SUDAH berulang kali anak itu memujuk, namun Encik Kamal tetap dengan pendirian sendiri. Bila keluarga Haris datang dengan impian untuk menyunting anak daranya dia terus setuju. Baginya, Haris calon yang sesuai untuk Masytah. Kerana Haris adalah anak kepada bekas penghulu kampung. Haji Sulaiman. Dia seorang yang sangat berpengaruh. Dan, Encik Kamal menaruh harapan. Nasib anaknya itu terbela dengan keluarga Haji Sulaiman. Mungkin tiada lagi yang berani mengata Masytah.
Berkali-kali dia melepaskan nafas lega. Nyata pinangan Haris melegakan kebimbangan hati seorang ayah. Bila dia sudah tiada nanti, ada lelaki lain yang akan ambil alih tempatnya. Menjaga anaknya. Menyayangi anaknya. Kerana dia tidak mampu untuk melakukan semua itu. Anak yang dipinggirkan. Namun di dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Tapi penolakan Masytah mengundang kemarahan Encik Kamal
"Ayah tolong tolak balik pertunangan Masytah. Masytah tak setuju pun. Kenapa ayah tak tanya Masytah dulu." Dia tidak menyangka ayah terima lamaran Haris tanpa pengetahuannya. Ayah membelakangkannya.
"Aku dah terima. Nak tak nak kau kena bertunang juga! Kau jangan nak malukan aku Masytah!" Suara Encik Kamal menempik kuat. Masytah tahu dia sudah mencabar kemarahan ayahnya. Tapi dia tiada pilihan tetap mahu membela diri.
"Ayah... Masytah merayu pada ayah. Tolonglah ayah... Masytah tak nak." Suaranya semakin perlahan. Sebak yang menghimpit dada hampir saja tidak mampu mengeluarkan suara.
"Yang kau tak nak sangat tu kenapa. Haris pilihan yang tepat untuk kau. Kalau kau kahwin dengan dia hidup kau senang Masytah. Kau jadi bini taukey nanti. Kau tahu kan restoran yang Haris ambil alih selepas kematian mak dia tu sekarang dah makin maju."
Ya siapa yang tak tahu, Restoran Top Asam Pedas milik keluarga Haris. Kedai makan yang semakin berkembang, dan sudah ada 2 cawangan di melaka. Dan Haris sering diolok-olokkan sebagai anak kampung yang berjaya. Tapi ada dia kisah!
"Silap haribulan kau duduk rumah kira duit saja nanti. Jadi mem besar." Sambung Puan Habsah.
Kira duit orang buat apa. Bukan duit sendiri. Risau silap haribulan aku jadi tukang masak di kedai tu. Argh... Ini bukan masalah kedai makan. Ini masalah hati. Haris itu sudah memberi kenangan yang ngeri dalam hidupnya. Mana mungkin semudah itu dia mahu terima begitu saja.
"Kau dari kecik suka menyusahkan aku Masytah. Cuba la kau dengar cakap aku. Mana tahu bila kau kahwin dengan anak bekas penghulu kampung tu orang dah tak pandang serong pada kau. Pada keluarga kita. Kau tahu kan bila orang mengata kau sekali dengan aku, mak cik dan Aqilah terkena tempias. Kami dah muak dengan cakapan orang kampung. Aku ada anak pembawa sial." Laju saja mulut Encik Kamal meluncurkan kata. Terbit juga di hatinya rasa bersalah kerana mengungkapkan kata itu kepada anak sendiri. Tapi jika itu membuatkan Masytah mendengar kata. Dia tidak kisah.
Masytah menunduk kesal. Itulah kata-kata yang selalu meniti di bibir ayah. Bila ayah mengharapkan dia mendengar kata. Sewaktu usianya 13 tahun, dia diminta oleh ayah untuk tinggal di asrama. Kerana tidak mahu dengar orang kampung mencemuh. Kata ayah jika mereka tidak nampak dia di kampung kuranglah sikit mereka mengata. Selepas habis SPM pula, ayah suruh dia keluar lagi pergi kerja di bandar. Dan sekarang pun sama saja alasan ayah. Mulanya dia tidak faham kenapa ayah berkelakuan begitu. Namun entah sejak bila dia mula memahami bertapa mudahnya mereka membuang aku.
DI Terminal Bas Larkin Masytah duduk termangu seorang diri. Pandangan kosong di hala ke hadapan. Kelibat manusia lalu lalang dan bunyi hiruk pikuk tidak diendahkan. Seolah-olah bunyi bising tidak langsung menyapa telinganya. Dia hanya tenggelam dengan dunianya sendiri. Sehingga dia tidak sedar susuk tubuh seorang lelaki yang melabuhkan punggung di sebelah.
"Masytah Adawiyah"
Seruan itu menyedarkan Masytah. Serta merta jantungnya berdegup pantas. Mungkinkah? Pantas Masytah menoleh.
"Haris... Kau buat apa dekat sini." Ada nada kecewa dihujung suara.
"Aku pergi rumah kau tadi. Ayah cakap kau dekat sini. Kenapa kau balik tak bagitahu aku. Boleh kita berbincang."
"Tak ada yang perlu dibincangkan bila semua sudah diaturkan." Masytah mengeluh perlahan.
"Masytah aku tahu kau tak setuju dengan pertunangkan kita. Tapi aku minta satu peluang daripada kau. Aku janji Masytah aku tak akan sia-sia kan kau. Aku akan bawa kau keluar daripada keluarga yang tak hargai kau. Aku akan jaga dan bahagia kan kau Masytah."
Masytah pejamkan mata. Bersandar tenang di kerusi. Menarik dan menghembus nafas beberapa kali. Perlahan kelopak matanya terbuka. Berpaling ke arah lelaki itu.
"Okey, Haris. Aku akan cuba. Jodoh rahsia Allah. Jika benar kau adalah jodoh aku. Aku terima. Insya-Allah 2 minggu lagi kita langsungkan pertunangan."
Haris hampir saja menghela nafas lega. Namun saat meneliti raut wajah tiada perasaan itu. Hatinya gundah. Ikhlaskah Masytah. Atau dia sekadar cuba sedapkan hati aku atau hati sendiri.
"Emm... Jom aku hantar kau balik Shah Alam."
"Tak apalah aku dah beli tiket bas."
"Biarlah burn. Aku boleh bayar balik tiket kau tu."
"Tak apa. Tu bas aku dah sampai."
Kemunculan bas Maraliner di laluan bas menyelamatkan keadaan canggung antara mereka. Pantas Masytah menyambar beg pakaian.
"Aku pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Haris memandang bayang Masytah yang kian menghilang. Sakit hati sunguh dengan penolakkan Masytah. Tak apa Masytah bila kau dah kahwin dengan aku nanti tahulah aku macam mana nak menundukkan kau. Dia menggenggam kuat tin minuman di tangan. Lalu dicampak kasar ke dalam tong sampah dan melangkah dengan selamba tanpa menghiraukan pada mata-mata yang melirik kelakuannya. Peduli apa dia.
Dari dalam bas Masytah nampak kelakuan Haris. Dia mengeluh sayu. Dia arif sangat dengan sikap Haris yang satu itu. Sejenis baran. Masa di sekolah dulu Haris terkenal kerana selalu keluar masuk bilik displin. Pantang dicuit. Bergaduh saja kerjanya.
Entahlah... Dia mula berasa kurang yakin. Macam mana Haris nak jadi imam dia nanti. Bukankah seorang perempuan perlu mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami. Dan, kata orang kehebatan lelaki bukan diukur dari segi fikizal yang kuat tapi dari agama serta akhlak mulianya. Adakah semua itu ada pada seorang lelaki yang bernama Haris bin Haji Sulaiman. Sejujurnya dia tidak mahu memperjudikan nasib pada seseorang yang tidak jelas budi pekertinya.
Ketika tayar bas bergolek Masytah pejamkan mata. Di ruang mata yang tertutup rapat tiba-tiba terlayar wajah sesorang yang redup renungannya. Seketika tadi sewaktu Haris menyeru namanya, dia mengharapkan lelaki itu.
"Masa tu saya janji akan terima awak".
"Baik saya pegang janji awak dan saya harap awak pun begitu. Manusia berpegang pada janji."
Masytah mengeluh, Jika aku tidak pernah bertemu dengannya pasti sahaja aku tidak akan berharap padanya.
NAMPAK GAYANYA MASYTAH ADA HERO BARU MASUK DALAM KEHIDUPANNYA... HARIS ATAU RIYAZ? YANG MANA SATU PILIHAN READERS KESAYANGAN SIS?
YOU ARE READING
Derita Hanya Sementara (Terbit)
Roman d'amourDiberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam. Dia mencari damai disana, kerana kusutnya kehidupan yang sering diomok-omokkan sebagai pembawa sial sedari kecil dan hal itu membuatkan Masytah sent...