5: DEKAT

25 4 2
                                    

                Semenjak Irin dan Friend dekat, hubungan di antara geng Becky dan Freen juga semakin baik dan mesra. Dari kumpulan yang dulunya ada dalam empat orang, kini menjadi kepada tujuh orang semuanya. Semakin ramai, semakin meriah.

                Dalam tradisi Kolej Chantriputh, ada suatu acara yang mesti dan akan dijalankan bagi meneruskan tradisi tersebut. Tradisi yang menjadi acara tahunan itu adalah acara menyambut atau merayai pelajar-pelajar baru atau freshie yang sudah berjaya meneruskan perjuangan belajar selama setahun berada di kolej tersebut.

                Pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan oleh semua pihak yang terlibat terutamanya dari kalangan pelajar tahun satu di situ. Becky dan sahabatnya tak kurang sibuk untuk merealisasikan acara tersebut.

                Sebagai seorang pengerusi untuk acara tersebut setelah mengambilkira undian ramai yang sepakat dari semua pelajar tahun 1 untuk semester kali ini, Becky dipertanggungjawabkan untuk menjayakan acara kali ini.

                 Berkat dari tips dan sokongan dari para senior kolej terutamanya dari Freen and the geng, Becky akhirnya mempunyai perancangan yang lengkap untuk acara itu nanti.

                 Dari awal acara akan bermula hinggalah berakhir kepada malam prom night sebagai penutup acara, Becky dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dengan acara berkenaan akhirnya yakin dengan perancangan tersebut.

------- SKIP HARI FRESHIE SEM 1—----

                Aktiviti sukan badminton, bola keranjang, bola jaring dan bola sepak yang berlangsung dari awal pagi sehingga ke petang akhirnya menunjukkan keputusan keseluruhan berpihak kepada mahasiswa dan mahasiswi dari kos Seni & Kebudayaan. Siapa sangka mereka walaupun dari bidang seni tetapi mempunyai bakat dalam bidang sukan terutama sukan outdoor sebegitu.

                Selain aktiviti sukan outdoor, sukan indoor juga turut diadakan dan ianya terbuka kepada semua pelajar tidak mengira dari jurusan apa mahupun dari tahun berapa. Kemeriahan dan keceriaan terpancar jelas di raut wajah semua pelajar. Hari dimana mereka boleh melepaskan semua ketegangan dalam diri dari memikirkan tentang assignments yang banyak buat seketika.

                Freen tidak melepaskan peluangnya untuk mencabar diri dengan menyertai aktiviti sukan indoor iaitu sukan catur dan melukis. Acara catur yang melibatkan daripada 12 kumpulan dan akhirnya menjadi lawan berani mati dengan melibatkan di antara dua individu yang bakal berentap di meja lawan.

                 Kemeriahan dan suasana tegang mula terasa apabila berada di peringkat terakhir bagu menentukan siapakah yang bakal menjadi pemenang catur. Suasana di dalam dewan yang di kunjungi oleh ramai daripada kalangan peminat Freen dan Becky mulai memenuhi kawasan dewan tersebut. Setelah hampir dua jam lamanya acara tersebut berlangsung kerana saingan yang agak sengit di kalangan para peserta untuk acara kali ini. Lebih hangat dari tahun sebelumnya.

                 Saat untuk penentu pemenang acara catur bermula. Suasana di dalam dewan menjadi sunyi menandakan bahawa semua penonton yang menyaksikan sedang khusyuk dan memberi ruang kepada peserta akhir untuk fokus kepada permainan.

                 Dalam acara sukan catur dia menang di tempat kedua, tipis kepada pencabar dari anak siswi kos Guaman; Becky. Siapa sangka diorang akan berjumpa dalam acara tersebut. Namun, Freen terima dengan kekalahan itu dengan hati yang terbuka. *kalau dah terjatuh sayang, kalah pun sanggup kan.. Hehe 🤭

                 Lukisan Freen memenangi pertandingan itu. Lukisan yang menunjukkan taman bunga tulip yang memenuhi taman namun dari kejauhan terlihat seperti ada bangku kayu dengan seorang budak perempuan duduk di situ, bersendirian 🤔. *deep nya maksud lukisan Freen ni kan, tapi author pun kurang faham sebenarnya apa maksud lukisan tu. Tapi mesti cantik kan.. 😂

Because Of YouWhere stories live. Discover now