Bab 2

10 2 0
                                    

FILLEA menggenggam erat bola keranjangnya sebelum membuat gerakan double tween untuk melepasi halangan daripada kumpulan lawan sebelum dijaringkan. Sempat dia bergayut pada jaring sebelum lompat turun.

"Woohoo!" Naura berlari ke arah Fillea sebelum kedua-duanya melompat untuk bertepuk tangan. Sengaja Fillea menggosok kepala Naura yang berlapikkan tudung itu dengan kasar.

"That's all for today!" tegur jurulatih seraya menghulurkan botol minuman kepada setiap pemainnya.

Fillea membuka botol minuman dengan kasar sebelum diteguk dengan rakus. Tiga jam latihan tanpa rehat membuatkan tekaknya terasa begitu kering.

"Guys, don't forget to jog at least 2 or 3 kilometres per day. Remember, stamina is very important," pesan jurulatih memberi peringatan kepada pemainnya.

Semua sudah mengemas beg untuk pulang, begitu juga dengan Fillea dan Naura. Namun, selangkah sahaja keluar daripada gelanggang tiba-tiba jurulatih memanggil Fillea dan Naura. Malas-malas dua sahabat itu menghampiri jurulatih dengan perlahan sekali.

"Oh gosh, stop being such a drama queen!" jurulatih mengurut pelipisnya perlahan memandang gelagat dua sahabat itu. Fillea dan Naura tersenyum nipis sebelum berlari mendekati jurulatih.

"Apa cerita huh semalam? Kenapa korang bergaduh? Oh gosh banyak kali kan coach dah pesan jangan terlibat dengan apa-apa pergaduhan!" tegur jurulatih dengan sedikit tegas. Fillea dan Naura hanya tersenyum seperti kerang busuk sebelum memandang satu sama lain.

"Fillea, Naura! Korang bukan murid biasa tapi atlet. Jangan lah rosakkan nama kamu sebagai atlet sekolah! Korang nak stop jadi atlet ke kalau berita ni sampai ke pengetua."

Fillea dan Naura memuncungkan mulut sebelum menggeleng perlahan. Sebiji perangai seperti kanak-kanak.

"I warn you. Jangan buat lagi ye, ingat I'll always watching you. Faham?"

"Faham."

Baru sahaja hendak keluar daripada gelanggang. Seorang pelajar datang menghampiri Fillea dan Naura. Mereka berdua memandang sesama sendiri seolah-olah tahu apa yang bakal terjadi.

"Aadelle Fillea?" soal pelajar itu lembut. Fillea hanya menangguk kepalanya perlahan.

"Nice, the principle is waiting for you at the dicipline room."

Naura memandang Fillea seolah-olah tidak percaya. Baru sahaja permulaan persekolahan, Fillea telah dipanggil ke bilik disiplin sekolah. Namun, dia juga tahu ini semua angkara siapa. Fillea menggigit bawah bibirnya sebelum membaling kuat beg latihan yang dipakai. Benci!

"Dia yang mula kan dulu pengetua, saya tak bersalah langsung! Mentang-mentang belajar tinju, tanpa ragu-ragu dia pukul saya," adu Jazlyn dengan air mata yang dibuat-buat. Fillea yang berada di sebelah hanya memeluk tubuh.

'Macam pengemis.' Desis hati Fillea.

"Fillea, why did you use violence in school?"

Fillea mengerutkan dahinya sebelum menoleh memandang Jazlyn di sebelah. Tampak jelas mata kanan Jazlyn lebam seolah-olah di tumbuk.

"I didn't do it."

Pengetua sekolah menghembus nafas berat sebelum mengurut pelipisnya perlahan. Masalah! Masalah! Macam-macam betul lah perangai budak-budak zaman sekarang ni. Dia memandang Fillea dan Jazlyn silih berganti.

Misery Without YouWhere stories live. Discover now