Bab 3

4 2 0
                                    

LEKA Fillea mencari pen kegemarannya di sebuah kedai alat tulis yang berada berdekatan dengan sekolahnya. Nasib baik kedai itu dibuka pada awal pagi jadi sempat juga gadis itu singgah untuk membeli pen sebelum pergi ke sekolah.

Keningnya dikerutkan apabila memandang seorang pelajar lelaki sedang memasukkan barangan di kedai itu ke dalam begnya. Lagi membuatkan dia terkejut ialah pelajar lelaki tersebut merupakan murid baharu di dalam kelasnya. Atiq. Katanya murid itu dapat masuk ke dalam sekolah swasta itu kerana telah berjaya mendapat scholarship.

"Kenapa kau mencuri?" tegur Fillea mendatar. Anak mata birunya menikam anak mata milik Atiq. Disebabkan Atiq tinggi darinya, gadis itu terpaksa mendongak memandang Atiq.

"None of your bussiness." kata Atiq menjelingnya sekilas sebelum menyambung memasukkan barangan ke dalam beg miliknya.

"Kalau tak ada duit, jangan sampai mencuri, berdosa." tegur Fillea mendatar.

Atiq hanya menghiraukan teguran Fillea. Disebabkan terlampau geram, gadis itu terpaksa merampas beg yang berada di tangan Atiq sebelum di bawa ke kaunter untuk membuat pembayaran. Kesemua barangan Atiq di bayar sebelum menghulur satu plastik berisi alat tulis kepada jejaka itu.

Ragu-ragu Atiq hendak mengambilnya. Disebabkan terlampau lama, Fillea hanya mencampak plastik tersebut kepada Atiq sebelum berjalan masuk ke dalam sekolah. Tak jauh pun, 80 meter sahaja.

Sewaktu rehat, Fillea mengambil tempat duduk di sebelah Naura di kafeteria. Naura memandang sekeliling sebelum merapatkan jarak kedudukannya dengan Fillea.

"Aku rasa aku tercrush dekat murid baru lah weh," kata Naura sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya. Terus tersembur air yang baru sahaja dihirup Fillea sebentar tadi. Wajah Naura di pandang tidak percaya.

"What? Atiq? Seriously!" Jerit Fillea dengan dahi yang berkerut. Atiq? Eww! Atiq itu sudahlah pelajar baharu, Naura pula sudah menggatal jatuh cinta dengan orang yang belum dia kenal sedalam-dalamnya.

"Iya lah. Kau tengok Atiq tu, handsome! Rambut messy hair, kening tebal, bulu mata lentik!" Puji Naura tidak henti. Fillea hanya menjulingkan matanya ke atas. Telinganya dipekakkan seketika.

"Lagipun, aku rasa Atiq boleh buat kan aku lupa pasal ex aku," kata Naura dengan mulut muncungnya. Ternganga mulut Fillea memandang Naura seolah-olah tidak percaya. Lima tahun Naura masih lagi tidak boleh merupakan seorang jejaka yang dipanggil 'favourite ex' mengada perempuan ni!

"You're too pretty to be begging any man to act right." Fillea menyuap makanannya ke dalam mulut dengan pandangan kosong. Malas mahu ambil tahu. Makin di layan, makin gila si Naura ni.

"Lepas ni dapat result exam kan? Tak sabarnya!"

"And number one goes to..." satu kelas memandang ke arah Fillea menunggu cikgu untuk menyambung perkataannya. Fillea langsung tidak pernah lari daripada nombor satu dalam kedudukan kesuluruan pelajar.

"Aayden! And second place goes to Aadelle! That's all for today, thank you class!" semua pelajar mengucap terima kasih kepada guru sebelum kesemuanya menghampiri Aayden.

Aayden mengerutkan dahinya sebelum menghampiri Fillea yang sudah termenung jauh. Dia menghela nafas ringan sebelum kerusi di hadapan meja Fillea di tarik untuk diduduk.

"Kau okey tak, kak? Kenapa position kau jatuh ni? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau ke?" soal Aayden perihatin. Di dalam kelas, Fillea merupakan pesaing terbesarnya. Aayden sering mendapat tempat kedua di dalam kelas tetapi kali ini berbeza pula.

Naura juga merapatkan kerusinya pada meja Fillea. Gadis itu sering kekal kedudukannya iaitu tempat ketiga. Aayden dan Naura memandang satu sama lain sebelum memandang Fillea semula.

Misery Without YouWhere stories live. Discover now