🦋 BAB 5 🦋

12.4K 457 23
                                    

Hari terakhir Izza berkerja sebelum pulang ke kampung.Dua hari lagi majlis nikah akan diadakan.

Berdebar,tetapi tidak teruja pasal pengantin lelaki bukan pilihan hatinya.

"Doktor,nak gerak balik kampung terus lepas habis kerja?." tanya Ariana

Pembantu di klinik Izza.

"Haah ya.Nak gerak balik terus.Ada appointment lagi tak untuk harini Ari?patient yang tunggu kat luar ada?."Tanya Izza

Sambil melihat sekilas jam ditangan.

Sudah pukul dua petang.

"Untuk harini dah takda doktor.Yang tunggu kat luar pun patients doktor Mell sahaja." jawab Ariana pantas.

"Kalau macam tu saya balik awal sikit ya.Nanti awak inform doktor Mell dan doktor Dariz yang saya balik awal dan jangan lupa bagitahu pasal cuti saya.
Takut diaorang lupa." Balas Izza memandang Ariana sekilas.

"Baik doktor.Hati-hati drive nanti ya,semoga selamat sampai dan selamat pengantin baru doktor." Ujar Ariana lembut.

Tersenyum sedikit melihat doktor muda dihadapannya ini.kecil molek manis orangnya.

"Iye thanks Ari,jemput datang majlis nanti ya."balas Izza sambil tersenyum manis.

Ariana berlalu meninggalkan ruang kerja Izza setelah itu.

Izza mula bangun melangkah ke meja kerjanya,
Sambil tangan sibuk mengemas barang-barang diatas meja itu biar kemas.

Sempat mandi dan menukar pakaian di kliniknya itu.

Setelah siap berkemas,pintu dibuka sedikit dan kaki diatur perlahan meninggalkan ruang klinik berkenaan.

Berjalan dikaki lima menuju ke ruang parking kenderaan dikawasan kliniknya.Agak jauh harini keretanya diparkir.

"Izza."

Kedengaran suara memanggilnya dari belakang.
sekilas tubuh dikalih memandang ke arah suara yang memanggilnya itu.

Dihujung kaki lima sana terlihat seorang lelaki.

Hazril..!!

"Izza." Panggil Hazril lagi,

Saat mata mereka berpandangan.Berjalan perlahan mendekati wanita itu.

"Awak buat apa kat sini?." Tanya Izza terus

Hairan dan terkejut melihat lelaki itu.

Beberapa minggu ini kelibat itu langsung tidak kelihatan.

Bayangnya juga tidak pernah muncul.

Tiba-tiba pula berdiri disini sekarang.

Nampak keruh riak wajahnya.

"Haz cuma nak tengok Izza...Haz rindu." Lemah dan perlahan sahaja suara Hazril kedengaran.

Sungguh dia rindukan wanitu itu.

"Rindu?untuk apa?ini yang awak nak kan Hazril." Balas Izza perlahan.

Tiada lagi panggilan lembut 'Haz' untuk lelaki itu.
Cuma nada dingin dan tegas kedengaran dari Izza.

"Haz tahu Haz salah,tapi Haz rindu.Haz cuba untuk tak ingatkan sayang tapi takboleh."ujar Hazril lagi.

Dia rasakan,dia boleh buang Izza dari hatinya dengan mudah.Namun sebaliknya.

Dia membawa diri hingga ke Singapura agar dapat jauhkan diri dari wanita itu.

EZRA RAFFAL 'S  (C)Where stories live. Discover now