Selepas solat Isyak bersama Abah dan Along sekeluarga,Mereka semua berkumpul di ruang tamu.
"Kakak,macam mana?dah bincang dengan Haz.Apa katanya?." soal Abahnya perlahan
Menyuarakan keresahan hatinya yang belum diselesaikan pagi tadi.
"Kakak tak dapat jumpa Haz abah,masa pergi ke rumah dia pagi tadi,Cuma dapat jumpa mama Haz.
Haz macam dah hilangkan diri,nombor telefon pun dah tukar." jawab Izza."Dah tu macam mana sekarang?jadi kahwin ke tak?."Tanya Alongnya pula setelah lama mendiamkan diri.
"Kakak akan teruskan majlis tu tapi dengan orang lain." kata Izza perlahan dan takut-takut.risau pun ada.masih berbagi-bagi hatinya.
"Huh?biar betul ni kakak.kakak nak kahwin dengan siapa?jangan nak main-main?."Tanya Along sedikit terkejut
Kak Nida dan Abahnya juga terkejut.
"Dengan kawan Haz abah.Dia cakap nak datang dengan keluarga dia nanti jumpa abah.Kakak dah setuju nak teruskan majlis kahwin ni.Dia pun sudi nak gantikan tempat Hazril tu." jawab Izza sedikit gugup.
Berbelah bagi hatinya saat ni.Namun ini saja pilihan yang ada,nak batalkan sudah tidak sempat,jadi nak tak nak terpaksa teruskan juga.
"kakak kenal sangat ke dengan kawan Haz tu?." tanya kak Nida.
Was-was juga risau,takut adik iparnya itu buat keputusan terburu-buru sebab tak nak batalkan majlis.
"kenal."terpaksa menipu sikit.
Takkan nak cakap baru kenal semalam.
Makin terkejut pula mereka semua ni nantinya.risau.
"Apa namanya?bila cadang nak datang kemari tu?" Tanya Abah Izza.
"Ezra Raffal abah" Jawab Izza.
Itu saja yang mampu dikatakan saat ini.selebihnya Izza sendiri pun tidak tahu.
iyalah baru jumpa pertama kali semalam.Segala tentang lelaki itu,Izza sendiri tidak tahu.tak kenal.
"Telepon dia,suruh dia datang jumpa abah esok.tak perlu bawa keluarganya dulu pun takpa masih ada masa lagi sebelum majlis.Abah nak kenal dengan dia dulu."ujar abah sedikit senada.Sedikit tegas.
Dah pulak...
Tergaru kening Izza saat ni.kena telefon pula.
Arahan mandatori abah berikan saat ni.
Tak sabar benar nak tengok gerangan lelaki itu.
Mungkin juga risau nak melepaskan anak gadisnya pada sebarangan orang.kena selidik dulu.
"Ermm..baik abah.nanti kakak call Ezra". layankan saja.
Takut panjang soalnya nanti.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (C)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...