12;

3 1 0
                                    

Haikal dan Eddy mengikuti langkah Naira ke dalam sebuah hospital. Mereka melihat sekeliling hospital itu. Nampak mewah kerana ianya sebuah hospital swasta. Mereka saling berpandangan. Anak orang kaya rupanya Naira ni.

Mereka bertiga keluar dari lif dan berjalan ke bilik wad Zariel. Pintu ditolak perlahan oleh Naira sebelum dia menjemput Haikal dan Eddy masuk.

Dua orang lelaki itu seperti teragak-agak untuk masuk namun apabila melihat sekujur tubuh Zariel yang sedang berbaring mereka terus pecut ke katil Zariel.

Masing-masing terpaku melihat keadaan Zariel yang teruk. Haikal memandang Naira yang berdiri bertentangan mereka. Kepala gadis itu menunduk seperti sedia untuk menerima segala amarah yang bakal dihamburkan kepadanya.

"Ke...kenapa boleh jadi macam ni? Apa dah jadi Naira?" Soal Haikal memandang tepat ke arah Naira.

Naira terdiam. Dia tidak mampu mengangkat kepalanya untuk menentang pandangan Haikal.

"Ni bukan salah Naira. Ni salah aku." Ucap Eddy tiba-tiba. Dia berasa betul-betul bersalah kerana meninggalkan Zariel pada hari itu.

"Tak,bukan. Sa...saya yang langgar dia." Jujur Naira sambil menahan air mata daripada gugur.

"Apa? Awak yang langgar dia? Kenapa?" Haikal ingin mendekati Naira tetapi lengannya dipegang oleh Eddy. Dia tidak mahu sebarang kekerasan berlaku kepada gadis itu.

Naira tidak mampu membuka mulutnya. Dia memandang Haikal dan Eddy. Kepalanya digelengkan. "Saya minta maaf." Dengan itu,air matanya gugur berterusan.

Haikal meraup wajahnya. Dia berpaling ke belakang. Niat untuk keluar dari bilik wad itu namun suara lemah Zariel menghentikan langkahnya.

"A...apa semua buat kat sini?" Zariel menyoal dalam keadaan yang lemah. Dia melihat sekeliling sebelum matanya dijatuhkan pada tangannya. Zariel mengimbas keadaan dirinya sekaligus lalu menelan air liur.

"Keluar."

Naira,Haikal dan Eddy saling berpandangan. Haikal mendekati Zariel kemudian cuba untuk memegang lengan sahabatnya.

"Zariel. Nak aku panggil doktor?" Penuh berhati-hati tutur kata Haikal. Dia tidak mahu emosi Zariel terganggu.

"Aku cakap keluar. Semua keluar!" Terangkat bahu Naira apabila Zariel meninggikan suaranya. Dia melihat Zariel meletakkan tangan di atas dahi.

"Aku panggil doktor."

"Tak payah! Aku nak semua keluar!"

Haikal menjatuhkan tangannya. Isyarat mata diberikan kepada Naira dan Eddy menandakan mereka harus keluar.

Naira terlebih dahulu berjalan keluar. Dia tahu Zariel memerlukan masa bersendirian. Dan dia juga perlu menjelaskan hal sebenar yang telah terjadi.

Haikal dan Eddy saling berpandangan lalu mereka mengundurkan diri meninggalkan Zariel untuk menenangkan dirinya. Sudah tentu Zariel terkejut apabila melihat keadaan dirinya.

Mereka akhirnya keluar dari hospital itu dan menuju ke restoran yang berhampiran. Banyak hal yang perlu diceritakan oleh masing-masing.

_______________________

Naira dan Eddy saling menghirup air yang dipesan sambil menunggu Haikal yang membuat panggilan telefon. Agak kekok ditinggalkan berdua sebegini namun Naira cuba untuk bertenang. Di dalam kepalanya sudah menyusun kata-kata yang ingin diluahkan sebentar lagi.

Haikal datang lalu mengambil tempat duduk di sebelah Eddy. Dia melihat Naira yang duduk di depannya seakan-akan ingin memberitahu sesuatu.

"Cakaplah. Saya nak dengar apa yang jadi semalam." Haikal menyilang tangan. Bersedia untuk mendengar kenyataan Naira.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now