Kisah mereka sama tapi tak serupa. Masing-masing bergelut dengan 'pertarungan senyap' mereka sendiri. Ada masa diri terasa rapuh dan ada masa mereka kehilangan diri mereka sendiri. Pertemuan Naira Elvina dan Zariel Luqman sedikit sebanyak memberi nafas baharu dalam kehidupan masing-masing. Naira yang masih dalam trauma selepas kejadian malang menimpanya dan Zariel yang sedang bertungkus-lumus mencari jalan keluar dari kegelapan yang menghantuinya. Luaran mereka nampak bahagia namun di dalam jiwa tersimpan kemas rahsia yang mereka ingin kuburkan. Apabila bersama,pelbagai perasaan hadir di dalam hati dan jiwa mereka. Ingin mengecapi bahagia bersama namun terasa bagai ada jurang yang memisahkan mereka. Mampukah mereka merasai bahagia saat diri masing-masing masih terperangkap dalam lembah yang tidak diungkap?