SORAKAN penonton mengaum kuat daripada luar gelanggang yang dipertaruh. Kepala yang terasa berpinar dihiraukan buat seketika. Tangannya pantas naik menyeka darah yang mengalir keluar daripada hidung. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman lebar sebelum panjat pada pagar gelanggang. Tangan kanannnya diangkat menandakan dia lah seorang juara.
"Fillea! Fillea! Fillea!" Aadelle Fillea. Itulah namanya. Nama yang disebut berkali-kali oleh para penyokongnya.
Fillea. Nama bagi seseorang yang mempunyai ciri-ciri lembut bukan? Tetapi tidak baginya. Dia adalah Aadelle Fillea, seorang gadis yang kasar dan mempunyai pendirian tersendiri.
Fillea menuju ke arah lawannya yang sudah terbaring, Li Na. Tangannya dihulurkan kepada Li Na sebelum gadis berbangsa cina itu menyahut tanganny untuk bantunya berdiri. Mereka berdua menunduk kepada sesama sendiri sebelum keluar daripada gelanggang.
Matanya meliar mencari sosok seseorang. Namun hampa, teman lelakinya langsung tidak hadir pada hari perlawanannya. Fillea mengeluh perlahan.
Kakinya pantas melangkah ke arah bilik persalinan miliknya. Daniel, jurulatih Fillea turut mengikut Fillea daripada belakang dengan membawa bekas berisi ais. Sebelah tangannya pantas menghulur sehelai tuala kepada gadis muda itu.
"Congrats champ!" ucap kumpulan yang terlibat dalam menguruskannya dan ahli keluarga Fillea. Aayan dan Fiona pantas menarik anak perempuan sulungnya kedalam dakapan.
"Kak, tadi ada orang call kau banyak kali," kata Aayden sebelum iPhone milik kakaknya dihulur dengan senyuman lebar tidak lekang di bibir. Adik kembarnya ini memang sering tersenyum.
Fillea mengerutkan dahinya membaca nama si pemanggil. Jantungnya berdegup dengan laju sebelum nama si pemanggil di tekan untuk didail semula.
Tidak dapat.
Sekali lagi Fille mencuba untuk dail semua si pemanggil. Dapat! Telefon ditekap ke telinga.
"Hello?"
Perlahan-lahan anak mata birunya membulat. Panggilan dimatikan sebelum memandang sekeliling.
"Hoodie." Fillea menghulurkan tangannya kepada Aayden. Aayden mengerutkan dahinya sebelum memandang ke arah hoodie yang dipakainya.
Hoodie yang dipakainya dibuka sebelum dihulur kepada kakak kembarnya. Hanya tinggal jersi sahaja yang tersarung pada badan Aayden. Fillea merampas hoodie tersebut sebelum terus menyarungkan pada badannya. Kakinya pantas keluar daripada bilik persalinan tersebut. Dia menuju ke arah pintu belakang bangunan supaya pihak wartawan tidak menjumpainya untuk membuat sesi temubual.
Tangannya didepakan memanggil teksi yang berdekatan. Setelah mendapat teksi, Fillea memberitahu pemandu untuk menuju ke hospital.
"Eh kau Aadelle Fillea kan? Abang tengok live game kau dik," ujar pemandu teksi. Cuba untuk berbual dengannya. Fillea menjulingkan matanya ke atas sebelum membuang pandangan ke luar tingkap.
Setelah sampai ke destinasi, kakinya pantas melangkah masuk ke dalam hospital. Wad bernombor 415 dituju. Fillea menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah masuk ke dalam wad tersebut.
Fillea memandang ke arah seorang wanita separuh umur sedang menangis memegang tubuh seorang gadis yang terlantar pada katil sebelum memandang ke arah teman lelakinya, Megat Hafiy yang sedang menunduk.
"Hafiy!"
"Puas hati kau?" soal Datin Heina kepada Fillea yang terpinga-pinga.
"Ap... Apa maksud aunty?"
Hafiy mengangkat kepalanya sebelum menarik lengan Fillea keluar daripada hospital itu. Pintu penumpang keretanya dibuka sebelum mengarah Fillea untuk masuk ke dalam. Fillea yang tidak faham dengan situasi hanya menurut. Hafiy menghempas pintu keretanya membuatkan bahu Fillea terhinjut sedikit. Enjin kereta dihidupkan sebelum memulakan pemanduan.
"Hafiy, kenapa dengan semua ni?" soal Fillea lembut.
"Puas hati you? I dah pesan banyak kali kan dekat you supaya tarik diri daripada tournament you tu tapi you degil! You tahu tak musuh-musuh you tu ugut famili I?"
"I tahu, tapi kenapa sampai macam ni, Hafiy? You tak pernah tinggi suara dekat I."
"Eh bodoh! Adik aku tu terlantar dekat hospital sebab kau lah!" tengking Hafiy. Bahu Fillea terhinjut sekali lagi.
"Tapi Haf..."
"Tak ada tapi-tapi! You tu terlampau ramai musuh. I nak break, famili I tak restu hubungan kita. Dia orang selalu cakap buruk pasal you."
Fillea terkedu. Mengapa dirinya diperlakukan sebegini dengan keluarga teman lelakinya. Di manakah salah silapnya? Tak akan mereka ingin memutuskan hubungan mereka selama tiga tahun?
"Then, you tak pertahankan I ke depan famili you?"
"Tak."
Fillea menolak lidahnya ke pipi sebelum mengangguk-angguk perlahan. Menangis? Oh tidak hati seorang gadis bernama Aadelle Fillea tidak mudah dihancurkan begitu sahaja.
'I can be anything but never beg for a guy who doesn't give a fuck to you.'
"Stop the car. Aku nak turun." keras Fillea bersuara mendatar.
Serta merta Hafiy memberhentikan keretanya. Terus Fillea melangkah keluar daripada kereta Hafiy. Pintu kereta milik jejaka itu dihempas kuat. Tanpa menunggu, Hafiy terus memandu keretanya meninggalkan Fillea seorang diri di tempat yang sunyi itu.
Fillea menelan air liurnya kelat memandang langit malam. Ya, dia memang berani tetapi pada manusia sajalah. Pada hantu? Oh tidak dia mungkin akan lari sepenuh tenaga jika ternampak hantu. Disebabkan sejuk, Fillea memeluk tubuhnya erat.
"Ha bagus sangat! Yang kau pergi mintak turun dekat sini dah kenapa? Aku lagi rela turun dekat highway," Fillea berbicara seorang diri. Ha sudah, gila dah.
KRINGG!
Tiba-tiba penggera kedai emas yang berada dihadapannya berbunyi dengan nyaring sekali. Fillea menoleh ke arah belakangnya terdapat tiga buah kereta polis menghampirinya. Fillea sudah cemas, pandangannya dialihkan pada kedai emas tersebut, matanya dikecilkan.
Terdapat sekumpulan lima orang dengan berpakaian serba hitam berlari keluar daripada kedai emas tersebut. Berdasarkan fizikal, lima orang tersebut ialah lelaki.
Mata birunya tertumpu pada seorang lelaki yang berada di belakang sekali. Apabila lampu suluh polis dihala ke arah muka tertutup lelaki tersebut, mata berwarna coklat milik lelaki itu dikenyit kepada Fillea sebelum terus berlari bersama ahli kumpulannya yang lain.
"Move, move!" arah polis seraya masuk semula ke dalam kereta untuk mengejar sekumpulan pencuri tersebut.
psst psst korang ! Lepas raya baru author publish bab seterusnya, itu pun kalau story author yang pertama iaitu "Chapter of Us" dapat 6k reads dan hit 300+ vote baru author bersemangat nak sambung! Sebab story ini sambungan daripada story pertama okie! Jadi, korang ajak lah member ii vote
⚠️ Hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun meninggal dunia.
⚠️ Kemungkinan mempunyai typo dan kesalahan tatabahasa. Segala kesilapan yang berlaku mohon maafkan.
⚠️ Karya ini 100% daripada saya sendiri dan langsung tidak meniru sesiapa sahaja. Jadi saya mohon jangan meniru hasil titik peluh saya.
⚠️ Jika mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh cari saya di tiktok @aaikyzz. In Shaa Allah author atau admin akan membalas secepat mungkin.
hey guys... author (aiki) minta maaf sangat ii tetapi buat masa sekarang aiki tak mampu nak sambung story ni. Korang bagi aiki masa sekejap yaa untuk selesaikan masalah. Sayang korang!
YOU ARE READING
Misery Without You
Romance[ON GOING] Aadelle Fillea merupakan seorang gadis yang sungguh dingin ibarat ais batu! Anak matanya yang berwarna biru persis ayahnya membuatkan ramai orang tertarik dengan kecantikannya. Nampak saja cantik, dia seorang gadis yang dulunya berbakat d...