Bangun pagi bersiap-siap mahu keluar bekerja.
Berdiri didepan cermin melihat biasan diri buat kali terakhir sebelum berlalu.Perlahan meraup kemas rambut panjang separas pinggang itu,diikat tinggi.Gaya "Pony"
Seketika kedengaran bunyi pintu cermin closet itu dikuak.
Dari biasan cermin meja solek,kelihatan Ezra perlahan mendekatinya.
Cuma memakai pakaian biasa,jeans dan t-shirt berkolar dan berlengan pendek.
Tak kerja ke?
Pantas juga kaki Izza melangkah mahu keluar,masih marah perihal keretanya semalam belum reda.
Ketika mahu berlalu,lengannya ditarik lembut
"Aku minta maaf pasal kereta semalam."
Suara garau itu lembut meminta maaf.
"Saya takda rasa nak cakap dengan awak sekarang."balas Izza dengan wajah tidak beriak.
"Okey."Balas Ezra pendek.
Namun lengan isterinya ditarik merapat,tubuh itu dipeluk kejap.
"aw..awa.awakk buat apa ni Ezra??."Ujar Izza dengan nada tersekat pasal terkejut kena peluk tiba-tiba.
"Peluk bini yang tengah merajuk." balas Ezra selamba.
"Mana ada saya merajuk." Guman Izza perlahan.
Masih dipeluk erat suaminya itu.
Tangan cuba meleraikan tubuh mereka dengan menolak tubuh tegap itu.
Tapi Izza tu halus je macam bihun.tak bergerak sikit pun tubuh Ezra,masih melekap bersamanya.
"Duduk diam-diam sekejap Adelia,aku cuma nak peluk."ujar Ezra melepaskan keluh perlahan.
Geram bila bini asyik gerak-gerak begitu.
"Cuma nak peluk ke cuma nak ambil kesempatan ni?." balas Izza geram.
Muka berkerut dan bibir terjuih didada lelaki itu.
Wajah didongak mahu melihat lelaki itu.
Cuma nampak halkum dan jambang dimatanya.
"Cuma Peluk.Aku minta maaf,Tapi apa yang aku buat sekarang ni semua untuk kebaikan kau Adelia. Sebab aku risau nak tinggalkan kau." balas Ezra.
"Aku kena outstation tiga hari,Aku tahu kau takboleh cuti lagi sekarang untuk ikut aku.Nanti Rehal akan jagakan kau untuk aku,jangan buat benda pelik-pelik bila aku tak ada,jangan degil,jangan jauh dari Rehal." Sambung Ezra lagi masih memeluk isterinya itu.
Berbisik ditelinga Izza seakan memujuk.
Berat rasa nak pergi jauh tinggal bini.sejak ada bantal peluk ini.
Ezra perlu ke Sabah untuk memantau Ellvera Resort disana dan ada beberapa hal penting perlu diuruskan sebelum cuti panjang nanti.
Tan Sri Azham beri arahan padanya untuk siapkan kerja penting sebelum majlis resepsi mereka nanti.
Mendengarkan itu barulah Izza faham.
Dan benar,dia tidak boleh cuti lagi waktu sekarang kalau diajak ikut sama pun.Baru cuti kahwin hari tu dan akan cuti lagi untuk majlis resepsi Sebelah Ezra nanti.
"Okey." balas Izza perlahan.
Membiar lelaki itu memeluknya seketika.
"flight aku pagi ini ke sabah,kau jaga diri baik-baik.
Ingat,jangan jauh dari Rehal."
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (C)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...