3;

10 3 0
                                    

Pensel yang berada di tangan dibawa ke mulut lalu digigit. Dia melihat kertas putih di depan mata tanpa sebarang idea. Pensel dihentakkan ke meja. Naira menggaru kepalanya seraya menghembus nafas dengan kasar.

"Mana idea ni? Tak nak datang ke? Haishh!" Katanya geram. Sudah 30 minit dia hanya merenung kertas putih itu. Langsung tiada idea yang bermain-main di minda. Tanpa sengaja,Naira teringat kejadian semalam.

Sewaktu berada di Karun Café,dia dan seorang pekerja lelaki di kafe tersebut saling bertentangan mata. Lama dan redup pandangan mata lelaki itu yang membuatkannya rasa gelisah. Dengan serta merta dia bangun dan berjalan keluar dari kafe.

"Apa kena dengan aku ni?" Naira menjentik dahinya demi mengembalikan fokus. Pensel kembali diambil dengan harapan otaknya akan memuntahkan idea. Saat tangannya ingin memulakan lukisan,pintu bilik ditolak dengan kasar.

Hampir terloncat Naira di atas kerusi. Dia melihat kakaknya yang sudah terbaring di atas katil. "Kalau aku tahu akan jadi macam ni,dah lama aku suruh abah buat bilik aku tanpa pintu," omel Naira yang masih lagi terkejut.

Kakaknya,Adelia sudah seronok berguling-guling di atas katil Naira. Sesekali dia mengerling ke arah adiknya. "Aku dapat jemputan ke perkahwinan tadi. Kau nak ikut?"

Naira menggeleng kepala dengan laju. Perkahwinan itu bagaikan mimpi ngeri untuknya. Adelia mengangguk. Mengerti dengan keadaan adiknya. Dia bangun lalu menuju ke pintu.

"Kalau kau ubah fikiran nak pergi,bagitahu aku." Naira menunjukkan simbol 'OK' menggunakan tangannya. Adelia keluar dari bilik dan menutup pintu dengan perlahan.

Naira bersandar pada kerusi. Kenangan dahulu mengusik perasaannya. Dia sedar bahawa dirinya masih belum berubah.

________________

Haikal yang baru sahaja bangun daripada tidur mengerutkan dahi apabila melihat Zariel segak berpakaian baju Melayu. Dia menggunakan jarinya untuk menghitung hari.

"Raya lagi 4 bulan. Yang kau pakai baju Melayu tengah hari buta ni pahal?" Tanya Haikal lalu mengambil tempat duduk di atas sofa. Dia menekan butang pada alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen.

Zariel mengelap peluh di dahi. Beg kamera sudah disangkut pada bahu. Penampilannya dilihat buat kali terakhir pada cermin yang sedia ada di ruang tamu rumah mereka. Puas hati dengan keadaan dirinya,dia menuju ke pintu.

"Aku nak pergi wedding dua pupu aku. Mungkin aku akan balik lewat sebab diorang hire aku jadi photographer. Jadi,kau bolehlah main masak-masak kat dapur. Jangan sampai terbakar dapur aku sudah!" Terang Zariel. Tanpa menunggu balasan daripada Haikal,dia terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta.

"Kurang asam punya member! Aku tak sempat cakap apa-apa dia dah blah. Suka hati kau lah." Haikal menyilangkan kakinya dan mengambil cawan yang berada di atas meja.

Dihirup perlahan air di dalam cawan dengan jari kelingking diangkat. Gayanya ala-ala datin elegan yang sedang minum teh.

"Ahh...this is life." Katanya sambil mengangguk seorang diri.

__________________

Naira mendengar bunyi suara kakaknya yang terpekik terlolong memanggil nama anaknya di ruang tamu. Dia berjalan turun dengan perlahan. Namun bahunya ditahan oleh seseorang. Dia berpaling.

"Kau pakai cantik-cantik macam ni nak pergi mana?" Tanya Adelia sambil mengangkat sebelah kening.

Naira hanya tersenyum kambing. Dia membetulkan tudung sebelum bersuara.

"Aku nak pergi wedding."

"Siapa?"

"Yang kau bagitahu tu lah. Dah lupa ke?"

Serta merta Adelia membulatkan matanya. Dia memegang kedua-dua belah bahu Naira. Digoncang-goncang adiknya kerana inginkan kepastian.

"Kau serius?" Tanya Adelia dengan perlahan.

Naira mengangguk. Dia menepis tangan kakaknya lalu bergerak ke pintu. Dihadiahkan senyuman semanis gula kepada Adelia.

Kakaknya pula masih tercengang. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Anaknya pula yang baru berusia 3 tahun sudah pun melekat di kakinya. Segala kekacauan yang berlaku tadi hening dengan serta merta.

"Kak! Cepatlah! Aku dah tak sabar nak makan gulai ni!" Jerit Naira dari luar rumah.

Adelia tersedar. Dia tergopoh-gapah mengambil beg tangan dan mendukung anaknya. Kunci kereta diambil lalu dengan segera mereka bertolak ke destinasi yang hendak dituju.

________________

Dia bersembunyi di dalam sebuah bangunan usang. Mulut ditutup rapat dengan kedua-dua belah tangannya. Tidak mahu sebarang bunyi terhasil.

Terdengar bunyi tapak kasut yang berlari. Dia terus menunduk dan mengecilkan diri. Air mata seakan-akan air terjun. Sentiasa membanjiri pipinya yang telah kusam.

"Ish,tak guna punya betina! Kau ingat kau boleh lari daripada aku?! Kau memang tak sayang nyawa!" Jerit salah seorang lelaki.

Dia meludah ke arah sampah sarap. Hatinya panas memikirkan perempuan yang dikejarnya tadi.

"Ali,nanti kau pergi cari anak dia. Tahulah apa aku nak buat nanti. Woi,betina! Kau ingat kalau aku tak dapat kau,anak kau akan selamat?! Dah lama dia tak datang kerja. Aku akan pastikan dia tanggung semua kerja yang kau tangguhkan! Dah gerak!" Sejurus berkata,mereka pergi meninggalkan kawasan bangunan usang itu.

Perempuan yang bersembunyi tadi menghela nafas lega. Tetapi hatinya menjadi tidak tenteram apabila mengingati kata-kata lelaki tadi. Dia perlu mencari anaknya sebelum sesiapa menjumpainya.

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now