SEMICOLON;

15 5 0
                                    

Dia duduk di atas kusyen putih itu dengan anggun dan sopan sambil menanti ketibaan sang jejaka yang bakal bergelar suaminya. Telah lama dia mengimpikan saat ini dan akhirnya tiba juga masa mereka disatukan. Uminya di sebelah tersenyum manis melihat anak daranya yang bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.

Dia melihat jarinya yang dipenuhi dengan inai. Sebentar lagi akan ada sebentuk cincin pada jari manisnya yang akan disarungkan oleh pujaan hati. Memikirkan tentang itu membuatkan dirinya terasa di awang-awangan. Kegembiraan yang dirasainya tika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya.

Riuh kedengaran di luar masjid. Semakin berdebar dirinya pada masa itu. Matanya menangkap kelibat abangnya yang tergesa-gesa berjalan ke arahnya. Dia bangun lalu dengan pantas abangnya menyambar tangannya dan dibawa ke luar masjid.

Terpinga-pinga seketika dirinya kerana ditarik secara mengejut. Langkah yang diatur juga tidak tersusun oleh kerana dia ingin menyamai rentak kaki abangnya. Setibanya di luar masjid,dia melihat seorang lelaki.

Dia kenal lelaki itu. Belum sempat dia memanggil lelaki itu,seorang wanita muncul di hadapannya. Muka wanita itu kelihatan sembab dan hidungnya merah. Terdapat kesan air mata pada pipi wanita itu. Dia ingin membuka mulut,mahu bertanya namun seakan-akan mulutnya dikunci.

Lelaki tadi berjalan mendekati mereka. Dengan riak wajah bersalah,lelaki itu berdiri di sisi wanita itu. Dia memandang dua orang di hadapannya silih berganti. Muka minta penjelasan. Lelaki itu menarik nafas dalam sebelum berkata,"Saya perkenalkan isteri saya. Aufa."

Gugur jantungnya saat mendengar perkataan itu meluncur keluar dari mulut lelaki yang sepatutnya bergelar suaminya. Dia tidak dapat berkata-kata. Otaknya cuba mencerna apa yang baru dikatakan oleh lelaki itu. Wanita tadi sudah berair matanya. Dia cuba tahan untuk tidak menjatuhkan walau setitis air mata di hadapan gadis itu.

Lelaki itu menunduk lalu menarik tangan wanita di sisinya. "Kami terlanjur. Dan buat keputusan untuk berkahwin." Ucap lelaki itu. Suaranya terketar-ketar saat mengucapkan ayat itu. Dia tidak dapat mengangkat kepala memandang wajah perempuan yang telah dihancurkan hatinya.

Dia terkejut dan hampir sahaja rebah. Namun mujur abangnya sempat memegang lengannya. Dia memegang kepalanya yang berpusing. Sepertinya bumi berputar dengan laju. "Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?" Katanya perlahan. Air mata perlahan-lahan gugur membasahi pipinya.

"S-saya minta maaf." Hanya ucapan itu yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya. Dia memejamkan mata. Amat perit untuk dia menelan kenyataan itu. Abangnya menarik dirinya masuk ke dalam pelukan. Diusap-usap belakang badan adiknya.

"Sakit abang." Katanya sambil memegang dada yang terasa sempit. Abangnya tidak mampu berkata apa-apa. Dia turut merasai kesakitan yang dialami oleh adiknya.

Pelukan dileraikan. Dia berjalan mendekati pasangan itu. Air mata yang berterusan mengalir tidak dikesat olehnya. Dia berdiri di hadapan mereka. Nafas ditarik panjang. "Terima kasih untuk segalanya yang awak pernah lakukan untuk saya. Saya hargai semuanya. Harap awak bahagia...walaupun bukan dengan saya. Assalamualaikum."

Sejurus itu,dia berlalu pergi meninggalkan semua orang yang menyaksikan drama mereka. Suara-suara yang memanggil namanya tidak diendahkan. Kakinya berjalan menuju ke kereta. Semua ahli keluarganya mengejar langkah kakinya namun dengan sekelip mata,kereta yang dinaiki olehnya dipandu laju keluar dari perkarangan masjid.

Uminya terduduk dan menangis. Adik-beradiknya yang lain datang menenangkan sang ibu yang turut berduka cita dengan apa yang telah terjadi. Mereka sepakat berbincang untuk membatalkan perkahwinan itu dan membawa Umi pulang ke rumah. Diberi ruang dan masa untuk adik mereka menenangkan diri.









Assalamualaikum. Hai semua,selamat datang ke dunia Semicolon saya. Cerita ni hanya rekaan semata-mata. Harap korang enjoy baca cerita yang tak seberapa ni. Show me your support and encouragement also give some love to my Z&N couple. And let's dive into the story ✨

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now