6: MY SUNSHINE

24 2 1
                                    

Becky POV

           Nyanyian dengan alunan muzik serta lirik yang mendamaikan itu takkan pernah aku lupakan sampai bila-bila, mungkin sampai aku mati sekalipun. Tak pernah ku duga ianya datang begitu cepat. Sungguh aku tenang dan bahagia dalam masa yang sama.

           Seorang anak nakal yang jaguh membuat onar dan kekecohan di kolej sehingga hampir semua mahasiswa mahupun mahasiswi gerun dengan dirinya kerana dia memegang nama keluarga yang besar dalam dunia perniagaan mahupun lainnya tetapi dalam masa yang sama mampu menggundah gulanakan mana-mana hati yang melihat wajahnya. Auranya sentiasa menggerunkan tapi menawankan.

            Dengan penampilan yang sungguh menawan dan mempersonakan malah mampu membuat sesiapa yang memandang tidak akan pernah mengalihkan pandangan ke arah berlainan melainkan hanya dia. Siapa tidak kenal dengan Freen Sarocha Nuthriputh. Dengar saja namanya diseru, pasti menjadi histeria untuk semua pengagumnya, termasuklah Becky namun hanya dalam diam.

            Lirikan mata dan tatapan tajam yang terus tepat menusuk ke lubuk hati Becky, mampu membungkamkan Becky setiap kali melihatnya. Seketika kejadian pada malam Prom Night, terimbau.

Throwback

             Perjalanan pulang ke rumah terasa begitu indah dengan adanya si dia di sisi. Becky merenung wajah Freen yang sedang fokus dalam permanduannya. Dunia seketika seperti berhenti terdetik memberi ruang kepada Becky untuk terus menikmati setiap inci wajah Freen. Dari kening, mata, hidung terus tertumpu ke bibir merekah merah itu yang seperti sedia untuk diratah Becky. Bibir merah yang seperti aiskrim sedia untuk dijilat dan dirasai. Becky membasahkan bibirnya sendiri sambil mata masih ke bibir merah itu. *OMG Becky 😱. Maaf bukan salah author, ni salah Becky sendiri yang rasa begitu.

            Freen yang cuba menumpukan perhatian ke arah permanduannya mula terganggu. Kakinya menggigil, hatinya resah dan jantung berdegup laju tidak keruan. Apatah lagi apabila dia menyedari Becky menatapnya sedari tadi namun dia diamkan.

            Lampu isyarat merah, Freen perlahankan kenderaannya. Jarak yang jauh dia dekatkan kepada Becky di sebelah. Mata mula terarah ke bibir manis si gadis kecil molek itu.

           'Cup' sebuah sentuhan dari bibir Freen singgah melekat ke bibir Becky. Becky tergamam, terdiam. Gejolak di hatinya semakin kencang sehingga mampu untuk Freen mendengarnya apabila mereka terlampau dekat begitu.

          "This is your punishment and you asked for it '' ucap Freen sambil senyum kecil. Senyuman yang ikhlas, bukan seperti senyuman sebelum ini yang dingin dan tiada emosi. Ibu jarinya menyentuh sekilas mengelap sedikit kesan gincu yang melekat pada bibir Becky.

           Suasana sunyi sehingga mereka sampai di depan perkarangan rumah Becky. Freen dengan gentleman nya turun dari kereta terus menuju ke pintu sebelah untuk membukakan pintu buat Becky. Tangan dihulur kepada si tuan puteri untuk perlahan turun dari kereta seperti pangeran raja menyanjungi puterinya. *Oh so sweet Freen ni ye.. 😍

Throwback end

Freen POV

            Anak mata yang redup minta dibelai, dan bibir berbentuk hati itu benar-benar meminta untuk dikucup terus dilumat. Lembut sungguh kulit dia. Senyuman masih terukir di bibir.

            Acara Prom Night akhirnya berjalan dengan lancar dan meriah. Semua pelajar seronok dan mula beransur pulang setelah tamat acara. Masing-masing berpecah mengikut haluan yang ingin dituju. Ada yang langsung pulang ke rumah, ada juga yang menyambung keseronokan dengan mengunjungi bar berdekatan. *hai maklumlah malam minggu meh.. 😜

Because Of YouWhere stories live. Discover now