Bab 4

8 1 0
                                    

BUNYI deringan jam mengejutkan dirinya yang sedang mengalami mimpi buruk. Gadis itu terkejut sebelum mengaturkan semula nafasnya. Jam di sebelah dikerling sekilas. Baru pukul 4 pagi. Fillea menyeka peluh yang mengalir pada mukanya sebelum berdiri untuk ke dapur kerana tekaknya terasa kering.

Fillea terdengar bunyi suara alunan yang cukup merdu apabila melalui di hadapan bilik adik lelakinya yang kedua, Aaydean Fayyadh. Telinganya ditekap pada pintu. Gadis itu terduduk. Dapat dia rasa betapa tenangnya jiwa apabila mendengar suara bacaan kitab Al-Quran daripada adik lelakinya itu. Fillea mengerutkan dahinya. Oh! Dia terlupa bahawa adik lelakinya sudah pulang ke rumah malam semalam sewaktu dia tiada di rumah.

"Tabaarakal alladzi biyadihi almulku wahuwa a'laa kulli syay-in qadiirun..."

"Alladzi khalaqa almawta waalhayaata liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amalan... wahuwa ali' aziizu alghfuuru..." surah Al-mulk ayat kedua yang dibacanya terhenti apabila terdengar suatu suara daripada luar biliknya. Aaydean mengangkat kepalanya sebelum membuka pintu biliknya.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Fillea memandang Aaydean Fayyadh dari atas sehingga bawah. Wajah Aayden yang beriak kosong bersama kopiah tersarung di atas kepala dipandang lana. Adik lelakinya yang baru sahaja berumur 9 tahun itu baru sahaja menghafal hampir separuh kitab suci Al-Quran.

"Kakak buat apa subuh-subuh ni?" soal Aaydean mendatar. Sikap beku Aaydean hampir sama dengannya dan bapa mereka. Hanya Aayden dan Aadella sahaja mempunyai sikap periang.

"Nak pergi jogging, Aaydean nak ikut?" pelawa Fillea. Aaydean mengerling jam di dalam biliknya sekilas sebelum mengangguk perlahan.

"Siap lah dulu, akak tunggu dekat bawah," kata Fillea mendatar sebelum turun ke aras bawah tanpa menunggu balasan daripada Aaydean.

Fillea terhenti di hadapan bilik gym sebelum mengintai sedikit. Jelas Aayden berada di dalam bilik itu sedang melakukan beberapa aktiviti untuk melatih ototnya.

Aayden menghempas dumbell sebelum meneguk air yang tersedia di sebelahnya dengan rakus sehingga mengalir keluar daripada mulutnya.

"Kenapa kau beria sangat train ni?" soal Fillea mendatar. Dia menyandarkan badannya pada pintu sambil memeluk tubuh. Adik lelakinya itu hampir setiap hari meluangkan masa hanya di dalam gym. Jika tidak di rumah pasti dia keluar ke gym bersama kawan-kawannya.

"I'm training my shoulder so that my future wife will have shoulders to cry on." Aayden tersenyum manis menjawab soalan kakaknya dengan lembut sekali. Fillea menjulingkan matanya ke atas sambil membuat muka mengejek. Mengada.

Fillea meregangkan badannya sedikit sebanyak sebelum Aaydean sampai. Sesekali gadis itu membuat lompat bintang, sesekali gadis itu bermain tali skipping kepunyaannya. Disebabkan bunyi burung berkicauan menarik perhatian Fillea, gadis itu mendongak memandang langit yang masih gelap.

"Dah siap, jom?" Tegur Aaydean yang berada di belakang Fillea. Gadis itu menoleh ke belakang memandang adik lelakinya dari atas sehingga bawah, airpod di telinga, memakai windbreaker, seluar tight bersama seluar pendek di bahagian luar. Fillea menggangguk perlahan.






"AKAK minta maaf tapi memang tak boleh masuk tanpa penjaga dik," ujar perkerja panggung wayang itu dengan lembut apabila melihat wajah Naura sudah bertukar merah.

"Akak, kitorang ni 17 tahun tau! Tahun depan masuk 18 jadi apa salahnya kalau kitorang nak tengok movie ni? Tak cukup setahun aje!" Naura melawan. Fillea memandang perkerja panggung wayang itu sudah menggaru kepalanya.

Mereka berdua telah merancang untuk melihat pawagam pada hujung minggu sempena cuti sekolah. Iya lah, bukan selalu mereka mempunyai masa keluar bersama-sama untuk berseronok dan menenangkan minda! Jika cuti pun, jadual mereka sentiasa padat dengan latihan.

Fillea mengeluh perlahan. Mereka tidak boleh masuk ke dalam panggung wayang kerana cerita yang mereka ingin tengok merupakan cerita tontonan dewasa dan memerlukan penjaga ataupun berumur 18 tahun ke atas. Mereka baru sahaja berumur 17 tahun tetapi perkerja panggung wayang itu langsung tidak memberi peluang kepada mereka. Lebih-lebih lagi kedua-duanya terlupa membawa kad pengenalan untuk menunjuk bukti umur mereka.

"Akak minta maaf ye, tapi mungkin adik boleh tengok cerita lain?" saran perkerja panggung wayang tersebut. Naura sudah pasrah terduduk di hadapan kaunter.

Fillea menarik tangan Naura untuk berdiri sebelum membawa gadis itu keluar daripada barisan kaunter.
Kini, Fillea pula terduduk sebelum menggenggam kepalanya erat. Sudah lama mereka merancang untuk menonton cerita tersebut!

Naura menepuk bahu Fillea berkali-kali dengan kuat. Fillea mendongak sebelum mengerutkan dahinya.

"Kau nampak makcik tu?" soal Naura dengan senyuman nakal terlakar di bibir. Wanita separuh umur di hadapan mereka ditunjuk.

"Nampak."

"Aku suggest kita paksa makcik tu jadi penjaga kita."

"Kau gila ke?"

"Kau nak atau tak nak?"

Fillea terdiam untuk berfikir sejenak. Tiket sudah beli namun sia-sia sahaja jika tidak menonton bukan? Perlahan-lahan gadis itu menggangguk perlahan.

"Lets go, baby!" Naura menarik lengan Fillea menuju ke arah wanita separuh umur tersebut.

"Hai aunty! Aunty nampak cantik betul hari ni, ada apa-apa ke?" Soal Naura dengan senyuman selebar-lebarnya. Badan Fillea dicuit secara tersorok untuk menyuruh Fillea bersuara sekali.

"Panggil saja makcik. Nampak cantik ke? Terima kasih sangat-sangat dik. Hari ini hari jadi makcik kalau adik nak tahu."

Semakin melebar senyuman Naura apabila mendengar. Pandangan tajam diberikan kepada Fillea menandakan untuk menyuruh gadis itu pula bersuara. Fillea mengangguk perlahan.

"Makcik nak tak kami belanja tiket tengok wayang?" soal Fillea lembut. Bibirnya dipaksa untuk senyum.

"Terima kasih dik, tapi susah-susah saja."

"Tak susah pun makcik! Kami belanja ni sebab nak berkongsi rezeki!" Naura menyampuk dengan senyuman makin melebar. Perlahan-lahan wanita separuh umur tersebut mengangguk.

Naura dan Fillea membalas senyuman sebelum kedua-duanya menarik tangan wanita separuh umur tersebut pada kaunter.

"Ha akak! Eh mana akak yang tahan kitorang tadi? Apa-apa jelah. Nah tiket kami!" Naura menghulur tiket pawagam kepada perkerja lelaki yang menjaga tiket. Sebelum ini perkerja perempuan yang menahan mereka tetapi kali ini lelaki pula yang menjaga kaunter.

Tersedak Fillea dibuatnya apabila dia kenal akan wajah perkerja lelaki tersebut. Perkerja lelaki tersebut tertawa kecil sebelum tersenyum manis kepada Fillea. Topi yang dipakai dibetulkan sedikit.

"Kalau nak tengok cerita ni kena ada penjaga dik," ujar Ian dengan lembut. Perkataan dik ditekan.

"Ini penjaga kami!" Fillea menyampuk. Wanita separuh umur tadi ditunjuk sebelum menghulur tiket kepada Ian lalu menolak Naura dan wanita itu pergi masuk terlebih dahulu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Fillea dalam nada berbisik. Sebelum ini kerja di gerai burger, sekarang menjadi penjaga kaunter panggung wayang pula? Macam-macam lah karenah mamat ni.

Ian mengenyitkan matanya sebelum tersenyum nakal.

"Kenapa? Rindu?"

Fillea menayangkan wajah jengkel sebelum menghentak kaki sambil melangkah masuk ke dalam. Gatal! Mengada! Benci!

Misery Without YouWhere stories live. Discover now