4;

9 3 0
                                    

Akhirnya setelah lebih kurang 1 jam perjalanan,mereka tiba di tempat yang dituju. Adelia memarkir kereta dengan cermat kerana tidak mahu sebarang calar pada kereta suaminya. Dia turun dari kereta dengan tergesa-gesa lalu melihat kereta itu.

Naira turut turun sambil mendukung anak saudaranya. Dia melihat pelik ke arah kakaknya yang sedang mengelap kereta.

"Kau ni dah kenapa? Kereta ni bukan main bersinar mengalahkan matahari,kau masih nak lap jugak," kata Naira tidak puas hati.

"Mestilah aku kena lap. Kau bukan tak tahu perangai abang Zaf kau tu. Tak boleh tengok walau secebis kuman pun melekat kat kereta dia ni. Entah apalah yang istimewa dengan kereta ni." Adelia melipat semula kain kecil yang dia gunakan untuk mengelap kereta suaminya. Tengoklah usahanya dalam menjaga harta sang suami.

Naira dan anak saudaranya saling berpandangan antara satu sama lain. Lalu masing-masing menggeleng kepala.

"Dahlah tu kak. Jom masuk. Darwish ni dah panas. Kau pun satu. Kat dalam bukan main luas tempat parkir,bawah matahari ni jugaklah kau nak. Tak sangka aku ada kakak sewel macam kau," bebel Naira dan kemudian dia berjalan meninggalkan kakaknya bersendirian.

Adelia menjerit memanggil nama adiknya. Kain kecil tadi dimasukkan ke dalam beg tangan. Dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah adik dan anaknya.

___________________

Suasana di dalam dewan perkahwinan itu hingar-bingar dengan suara-suara orang ramai yang hadir bagi memeriahkan majlis. Umat manusia yang ada bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak terkira betapa ramainya tetamu yang dijemput oleh keluarga pengantin.

Naira melangkah masuk sambil mulut ternganga melihat luasnya dewan itu. Dia tidak percaya bahawa dia telahpun berada di majlis perkahwinan setelah kejadian 3 tahun lepas. Tangannya memegang erat tangan kakaknya. Jantungnya berdegup dengan pantas.

Adelia di sebelah cuba untuk menenangkan adiknya. Dia faham dan tahu apa yang dirasakan oleh Naira.

"Jom kita masuk. Jangan risau,aku ada. Darwish pun ada." Adelia mengusap kepala anaknya yang berada di dalam dukungan Naira. Darwish tersenyum comel menampakkan lesung pipitnya.

Naira menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Mereka masuk ke dalam dewan dan mencari tempat duduk yang telah ditetapkan untuk semua tetamu yang hadir.

Naira mengamati setiap hiasan di dalam dewan tersebut. Semuanya indah seperti perkahwinan idaman setiap perempuan. Matanya memerhati semua orang yang sibuk dengan dunia sendiri. Sudah lama dirinya tidak dikelilingi oleh orang ramai. Dia juga sudah lupa cara untuk bersosial seperti anak muda zaman sekarang.

Mata Naira sudah penat melihat manusia-manusia yang berjalan ke hulu ke hilir. Dia ingin merehatkan matanya sebentar namun terdapat sepasang mata menangkap perhatiannya.

Mata itu.

Dia kenal pemilik mata itu. Pandangan mata yang lembut itu terus menikam masuk ke dalam mata Naira. Mereka saling bertatapan dari jauh. Seperti sedang berkomunikasi.

Tepukan di bahu Naira mengejutkan dirinya yang tenggelam dalam panahan mata lelaki asing tadi. Naira menoleh sebelah kemudian dia melihat ke arah lelaki tadi sekilas. Tiada. Lelaki itu telah pergi.

Adelia yang bercakap di sebelah hanya dibalas anggukan kecil oleh Naira. Mindanya memainkan semula drama 'eye contact' di antara dirinya dan pekerja lelaki di Karun Café serta kejadian yang berlaku sebentar tadi.

'Lelaki tadi lelaki yang sama dekat kafe hari tu ke?'

'Kenapa aku rasa lain macam setiap kali kami bertentangan mata?'

Kata-kata hatinya yang tidak dapat dibendung lagi. Dia ingin tahu siapakah lelaki itu. Kenapa mereka sering bertembung mata dalam keadaan yang tidak terjangka?

___________________

Zariel meletakkan kameranya di atas meja. Seharian ini dia berada di setiap penjuru dewan perkahwinan itu. Mengabdikan setiap kenangan pasangan pengantin bersama-sama keluarga mereka. Dia memandang pelamin di atas pentas. Terdapat beberapa orang sedang berborak dengan pasangan raja sehari.

Tangannya mengambil gelas. Belum sempat air dihirup,kerusi yang diduduki oleh Zariel dilanggar oleh seseorang. Namun Zariel tangkas bertindak. Dia memegang lengan perempuan itu untuk menghalangnya daripada jatuh. Gelas diletakkan kembali di atas meja.

Perempuan itu berpaut pada lengan Zariel dengan erat. Hampir sahaja dia terduduk di atas lantai. Dengan perlahan,Zariel menarik lengannya dan memastikan dirinya dapat berdiri dengan tegak.

"Awak okey?" Zariel bertanya. Riak wajahnya menunjukkan dia prihatin dan risau.

"Saya okey. Terima kasih," ucap perempuan itu dan terus berlalu pergi. Malu dan terkejut menguasai perasaannya.

Zariel hanya mengangguk. Dia juga tidak mahu berborak lama kerana sudah pasti perempuan itu malu. Dia kembali duduk namun tidak lama dia berdiri semula. Matanya mencari kelibat perempuan tadi. Tiada. Dia yakin bahawa perempuan itu adalah perempuan yang sama walaupun mukanya tidak dapat dilihat semasa kejadian tadi.

Lama matanya melilau,mencari perempuan itu. Tapi hasilnya tetap sama. Tiada. Dia duduk dan meminum air yang masih berbaki di dalam gelas. Laungan namanya dari atas pentas membuatkan Zariel tergesa-gesa mencapai kamera dan berlari menuju ke arah pelamin. Tiba masanya untuk menyambung kerja.

___________________

Naira menemani kakaknya yang membawa Darwish ke tandas. Dia berdiri sambil menyandarkan badan pada dinding di luar tandas tersebut. Mukanya masih terasa bahang malu akibat daripada kejadian tadi. Mujurlah lelaki itu sempat menyelamatkan dirinya. Dia juga tidak berpeluang untuk melihat wajah penyelamatnya kerana malu. Namun dia bersyukur kerana tidak terjadi perkara yang dapat memalukan dirinya di hadapan khalayak ramai.

Bunyi kasut tumit tinggi yang keluar dari tandas membuatkan Naira mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat perempuan itu.

"Naira? Awak pun ada kat sini?" Perempuan itu cuba untuk mendekati Naira. Manakala Naira bagaikan batu yang tidak dapat bergerak.

Bunyi suara seorang lelaki yang memanggil nama perempuan itu lebih membuatkan Naira kaku tidak berganjak. Dia menoleh ke arah kiri dengan hati yang berat. Betul tekaannya. Lelaki itu. Bekas tunangnya.  Perempuan di depannya pula ialah isteri bekas tunangannya.

"Maafkan saya." Naira berjalan dengan laju untuk mengelakkan dirinya bertembung dengan lelaki itu. Dia menunduk sepanjang perjalanannya. Dia pasti lelaki itu tidak dapat mengecam dirinya.

Langkah Naira yang laju telah membuatkan beberapa orang tetamu hampir terjatuh kerana dia tidak sengaja melanggar mereka. Lebih teruk apabila dia melanggar Zariel yang sedang meneliti gambar di dalam kameranya.

Gelang yang dipakai oleh Naira tersangkut pada tali kamera Zariel. Namun Naira masih terus melangkah meninggalkan dewan itu.

Zariel mengambil gelang yang tersangkut pada tali kameranya dan mencuba untuk mengejar Naira. Malangnya,saat dirinya berjaya keluar dari dewan itu,kelibat Naira telah hilang. Dia melihat kiri dan kanan. Tiada. Dia mengeluh. Gelang di dalam tangan dia perhati. Dia tahu simbol yang ada pada gelang itu. Hati dan mindanya menjadi tidak tentu bila memikirkan sang pemakai gelang tersebut.

Zariel yakin bahawa mereka mempunyai sesuatu yang sama tetapi berbeza jalan cerita.

SEMICOLON; (HIATUS) Where stories live. Discover now