FILLEA menuju ke arah bilik kerja bapanya dengan senyuman lebar. Gadis itu membawa berita gembira kepada bapanya, Aayan. Fillea berlari anak menuju ke arah bilik bapanya, tidak sabar untuk memberitahu berita tersebut. Sebijik perangai kanak-kanak. Pintu bilik kerja bapanya diketuk beberapa kali.
"Masuk."
Gadis itu melangkah masuk dengan senyuman lebar di bibir.
"Papa! Papa nak tahu tak? Fillea kena select jadi -kapten untuk game basketball?" Ujar Fillea dengan bersungguh-sungguh. Namun, senyumannya terus pudar apabila melihat Aayan mencengkam rambut sendiri. Aayan mematikan panggilan telefonnya sebelum menolak semua kertas yang berada di atas mejanya.
"Keluar. Kalau setakat nak bagitahu benda yang tak penting, baik tak payah." Kata Aayan cukup perlahan tetapi keras.
Fillea kemam bibirnya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Aayan hanya menghantar pemergian anak perempuan sulungnya dengan matanya sebelum perlahan-lahan menunduk.
Bilik ibu bapanya dituju. Gadis itu perlahan-lahan membuka pintu bilik ibu bapanya sebelum membulatkan mata.
"Mama tengah buat apa?" Soal Fillea apabila melihat ibunya sedang menyumbat pakaian ke dalam bagasi. Tersentak Fiona apabila mendengar suara anak perempuan sulungnya.
"Fillea? Mama nak pesan ni, Fillea tolong jaga adik-adik dekat rumah, okey?"
"Tapi kena..."
"Shh... Fillea ikut je arahan mama okey?" Soal Fiona dengan lembut. Kepala anak perempuannya diusap perlahan. Fillea mengangguk sebelum keluar daripada bilik ibu bapanya.
Pelbagai benda bermain di dalam mindanya. Dia baru sahaja hendak menyampaikan berita gembira kepada ibu bapanya tetapi lain pula jadi. Biasanya bapanya tidak pernah bersuara begitu kepadanya. Ibunya pula tiba-tiba sahaja berkelakuan begitu.
Fillea turun ke tingkat bawah. Di mana tempat adik-adiknya berada. Mereka semua berada di ruang tamu rumah sedang menonton televisyen bersama-sama. Perlahan-lahan gadis itu mengukir senyuman nipis melihat keakraban adik-adiknya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Aadella.
"Tengok apa tu?" Soal Fillea lembut kepada Aadella yang sedang khusyuk menonton televisyen bersama Aayden dan Aaydean.
"Tengok movie! Cerita Harry Potter! Kakak nak join?" Jawab Aadella dengan senyuman lebar. Sempat dia pelawa kakak kembarnya untuk menonton televisyen bersama. Fillea mengangguk perlahan sebelum menyandar pada sofa.
"Kalau perangai kau macam ni, kita bercerai je lah! Senang cerita kan? Kau buat hal kau, aku buat hal aku!" Jerit Fillea dari aras atas. Serentak Fillea, Aayden, Aaydean dan Aadella menoleh ke arah tangga rumah.
Mereka dapat melihat Aayan sedang menuruni tangga kemudian Fiona mencampak bagasinya menuruni tangga. Namun Aayan sempat mengelak sebelum bagasi milik Fiona terkena badannya dan menolak badannya terjatuh daripada tangga.
"You ni kenapa?" Soal Aayan meninggi suara seoktaf.
Fillea dan Aayden memandang satu sama lain sebelum Fillea mencabut Airpod yang berada di telinganya. Fillea memakaikan Airpod tersebut kepada telinga adik perempuannya, Aadella sebelum tersenyum manis kepada adik perempuannya. Aadella berasa pelik, dia ingin mencabut Airpod daripada telinganya namun terhenti kerana Fillea menghalangnya.
Aayden mengeluh perlahan sebelum meraup rambutnya ke belakang. Bibirnya dipaksa untuk tersenyum.
"Aaydean, jom mengaji nak?"
"Nak!"
Aayden mengangguk perlahan sebelum jejaka itu mendukung Aaydean di belakang badannya. Dengan langkah besar Aayden menuju ke arah lif rumahnya untuk naik ke bilik.
YOU ARE READING
Misery Without You
Romance[ON GOING] Aadelle Fillea merupakan seorang gadis yang sungguh dingin ibarat ais batu! Anak matanya yang berwarna biru persis ayahnya membuatkan ramai orang tertarik dengan kecantikannya. Nampak saja cantik, dia seorang gadis yang dulunya berbakat d...