21 ✎ Movie

91 4 0
                                    

Enjoy reading ☕︎

Previously chapter 20

Tuala yang diletakkan pada bahu aku hidu dengan dalam. Wanginya bau dia. Beberapa pelajar yang berada di sekitar mula memandang aku dengan pelik. Dia punya pandang tu macam aku ni tengah bau seluar dalam orang. Lantak ah, kesah lak aku!

Jam tangan yang berada di atas meja dicapai lalu dipakai pada tangan kanan. Aku memandang cermin untuk memastikan penampilan aku kemas buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik.

🌹

Ikhwan's pov

Darren: Grab belum sampai ke?

Zariel: Kejap lagi sampai la kot.

Kami semua menunggu grab di perhentian bas. Masing-masing sibuk bermain dengan phone masing-masing. Aku lihat ke arah Darren yang sedang berdiri bersandarkan tiang sambil tangannya membelek phone. Mata dia nampak sembab.. Aku tahu yang semalam dia nangis tapi aku tak pasti sebab apa.

Entah kenapa aku rasa risau and sebenarnya aku nak tanya keadaan dia ok ke tak tapi perlu ke? Aku rasa macam tak perlu sebab aku ni bukannya sesiapa, ditambah lagi dengan dia yang jarang dah bercakap dengan aku lepas kejadian kat bilik rawatan tu.. Biasanya dia akan kacau aku walaupun aku tak layan dia, mungkin dia rasa tak selesa dengan aku lepas tengok perangai aku yang agak.. liar.. atas katil?? Entahlah.

Zariel: Ha tu grab da sampai. Jom ah.

Abang Zar duduk di sebelah pemandu manakala aku dan Darren duduk bersebelahan. Ash duduk di tempat duduk yang paling belakang sekali. makin kekok rasanya duduk bersebelahan dengan Darren.

"Ni semua student dekat sekolah situ ke?"

Pakcik yang memandu memulakan perbualan. Soalan yang ditanya kebanyakannya dijawab oleh Abang Zar. Aku dan Ash ada lah sikit-sikit berbual. Darren pula diam je dari tadi, tak berbunyi langsung. Aku cuba pandang dia melalui dari cermin kereta. Kepala dia terlentok pada tingkap kereta dan mata sudah terpejam rapat. Dah tidur rupanya, patut lah senyap je.

Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang menumpang pada bahu aku. Kepalanya tadi kini beralih pada bahu aku. Aku biarkan je macam tu, tak sampai hati nak kejut lagipun aku rasa mesti semalam dia tak dapat tidur jadi biarlah dia rehat dulu, dah sampai nanti baru aku kejutkan. Abang Zar yang perasan apa yang berlaku di tempat duduk belakang melalui cermin hadapan hanya tersenyum.

Beberapa minit kemudian kami sampai ke destinasi. Abang Zar menoleh ke belakang memandang aku dan Darren yang masih lagi tidur.

Zariel: Darren bangun woi da sampai.

Darren yang sedar dari tidur oleh kerana suara abang Zar memandang aku dan terus mengangkat kepalanya dari bahu aku.

Darren: Eh sorry tak perasan aku tertidur kat bahu kau.

Aku: Eh takpe, baru je kejap kau letak.

Kami keluar dari perut kereta. Aku mengurut sedikit bahu yang lenguh. Abang Zar yang nampak perbuatan aku sekali lagi senyum.

Zariel: Aik baru letak kepala kejap dah lenguh ke?

Sengaja dia menyindir aku. Memang lama dia tidur pada bahu aku. Nak dekat 20 minit juga lah.

Masuk je kami makan dulu memandangkan masing-masing belum makan dari pagi. Lepas makan kami jalan-jalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Yang banyak beli Zariel je lah, memang dia ajak kitorang sebab dia nak beli baju jadi alang-alang tu buat la benda lain sekali. Sedang menunggu Zariel memilih baju, mata aku tertarik pada kemeja berwarna khaki di kedai sebelah. 

Aku: Korang aku pergi sebelah jap.

Aku melangkah kaki masuk ke kedai sebelah sementara menunggu abang Zar selesai membeli. Aku mengambil baju yang elok tergantung kemudian diukur pada badan sendiri. Memang ngam dengan saiz badan aku.

"Ya dik? berminat ke dengan baju ni? Memang satu ni je yang tinggal"

Aku cek tag harga pada baju tu. RM 399. Aku buka phone untuk bayar online je tapi baki yang tinggal tak sampai tiga ratus, mama belum masukkan duit. Aku pula tak bawa cash.

Aku: Em tak pelah kak, terima kasih eh.

Aku berlalu pergi dari kedai tu.

Zariel: Beli apa?

aku: Tak beli pun, tengok-tengok je. Darren mana?

Zariel: Aik bukan dia ikut Wan ke tadi?

Aku: Eh yeke? Tak perasan pun.

Zariel: Ha tu dia. Cepat sikit, movie dah nak start.

Darren datang ke arah kami dengan satu beg ditangannya. Aku lihat logo pada beg tu. Tu bukan brand dari kedai yang aku pergi tadi ke? Tapi tak perasan pun dia kat situ.. Entah lah, fokus nau tengok baju kot.

Ash: Movie apa yang kita nak tengok?

Zariel tunjuk skrin phone dia pada kami bertiga. Dia dah tempah seat untuk kami berempat. Movie genre action. 

Darren: Ohh yang ni aku dah tengok kat Netflix.

Ashraf: Camne, best?

Darren: Not bad lah.

Zariel: Aku nak pergi beli popcorn, nak ikut ke?

Darren dengan Abang Zar pergi beratur beli makanan manakala aku dan Ash pula cari tempat duduk. Aku buka phone abang Zar yang dia bagi pada aku untuk cari tempat duduk kami. Terbuntang mata aku bila tengok kedudukan tempat kami.

Aku: Dia ni biar betul, dah kenapa booking seat couple?

Ash: Dia kata seat lain full sebab dia book last minit.

Bukannya seat couple je, ditambah lagi dengan dua seat pada barisan depan sekali manakala yang dua lagi berada di barisan belakang sekali.

Aku dan Ash memilih tempat duduk di barisan belakang. Tak lama lepastu abang Zar bersama Darren kembali dengan tiga bekas popcorn dan empat botol air.

Ashraf: Omg banyaknya popcorn, boleh habis ke ni?

Zariel: Darren ni ha beli sampai dua saiz large padahal boleh je share. Ni pun tadi dia nak beli benda lain lagi tapi abang tarik je dia ke sini. Ni Wan pergi duduk seat front row.

Nak tak nak aku bangun juga sambil menarik tangan Ash.

Zariel: Aipp Ash duduk dengan abang kat sini. Wan pergi duduk dengan Darren.

Haishh dia ni memang sengaja nak aku duduk sebelah Darren kan. Tak membantah, aku terus duduk di barisan depan. Beberapa minit kemudian cerita mula ditayangkan. Darren menyentuh bahu aku menggunakan jari telunjuknya. Aku toleh memandang dia yang sedang hulur kedua-dua bekas popcorn pada aku. Terkejut aku.

Darren: Nak salt sea or caramel?

Aku: Caramel.

Disebabkan aku berada betul-betul depan skrin jadi aku terpaksa mendongak untuk tengok. Sakit tengkuk aku, rasa macam nak patah. Darren yang disebelah pula sudah berapa kali dia menguap. Tak lama lepastu dia mula melelapkan mata. Aku perasan bekas popcorn yang dia pegang langsung tak luak isinya. Aku punya dah nak separuh bekas aku makan. Pelik. Kalau dia tak nak makan kenapa dia beli? Saiz large pulak tu.

Cerita yang ditayangkan akhirnya telah pun tamat. Lampu didalam ruang tersebut menyala dan penonton yang lain mula keluar dari panggung. Darren terjaga dari tidur.

Darren: Dah habis ke?

Aku: Haah.

Kami semua keluar dari panggung dan bercerita tentang pendapat masing-masing tentang cerita yang baru saja ditonton sebentar tadi. 

Zariel: Kau tak makan ke Darren?

Abang Zariel pandang bekas popcorn Darren yang masih lagi penuh.

Darren: Aku tak suka popcorn, kau nak?

Ashraf: Nak nak!

Kalau tak suka kenapa beli sampai dua?

Tbc ☁︎

𝔸𝚕𝚠𝚊𝚢𝚜 𝕋𝚘𝚐𝚎𝚝𝚑𝚎𝚛 [s2] Where stories live. Discover now