Bab 5

7 0 0
                                    

AAYDEN memasuki padang bola sepak bersama buah hatinya, Najwa. Memandangkan tiada orang berlatih di padang yang besar itu, Aayden mengambil keputusan untuk 'soccer date' bersama buah hatinya ditemani Aaydean kerana dia bosan duduk di rumah.

Aayden meletakkan bola betul-betul di hadapan palang gol dengan Aaydean menjadi penjaga gol. Manakala Najwa mengambil kerusi kecil berjalan terkedek-kedek meletakkan kerusi itu betul-betul di tengah padang sebelum melabuhkan punggung. Kakinya disilangkan memandang Aayden bermain bola.

"Rendah sikit!" Najwa memberi arahan kepada Aayden yang mahu menendang bola itu. Sebelah tangannya lagi menyuap keropok ikan ke dalam mulutnya.

"Baik, coach!"

Kini Aayden telah bersedia untuk menendang bola. Jejaka itu mengambil beberapa langkah ke belakang.  Dan...

"You kejap! Tolong ambilkan air boleh dak?" Pinta Najwa lembut serupa kanak-kanak lima tahun. Aayden meraup rambutnya kebelakang sebelum berlari mengambil botol minuman Najwa.

"Nah coach! Nak apa-apa lagi tak?" Soal Aayden dengan senyuman lebar apabila melihat buah hatinya tersenyum gembira. Najwa menggeleng laju.

Aayden menggangguk perlahan sebelum berdiri betul-betul di hadapan tiang gol. Dia berundur beberapa tapak ke belakang sebelum menendang bola sepak tersebut ke arah tiang gol.

Adik lelaki Aayden iaitu Aaydean melompat ke kiri sebelum menepis bola yang ditendang oleh Aayden sebentar tadi. Disebabkan impak yang kuat, tubuh kecil Aaydean tergolek sedikit tetapi bola berjaya dihadang dengan cantik. Aaydean membersihkan bajunya sebelum menunjuk thumbs up kepada abangnya tanpa riak wajah.

"You! Bila nak sepak, sepak dekat bahagian tengah bola. Ni, ni! Sepak!" kata Najwa serupa jurulatih. Dia menunjuk contoh menggunakan kakinya. Kalau bukan sepak dekat bahagian tengah bola, nak sepak dekat bahagian mana lagi?

"Aye aye captain!"

Sekali lagi tendangan Aayden tersasar. Aaydean berjaya menangkap bola tersebut dengan cantik.

"You! You! Bila nak sepak kena pandang I lepastu... Tendang!"

Aaydean yang menjadi penjaga gol sudah menguap. Aayden mengangguk sebelum berlari anak mendekati bola. Kakinya menendang bola dengan mukanya memandang wajah Najwa. Dan... Gol!

Aayden memeluk tubuhnya serupa gaya Kylian Mbappe memandang Najwa dengan senyuman manis. Najwa menepuk tangannya sekuat hati apabila melihat Aayden dapat menjaringkan bola.

"Wow hebat lah coach ni. Berpengalaman betul," sindir Aayden dengan senyuman lebar. Najwa mengecilkan matanya memandang anak mata biru milik Aayden.

"Okay coach. Coach nak saya buat apa pulak?" Soal Aayden dengan senyuman lebar. Kakinya menimbang bola sepak itu berkali-kali.

"You! Cuba shuffle sambil sepak bola!"

Aayden menggangguk laju sebelum membuat tarian shuffle. Dia perlahan-lahan mendekati bola itu sebelum menendang.

"Gol, gol, gol!" Bukan Aayden yang menjerit, tetapi Najwa yang menjerit.

Aaydean meletakkan bola ditengah-tengah sebelum menendang bola tersebut kepada Aayden. Aayden yang tidak perasan dengan kehadiran tersebut secara tidak sengaja mengelak kemudian bola tersebut tepat mengena kepala Najwa sehingga membuatkan gadis itu terjatuh.

Najwa membetulkan tudungnya yang sudah senget sebelum berdiri. Tangannya menunjukkan thumbs up kepada Aayden menandakan dia baik-baik sahaja. Bajunya yang mempunyai rumput dikibaskan sedikit.

"You! I tengok macam senang je main, I nak main dengan you boleh?"

"Boleh!"

Terkedek-kedek gadis pendek itu berlari mendekati Aayden. Najwa berlari membawa bola mendekati tiang gol untuk menjaringkan bola sebelum...

Misery Without YouWhere stories live. Discover now