PAGI yang berangin membuatkan rambutnya yang terikat ditiupi angin. Fillea mengerling jam tangannya sekilas, jelas menunjukkan jarum tepat mengena angka 6 pagi. Gadis itu melajukan langkahnya ketika berjogging supaya cepat sampai ke rumah.
Saat sampai di rumah, Fillea mengelap peluhnya yang mengalir. Matanya termenung lama, tahun ini sudah genap dua tahun gadis itu hilang ingatan. Ingatannya perlahan-lahan pulih sehingga kini. Gadis itu fikir, jika bertinju boleh membantu dirinya mengembalikan ingatan, tetapi sebaliknya. Bekas kekasihnya telah membuatkan gadis itu trauma untuk bertinju.
Air yang sudah tersedia di hadapan rumah di ambil sebelum meneguknya dengan rakus. Pintu rumah dibuka perlahan-lahan.
"Assalammualaikum." ucap Fillea seraya melangkah kaki kanannya terlebih dahulu masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam, dah balik dah sayang? Jom breakfast sama-sama eh. Tolong panggil Aayden dengan Aadella sekali dekat atas," pinta Fiona lembut kepada anak perempuan sulungnya.
Fillea hanya mengangguk sebelum berlalu naik ke aras dua. Bilik gym dituju, dia pasti Aayden di situ.
Pintu bilik gym dibuka perlahan-lahan. Jelas Aayden di situ sedang melakukan handstand push-up tanpa baju. Adik kembarnya itu sangat gemar dengan calisthenics. Sejak berumur 13 tahun lagi dia telah menjejakkan kakinya ke dalam gym.
Setelah perasan akan kedatangan seseorang, Aayden terus memberhentikan gerakannya sebelum mengambil sehelai tuala kemudian mengelap peluhnya. Sleveless jersey disarungkan pada badannya yang berotot itu.
"Hai kak! Awal balik, tadi jog berapa kilometer?" soal Aayden dengan senyuman lebar di bibir. Rambutnya yang basah diraup kebelakang.
"Tak banyak pun, 5 km je. Nanti jangan lupa turun breakfast," kata Fillea mendatar sebelum keluar daripada bilik itu.
Setelah mengejutkan adik bongsunya iaitu Aadella Fellina, Fillea terus menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.
Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan hair dryer. Jika tadi rambutnya diikat, sekarang Fillea membiarkan rambutnya tidak diikat untuk ke sekolah. Terselah kecantikannya apabila rambutnya tidak diikat. Gadis itu tampak begitu ayu.
Fillea pantas menuju ke meja makan apabila telah menyiapkan diri untuk ke sekolah. Jelas keluarga kecilnya telah menunggunya untuk makan sarapan bersama-sama. Fillea mengambil tempat duduk di sebelah Aayden sebelum mengambil nasi lemak.
"So, Aaydean balik sini bila?" soal Aayden memulakan perbualan. Fillea turut memberhentikan pergerakannya memandang ibu bapanya silih berganti. Sudah sebulan adik lelakinya yang kedua itu iaitu Aaydean Fayyadh berada di tahfiz.
"Hujung bulan ni." jawab Aayan lembut. Aayden hanya mengangguk perlahan sebelum menyambung makan.
Fillea menghela nafas berat sebelum telur kuning yang berada di pinggannya diletakkan ke dalam pinggan Aayden. Aayden mengerutkan dahinya sebelum telur kuning tersebut dipindahkan pada pinggan Aadella. Aadella menjeling abangnya sekilas sebelum memindahkan telur kuning tersebut pada Fiona. Fiona menggeleng perlahan sebelum memindahkan telur kuning tersebut pada pinggan Aayan.
Aayan memandang isteri dan anak-anaknya sekilas. Anak beranak semua sama je, semua tak suka telur kuning! Tanpa basa-basi, Aayan hanya makan telur kuning tersebut.
"So, Fillea bila nak sambung main boxing?" soal Aayan serius memandang anak perempuan sulungnya itu. Fiona, Aayden dan Aadella memandang Fillea serentak.
Sungguh pelik apabila tiba-tiba sahaja anak sulungnya itu ingin berhenti bertinju walhal tinju merupakan hobi kegemarannya.
"Cau lu," kata Aayden sebelum mengangkat pinggannya ke dapur. Dia berasa sangat takut jika kakaknya mula naik angin.
YOU ARE READING
Misery Without You
Romance[ON GOING] Aadelle Fillea merupakan seorang gadis yang sungguh dingin ibarat ais batu! Anak matanya yang berwarna biru persis ayahnya membuatkan ramai orang tertarik dengan kecantikannya. Nampak saja cantik, dia seorang gadis yang dulunya berbakat d...