8;

8 3 0
                                    

Petang itu seperti yang dijanjikan oleh Hafiz,mereka dua beradik keluar berjalan-jalan. Semua permintaan Naira ditunaikannya. Tidak mahu adiknya merajuk lagi.

Saat mereka berjalan melepasi satu kedai emas,Hafiz memberhentikan kakinya. Naira yang perasan bahawa abangnya tiada di sisi terus berpaling ke belakang. Dia melihat Hafiz kemudian melihat kedai emas itu.

"Abang nak beli something untuk kak Intan?" Tanya Naira,memahami keinginan Hafiz.

Intan merupakan tunang Hafiz yang bekerja di Singapura. Mereka bakal melangsungkan pernikahan pada tahun hadapan.

"Pergilah. Biar adik tunggu kat luar. Lagipun adik dah penat menjajah satu mall ni." Kata Naira lalu menolak abangnya untuk masuk ke dalam kedai tersebut.

"Tunggu kejap tau."

Naira mengangguk lalu berjalan menuju ke bangku yang disediakan untuk duduk. Dia mengeluarkan iPad lalu mula membuat kerja.

Seakan-akan terdengar suara yang dia kenali,Naira mengangkat kepala daripada terus menatap skrin iPadnya. Seperti déjà vu,matanya bertembung dengan mata itu.

'Zariel!' Desis hatinya.

Zariel yang berada tidak jauh dari Naira menyengetkan kepalanya. Tidak lama itu,dia tersenyum manis. Langkah diatur menuju ke arah Naira.

"Assalamualaikum,hai. Naira kan?" Sudah gaharu,cendana pula. Sudah tahu, tanya pula.

"Waalaikumussalam. Ya,saya." Jawab Naira sambil tersenyum.

Mereka berpandangan buat seketika sebelum Naira mengalihkan pandangannya. Tidak betah merenung lama mata lelaki itu yang mampu menggoyahkan hatinya.

"Awak datang seorang je ke?" Tanya Zariel sekadar ingin tahu.

Naira menggeleng. "Saya datang dengan abang saya. Dia ada dalam kedai emas tu." Tangan Naira menunjuk ke kedai emas yang bertentangan dengan mereka.

Zariel turut memandang ke arah itu lalu mengangguk. Dia berkira-kira mahu duduk berbual dengan Naira seketika atau pergi memandangkan shif kerjanya hampir bermula.

"Ermm,saya nak minta nombor telefon awak boleh?" Tanya Zariel dengan perlahan. Telefonnya sudah berada di dalam genggaman.

Naira terdiam sebentar. Dia okey sahaja untuk memberikan nombor telefonnya kepada orang lain tetapi kepada Zariel? Dia berbelah bahagi. Sedang elok Naira berfikir, terdengar suara abangnya dari belakang.

"Meh sini telefon kau biar abang yang kasi. Si Naira ni orang minta nombor telefon je pun,gaya dia berfikir macam anak raja masuk meminang. Apalah budak ni!" Hafiz menegur sambil tangannya mengambil telefon Zariel.

Naira dan Zariel saling berpandangan sebelum Naira cepat-cepat berdiri lalu mendekati abangnya.

Hafiz ralit menaip setiap angka nombor telefon adiknya di dalam telefon milik Zariel. Siap simpan nama Naira dengan emoji teddy bear lagi. Saja mahu mengenakan adiknya yang terlalu dan terpaling jual mahal. Selesai kerjanya,dia mengembalikan telefon itu kepada Zariel dengan senyuman.

"Abang siap simpan nama dia dengan emoji lagi. Jangan kau berani nak tukar." Jari telunjuk Hafiz tegak ke muka Zariel seperti memberi amaran.

Zariel ketawa kecil. Dia mengangguk sebelum menghulurkan tangannya kepada Hafiz.

"Saya Zariel."

"Hafiz. Abang Naira merangkap bakal abang ipar kau." Naira memukul lengan Hafiz. Sesedap anak tekak je abangnya bercakap.

Salam perkenalan di antara mereka berdua. Zariel tersenyum melihat gelagat dua beradik di depannya. Seronok bukan kalau ada adik-beradik? Zariel menggeleng kepala ingin menghilangkan fikiran negatif. Sudah tiba masanya untuk meminta diri.

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now