1: SIAPA DIA?

56 6 1
                                        

Freen POV
         "Woii, apa yang kau termenung tu? Macam jauh sangat tu sampai ke Dubai dah aku rasa. Hahaha" sergah Faith mengejutkan Freen yang mengelamun entah ke mana fikirannya. "Entahlah kau ni Freen. Dari tadi kitorang panggil kau tapi kau tak menyahut pun. Kuat kot kitorang jerit tadi" tambah Fly disambut dengan anggukan oleh Friend.

          "Haa iya ke? Maaf. Aku tiba-tiba teringat kejadian tadi pagi dekat pintu pagar utama kolej. Ada budak perempuan mana entah langgar aku lepas tu blah camtu je.." rungut Freen dengan muka ketat dia tapi masih terselah ketampanan wajahnya. *Korang bayangkanlah sendiri eh.. 😆

           Sekejap imbasan kejadian tadi pagi terimbau kembali. Freen tidak nampak jelas wajah orang yang melanggarnya ketika itu. Wangi. Iya itu yang terus melekat pada pemikiran Freen ketika ini. Gadis itu wangi dan cantik, memiliki rambut yang panjangnya hanya separas melebihi bahu berwarna keperangan.

          Faith dan yang lain mendengar penjelasan ringkas dari Freen itu pun mula diam melihatkan raut muka Freen yang ketat itu. Mereka tahu mereka tidak boleh membalas apa-apa jika Freen dalam keadaan begitu nanti ada singa betina yang tengah tidur tiba-tiba datang ngap dorang pula 😝.

Becky POV
             "Mommy, Becky gerak dulu ya. Becky dah lambat ke kolej. Bye" jerit Becky sambil kaki melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Pak Non, pemandu peribadi keluarga Tuan Richard.

             Perjalanan ke kolej dirasakan begitu perlahan menyebabkan Becky terpaksa menyuruh Pak Non untuk melajukan perjalanan mereka. Jam di tangan di kerling berkali-kali menambahkan lagi debaran di dada anak gadis ini.

             "Macam mana aku boleh terlajak tidur pagi tadi.? Bukankah aku sudah set alarm dekat phoneku semalam?" rintih hati kecil Becky sambil dia mengecek semula alarm di handphone yang sedang dipegang. Sudah ditetapkan seperti yang sepatutnya. Memang dia tidur mati la kalau macam ni. *Kaki tidur betullah si Becky ni 😂 lain kali tidur awal la..

             "Cik Becky, kita dah sampai" ulas Pak Non sekilas. "OK, terima kasih Pak Non" balas Becky sambai melambai tangan dan kakinya terus berlari masuk ke perkarangan kolej. Langkahnya diatur begitu cepat tanpa melihat ke arah sekeliling.

             Gedebukkk.. dia melanggar seorang anak siswi di situ. Tanpa sempat mengucapkan ucapan maaf Becky terus melajukan langkahnya kerana dia sudah terlambat untuk menghadiri mata pelajaran pertama di hari pertama dia di kolej berkenaan.

             Nasib Becky baik kerana pensyarah belum lagi masuk ke kelas ketika itu. Brcky terus mengambil tempat duduk di barisan pertama bersebelahan dengan seorang siswi di situ.

             "Hai, pelajar baru ya..? Kenalkan, saya Irin dan ini Stella. Boleh kita jadi kawan?" ucap Irin ketika melihat Becky yang masih dalam keadaan tercungap-cungap. Becky yang cukup senang dan gembira kerana akhirnya dia mendapat kawan. *Sebagaimana pengenalan yang author dah cerita, Becky kan introvert orangnya 😏

-------------- SKIP KE KAFETERIA -----------

              Riuh rendah suara para pelajar kolej yang berpusu-pusu sedang membeli makanan dan minuman. Becky, Irin dan Stella mengambil tempat di ruangan sebelah kanan berdekatan dengan tandas. *Biasalah perempuan, nanti mesti nak betulkan make up la, nak betulkan itu ini 😂

              Suasana menjadi lebih histeria apabila geng-geng F4 muncul. Siapa lagi kalau bukan Freen and the geng laa.. Anak-anak gadis semua menjeriy berteriak nama Freen termasuklah adik-adik(lelaki lembut 😅) yang terus menerus menjerit. *Tak tahulah dorang ni pakai tenaga dari mana duk jerit macam tu, tak sakit ke tekak tu 🤣

               "Siapa dorang tu? Asal semua pakat menjerit dah macam kena sampuk je..?" soal Becky sekilas. "Awak tak kenal? Oh lupa awak budak baru dekat sini. Dorang tu memang kegilaan ramai dekat sini especially si Freen tu yang paling depan pakai baju jaket hitam, t-shirt putih dan berseluar denim. *Vibe Daddy sangat Freen dengan pakaian camtu 🥰

            Langkah demi langkah kaki dari geng F4 menyesakkan dada ramai pelajar yang ada di kafeteria ketika itu. Detak kaki geng F4 lalu semakin mendekat. Hati Becky tiba-tiba berdetak laju. Matanya masih terpaku kepada raut wajah yang kini semakin mendekat itu.

              "Kenapa dengan hati aku ni?" detik hati kecil Becky dengan tatapannya masih melekat kepada Freen. Becky melakukan hembusan inhale exhale bagi melegakan hatinya yang berdetak kencang itu sambil meletakkan tangannya di dadanya.

              "Wanginya.. wangian ini" detik hati Freen terus dengan tiba-tiba dia menghentikan langkah kakinya. Mata di alih ke arah sebelah kiri laluan dia berada sekarang. Raut wajah cantik, manis dan bibir yang berbentuk hati itu dilihat.

              "Macam bidadari" ucap Freen dalam keadaan dengar tak dengar itu.

              Langkah Freen yang tiba-tiba berhenti itu menyebabkan sahabat dia yang berada di belakang tidak sempat untuk break terus terlanggar belakang badan Freen, terus menyedarkan Freen dari lamunan sementaranya itu.

            "Sorry bro..eh sis.. kau kenapa tiha-tiba berhenti?" soal Faith dan yang lain serentak. Faith yang perasan pandangan mata Freen terarah ke sebelah kiri mereka ketika itu, lalu dia pun mengalihkan pandangan ke arah yang sama.

              "Oh, ada awek cun rupanya. Patutlah.." desis hati kecil Faith. Senyum sinis di bibir Faith mula muncul. Freen yang perasan sahabatnya itu hanya buat tidak endah sahaja.

              "Dah la, jom. Aku lapar" tungtas Freen ringkas.

              "OK jom, aku pun lapar. Kau nak apa Freen? Macam biasa ke?" soal Fly yang sentiasa akan belanja Freen sebab Freen adalah sepupu kesayangan dia. Hanya anggukan yang diterima.

               Yang lain semua dah pergi untuk membeli makanan, tinggallah Freen seorang yang duduk menunggu kembalinya mereka membawa makanan dan minuman. *Biasalah Freen kan ketua dalam geng dorang tu 😜 anak buahlah yang kena beli makanan dan bawakan minuman kan.. haha 😆

              Sementara menunggu kedatangan sahabatnya itu, mata dikalih kembali mencari semula kelibat bidadari yang dilihat tadi. Seketika matanya terhenti di situ. Senyuman terukit tanpa disedari. *Ey ceyh ceyh Freen dah terpaut la tu 😝

              "Siapa kau wahai bidadariku?" desis hati kecil Freen tiba-tiba. Terkejut dengan kata hatinya sendiri, Freen terus menggelengkan kepalanga menghapus apa yang baru sahaja dia dengar itu. *Haa sudah.. declare bidadariku la pula Freen ni 😂





BERSAMBUNG
---------------------------------------------------------
Maaf jika penggunaan ayat rojak dalam penulisan saya. Saya masih mencuba yang terbaik untuk pembaca semua. Adakah Freen akan mulai mendekati Becky? Tidak juga saya tahu 😅

Because Of YouWhere stories live. Discover now