🦋 PROLOG 🦋

20.2K 515 32
                                    

2 Tahun berkenalan dan menyulam cinta,
6 bulan mengikat tali pertunangan.
Masjis kahwin pula,cuma berbaki sebulan dari perancangan.

Senyuman manis mulai terlakar saat mata memandang wajah Hazril,tunangnya itu.Terasa rindunya mulai surut bila duduk bertentangan begini.

Mereka agak lama tidak bertemu kerana kesibukan dengan urusan masing-masing.

Namun senyum lebar tadi itu sempat terlakar cuma sesaat.Apabila melihatkan kerutan di dahi Hazril,
jelas menampakkan keresahan di wajah itu.

"Haz okey?" Tanya Izza lembut.

Jarang Hazril bertingkah begini,jika tiada hal berat merungsingkan hatinya.

"Haz.." Panggil Izza dengan suara makin meleret.

Sambil menundukkan sedikit wajahnya mahu melihatkan riak wajah tunangannya itu.Hazril seakan termenung jauh sambil menundukkan pandangan kebawah.Nampak mengelamun lama.

Saat ini,resah sungguh hati Hazril,mengenangkan janji yang telah dibuat pada seseorang.Kalau tidak kerana terdesak,tentu sekali janji tersebut tidak akan terjadi.Mana mungkin sanggup dia menyerahkan tunang sendiri pada orang lain.

Ini gila!

Tak pernah terlintas langsung difikirannya.

Tetapi saat ni,

Dia terdesak mahukan wang.

Perlahan mengangkat pandangan.

Mata bersabung.

Ada resah berat dihatinya.

"Haz nak minta tolong dengan Izza sikit boleh?"
ujar Hazril pelahan.

Sambil matanya terus-terusan memandang tunangnya itu.

Izza Adelia,wanita yang menjadi tunangannya itu sangatlah cantik dan manis orangnya.Punya iris mata indah,raut wajah putih kemerahan,Rambut panjang ikal mayang.Terlihat sopan dan sempurna dimatanya dan dia pasti pada pandangan orang lain yang melihat wanita itu juga.

Manakala yang boleh membantunya saat ni adalah seseorang yang sangat berpengaruh dan hebat dalam dunia perniagaan.

Ezra Raffal Bin Tan Sri Azham.

"Haz nak minta tolong apa?".Tanya Izza dengan dahi yang mulai berkerut.

Tidak pernah Hazril begini selama mereka bersama.
Nampak stress dan keruh wajah itu.selalu
tunangnya itu tenang dan ceria bila mereka bersama.

"Company Haz ada masalah sekarang,banyak masalah kewangan dan hutang." Ujar Hazril lemah nada suaranya saat ni.

"Jadi Haz nak pinjam duit dari izza?."Tanya Izza polos

Hanya keluhan kedengaran dari Hazril.mana mungkin cukup wang yang Izza ada,dan kalau dikorek semua simpanan Izza sekalipun belum mampu dapat menyelesaikan semua masalah Hazril ini.

Lapan ratus lima puluh ribu itu bukanlah sedikit.

"Sayang tahukan Haz sayangkan Izza sangat?Tanya Hazril perlahan.

Hanya anggukan mampu diberi Izza.resah dihatinya mulai bertambah saat ini.

"kalau Haz terpaksa lepaskan sayang pun,itu sebab Haz sangat sayangkan Izza.Dan Haz juga sayang dengan apa yang Haz dah capai selama ni.Semua yang Haz usahakan,hasil titik peluh Haz.Jadi sangatlah susah untuk Haz lepaskan semua ni dengan mudah.please faham Haz" .cuba memujuk dan memahamkan Izza.

EZRA RAFFAL 'S  (C)Where stories live. Discover now