BAB 7

38 5 3
                                    

PINTU kaca didorong kasar dari luar. Seorang gadis bergaya melangkah masuk dengan riak angkuhnya. Hatinya marah. Geram. Bengang.

"Ya cik nak cari baju apa?" Sapa Masytah lembut bersama senyuman manis kepada pelanggan yang baru masuk ke dalam butik. Bekerja sebagai jurujual dia sudah dilatih bagaimana melayan pelanggan dengan mesra walaupun pelanggan tersebut datang dengan wajah masam mencuka. Kata Kak Bella pemilik butik, dengan layanan yang baik dapat menarik pelanggan serta mengekalkan reputasi butik.

"Awak pekerja di sini?" Soalnya dengan nada jengkel. Riak muka ditayangkan begitu sombong, tiada kemesraan langsung.

"Ya cik. Kenapa?" Masytah masih tersenyum meskipun terbau aura negatif di sini.

"Saya nak jumpa owner butik ni."

"Ada apa tu cik, boleh saya tolong."

"Awak tak faham bahasa ke? Saya nak jumpa owner butik. Panggilkan dia sekarang!" Keras saja nada suaranya.

"Owner butik Puan Bella dia tak datang lagi. Hari ni Puan masuk petang. Kalau cik ada apa-apa masalah boleh bagitahu saya dahulu. Mungkin saya boleh tolong.

"Kau sibuk nak ambik tahu sangat, kan? Nah!" Pelangan itu mencampakkan sehelai baju ke muka Masytah. Masytah terkejut dengan tindakan drastik itu. Baju yang melorot jatuh ke kaki dikutip.

Masytah menghela nafas. Cuba bertenang. Sebelum ni dia sudah melayan pelbagai jenis ragam pelangan. Biasanya paling mencabar pun dia hanya jumpa pelangan yang cerewat. Tapi rasanya ini pertama kali dia berhadapan dengan pelangan yang kurang ajar begini.

"Aku beli baju ni secara online. Harga beratus. Tapi kau tengok apa yang aku dapat. Macam kain buruk. Benang tertetas. Lace terkoyak. Kau orang buat kerja macam mana ni!" Jari telunjuknya naik mencucuh-cucuh ke arah wajah polos itu. Ikutkan hati mahu saja dia menunjal-nunjal kepala. Tapi bimbang sekarang zaman tular. Tak fasal-fasal nanti wajahnya terlayar di mana-mana media sosial. Silap haribulan pakej sekali dengan kecaman tukang komen.

Dari dalam bilik rehat, telinga Zarina terdengar suara bising di luar. Langkahnya diatur laju.

"Ada apa ni Masytah?" Soal Zarina berdiri di sebelah Masytah. Dapat dilihat raut sahabatnya itu sedikit muram.

"Customer dia nak pulangkan baju. Ada defect pada baju."

"Cik, kalau nak pulangkan baju sekali pun jangan la begini. Kan boleh bincang elok-elok."

"Aku tak ada masa la nak bincang elok-elok. Aku ni sibuk tahu tak. Kerja sana. Kerja sini. Itu yang nak shopping baju pun tak sempat. Ni bila dah shopping online. Dapat baju buruk macam ni siapa yang tak naik angin kan. Lain kali nak pos baju check dulu la quality baju tu."

"Cik kami minta maaf. Sebelum pos baju kepada customer kami memang akan check dulu. Tapi mungkin berlaku kesilapan semasa proses itu. Kami gantikan baju yang baru ya. Cik nak size and design yang sama?"

"Ya. Cepat sikit ambilkan baju tu. Aku dah lambat ni. Sebelum tu check semula baju tu betul-betul pakai mata. Jangan pakai lutut!" Sengaja ditekan hujung ayat. Sengaja mahu provoke salesgirl itu. Tapi budak tu tayang wajah tenang saja. Seakan tidak terkesan dengan provokasinya.

Masytah senyum dan angguk. Dia masuk ke dalam stor mengambil baju yang baru. Bila sudah meneliti setiap inci baju. Dan yakin baju itu dalam keadaan yang baik. Kemudian dia keluar semula.

"Ini baju cik. Kami minta maaf sekali lagi." Masytah mengulurkan baju yang sudah dimasukan di dalam beg kertas. Namun disambut dengan kasar oleh pelanggan itu.

Derita Hanya Sementara (Terbit)Where stories live. Discover now