan Faith. Faith menatap ke muka Fly seketika dan melepaskan lelah di dada yang sekian lama terpendam.
"Bukan makin busy tapi memang totally busy almost all the times. Freen hilang tiba-tiba tanpa apa-apa khabar berita langsung. Dia menghilang entah ke mana. Tapi aku yakin seseorang tahu dia dimana, for sure." ucap Faith sambil menundukkan wajahnya menatap ke meja bulat yang terbentang di depan mata ketika ini.
Fly terkejut dengan ungkapan Faith. "Haa.. ada yang tahu Freen dekat mana? Siapa?" soal Fly kemudian otaknya mula memikirkan sesuatu. "Owh.. i got you."
Pesanan yang dipesan oleh mereka berdua mulai terhidang di depan mata oleh pelanggan yang datang. Americano ice dan ice latte untuk mereka berdua. Perbincangan terhenti seketika untuk menikmati keharuman bau kopi itu.
Dari kejauhan sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta mula memunculkan diri. Muka masing-masing tersengih dengan muka yang tiada rasa bersalah menyebabkan rakan-rakan yang lain lama menunggu hampir 40 minit lamanya.
"Ermm... datang dah dengan muka tak bersalah." gumam Fly dengan muka tak puashatinya. Pernyataan Fly itu dipersetujui dengan anggukan dari Faith.
Skip perjumpaan Geng F4 setelah sekian lama tidal berjumpa ekoran masing-masing sibuk dengan activities kerja sectarian yang berbeza.
Faith POV
Kesibukan di tempat kerja semakin meningkat sejak Freen menghilang tanpa jejak. Kerisauan dan tanda tanya dimana keberadaan Freen namun yang pasti Tuan Nuth tahu tentang Freen. Tapi until menanyakan langsung kepada dia bukanlah mudah.
Bantal peluk yang ada di atas katil dicapai sambil baring menatap ke langit syiling bilik bertemankan kipas yang berpusing. Ada aircond sebenarnya tetapi tidak digunakan dek kerana hujan yang masih kedengaran di luar rumah.
Telefon bimbit di ambil lalu nombor telefon Freen cuba di dail namun gagal; tidak aktif. Semua ruangan sosial media Freen dicek dan yang mengejutkan adalah tiada langsung update terbaru. Yang terakhir adalah ketika Freen masih bersama mereka.
Gambar Freen di belek-belek mengubat kerinduan.
"Kau kat mana sekarang? Aku rindu kau. Kitorang semua rindu kat kau. Kau okay ke?" desis hati kecil Faith. Tanya sedar airmata mengalir perlahan. Airmata yang menitis menjadi peneman setia Faith sejak Freen tiada.
Di suatu sudut tempat yang jauh terpencil dan jauh dari kesibukan kota walaupun di negara yang agak moden, ada seseorang yang sedang termenung jauh mengenang nasib yang tidak tahu di mana penghujungnya. Sudah hampir berapa purnama dia tinggal di situ, tidak dia ketahui. Berada di tempat asing tiada orang yang datang menjenguk, terutama daripada orang tersayang atau yang tercinta. Ingin diri rasa dikunjungi tetapi dia tahu dia perlu membekalkan diri dengan segala perubahan yang mampu membahagiakan dirinya dan orang yang disayangi.
Kehidupan sebagai seorang yang asing dan tidak dikenali membuatkan diri tidak dilayan seperti di tanah air sendiri. Namun itu bukan menjadi penghalang atau penyekat untuk dia terus bersifat positif dan menjadi orang yang semakin kuat keyakinan diri.
'Minda dan badan yang sihat menjadikan kita semakin bahagia'; itulah ungkapan yang selalu diberikan oleh penasihat kesihatan di sini. Dengan kata-kata itu jugalah menjadikan dia semakin berani dan terus bangkit dari kenangan silam yang mencengkam hidupnya selama ini.
"Baby, tunggu I balik."
BERSAMBUNG NANTI...
Maafkan saya yang sudah lama menghilang. Sibuk dengan kerja yang tak menentu jadualnya. Harap masih mampu memenuhi kemahuan para pembaca.

YOU ARE READING
Because Of You
Storie d'amore"the sunset is beautiful isn't it?" means a lot to both girls who suddenly feel something uneasy with each other.