11;

3 1 0
                                    

Naira berjalan ke hulu ke hilir menantikan doktor yang sedang merawat Zariel untuk keluar menjelaskan keadaan lelaki itu. Jantungnya tidak habis berdegup laju sejak dia sampai ke hospital tadi. Dia cuma berharap Zariel tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Bunyi pintu ditolak mengalihkan pandangan Naira ke arah itu. Dia mendapatkan doktor itu dengan segera.

"Doktor,macam mana keadaan dia?" Terketar-ketar suara Naira menuturkan soalan. Dirinya diselubungi dengan perasaan takut dan bersalah.

"Cik ni isteri kepada Encik Zariel ke?" Doktor lelaki itu bertanya bagi mendapatkan kepastian.

Naira menggeleng. "Saya kawan dia. Tapi saya juga yang langgar dia. Saya yang langgar dia,doktor! Saya..." Air matanya sudah menitis dengan laju. Kemalangan tadi kembali menerjah memorinya. Betapa dia tidak sangka orang yang dilanggar olehnya ialah Zariel.

"Sabar Cik. Ini semua takdir. Saya harap Cik boleh sabar dan bawa bertenang." Doktor itu cuba untuk menenangkan Naira yang tampak panik.

"Saya sebenarnya ada sesuatu nak tanya Cik Naira."

Naira mengesat air mata. Dia berdehem sebelum memandang doktor lelaki di depannya.

"Tanya apa doktor?"

Doktor lelaki itu terdiam seketika. Dia mengajak Naira menuju ke biliknya untuk lebih privasi. Mungkin kerana kecederaan yang dialami oleh Zariel bukan hanya teruk malah lebih teruk daripada jangkaan mereka berdua.

_______________________

Pintu bilik wad Zariel ditolak perlahan. Naira berjalan menuju ke katil yang menempatkan sekujur tubuh Zariel. Matanya melihat kecederaan Zariel dari kepala hingga kaki. Begitu teruk sekali keadaan lelaki itu.

Naira terduduk di atas kerusi dengan mata yang berair. Mengingatkan kata-kata doktor tadi,Naira menjadi ingin tahu apakah punca Zariel teruk dibelasah sampai tahap macam ni.

"Maafkan saya,Zariel." Ucapnya perlahan diiringi dengan titisan air mata.

Bunyi telefon berdering membuatkan Naira mengelap air matanya dan menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam Umi."

"Naira kat hospital ni."

"Tak,Naira okay je cuma..."

Mata Naira kembali melihat Zariel yang terbaring.

"Kawan Naira accident."

"Umi jangan risau,Naira takde apa-apa."

"Yer,kejap lagi Naira balik."

"Okay Umi. Assalamualaikum."

Panggilan dimatikan. Naira mengeluh. Dia bangun sambil mata masih terpaku kepada Zariel. Tidak sampai hatinya untuk meninggalkan lelaki itu seorang diri namun apa yang dia boleh buat,mereka tiada apa-apa hubungan untuk dia berada di situ lebih lama.

Dengan langkah yang berat,Naira berjalan keluar dari bilik wad itu. Dia perlu memberitahu keadaan Zariel kepada rakannya.

_______________________

Haikal mundar-mandir di dalam kafe itu. Sesekali dia menjeling telefonnya, mengharapkan panggilan ataupun mesej daripada Zariel. Sejak semalam,tiada berita pasal sahabatnya. Malah Eddy juga tidak menghubunginya.

"Ehh diorang ni pergi mana? Takkan pergi Siam tak ajak aku. Dah macam mak-mak dah aku punya susah hati ni." Haikal menarik nafas panjang.

Bunyi loceng daripada pintu menandakan ada orang masuk ke dalam kafe itu. Haikal menoleh ke kanan.

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now