"Izza dan Raff okey?beberapa hari,jadi suami isteri macam mana?." tanya Ummi Diah lembut.
"Okey je ummi.Biasa la baru-baru macam ni.Janggal sikitla,lama-lama nanti okey la kut." balas Izza sambil tersenyum nipis.
Mereka baru sampai ke sini,rumah keluarga Ezra sebelum maghrib tadi.
Duduk berdua di meja makan itu setelah selesai makan malam bersama.
Ezra dan Ayahnya awal-awal sudah bangun ke mini ofis,ada hal kerja mahu dibincangkan.
"Iye betul la tu.Takpa lama-lama nanti InshaAllah terbiasa juga." Kata Ummi Diah.
"Bila Raff dah kahwin sekarang ummi lega sebetulnya." Ujar Ummi Diah sambil mengelamun.
"Kenapa ummi?." tanya Izza melihat ummi Diah seakan termenung.
"Sejak Raff pindah keluar duduk sendiri,Ummi risaukan dia.Takut dia tak jaga diri.sibuk dengan kerja.workerholic sangat." balas ummi mula tersenyum semula.
"Dah lama dia pindah?." tanya Izza hairan.
Rumah besar begini pun nak duduk asing.
"Dah dua tahun lebih."balas ummi,sambil mencicip kopi sedikit.
"Ara dan El kemana?tak nampak dari siang?." tanya Izza perihal dua adik kembar Ezra itu.
"Ohh dua tu.Pergi Milan, holiday dengan kawan-kawan."
Izza menganguk faham.
"Ummi ni sebenarnya bukan ibu kandung Raff,cuma ibu tiri je." ujar ummi Diah membuka cerita keluarga itu.
"Eh betul ke?."
Terkebil matanya terkejut.Baru tahu.
"Ye betul,ummi jadi ibu tiri Raff waktu umur dia 10 tahun.Lepas dua tahun ibu kandung Raff meninggal."
tersenyum Ummi Diah melihat reaksi Izza itu.
"Sungguh ini ummi?" masih terkejut Izza.
"Sungguh Izza.waktu mula-mula ummi masuk ke rumah ni,Raff susah nak terima ummi.Yelah tiba-tiba ada orang yang dia tak kenal duduk sekali.Raff rasa "Asing". Ayah pula sibuk sangat waktu tu tak sempat nak tengok-tengokkan dia selalu,Jadi ummi la yang jaga Raff dan besarkan dia.Lama juga nak ambil hati dia untuk terima ummi.Kena beri kasih sayang yang banyak dan lembut.Raff pula jenis yang tak banyak cakap,
susah nak faham apa yang ada difikirannya.Waktu umur dia dua belas tahun,baru ummi lahirkan El dan Ara."Ummi Diah mula bercerita panjang.
"Tapi nampak dia sayangkan ummi dan twins, nampak rapat." balas Izza perlahan kenangkan hubungan kekeluargaan mereka itu.
"Ummi tak pernah bagi dia sendirian.Risau kalau dia rasa takde tempat bergantung dan berpaut.Setiap masa dan kemana aje ummi pergi mesti bawa Raff sekali.Sampai la dia sambung belajar ke overseas dulu,itu la pertama kali dia jauh dengan ummi." ujar ummi Diah lagi,masih terkenang kenangan lama.
"Patut laa,nampak ummi dan dia rapat sangat.Ibu Raff meninggal sebab apa ummi?." tanya Izza tentang perihal ibu kandung Ezra.
Mahu tahu sedikit tentang lelaki itu.
"Ibu Raff meninggal sebab kanser."
Angguk perlahan.
Baru tahu.
Mereka tidak berbual banyak hal.
Terlalu singkat perkenalkan mereka.
Banyak hal yang belum diketahui Izza tentang lelaki itu.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (C)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...