SELESAI sudah dia melakukan tawaf wada. Tawaf terakhir sebelum meninggalkan bumi Mekah. Menitik air mata Masytah memandang sayu kebesaran-Nya yang tersergam indah. Jika boleh dia mahu merakam tersemat rapi di dalam memori otaknya. Kerana selepas ini belum tentu lagi dia mampu untuk menjejakkan kaki di sini.
"Masytah, jomlah. Nanti kita lambat terlepas bas pula. Kak Bella dah tunggu kat luar tu." Zarina menepuk lembut bahu Masytah yang masih merenung Kaabah dengan mata berkaca-kaca. Jujur dia pun rasa sedih meninggalkan tempat yang penuh ketenangan. Tapi apakan daya. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Malam ini mereka akan terbang balik ke Malaysia.
"Semoga Allah terima ibadah kita." Luah Masytah sambil mengesat air mata. Zarina mengangguk.
"Insya-Allah."
Perlahan mereka membawa derap kaki keluar dari Masjidilharam membawa perasaan sedih yang teramat sangat. Di hujung pintu, Masytah Berpaling seketika menatap Kaabah buat kali terakhir. Nanti jemput kami lagi, ya Allah.
Penerbangan selama 8 jam untuk sampai ke bumi Malaysia memang perjalanan yang memenatkan. Tapi masing-masing melepaskan nafas lega sebaik sahaja tiba di tanah air.
Masytah beriringan dengan Zarina sambil menolak bagasi. Dalam fikiran ketika ini nak cari bantal dan tilam untuk merehatkan badan yang kelelahan.
"Saya akan berpegang pada janji." Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinga Maystah. Terus mati langkah Masytah terberhenti di pintu balai ketibaan.
Zarina monoleh ke belakang. Pelik apabila Masytah berdiri pegun di situ.
"Masytah kau kenapa? Jomlah. Nanti Kak Bella cari. Dia kan nak hantar kita balik sampai ke rumah." Zarina menala pandangan ke hadapan. Bayang Kak Bella majikannya sudah jauh meninggalkan mereka.
"Zarina. Kau balik dulu dengan Kak Bella. Aku ada hal sikit. Nanti aku balik naik grab."
Kening Zarina terjongket terkejut dengan tingkah Masytah tiba-tiba.
"Kau ada hal apa? Tak apalah aku ikut teman kau sekali."
"Eh, tak apa Zarina. Aku boleh pergi sendiri. Cepat ikut Kak Bella tu. Nanti dia makin jauh. Susah nak cari."
Zarina mengeluh mengalah.
"Ha, yelah. Kita jumpa dekat rumah. Tapi hati-hati tau. Apa-apa call aku."
Tergesa-gesa Zarina melangkah bimbang dia akan hilang jejak Kak Bella. Namun hatinya gusar dengan Masytah. Kemana kawannya mahu pergi. Ah, Masytah memang gadis misteri. Walaupun mereka rapat tapi dia tidak tahu banyak hal tentang sahabatnya itu.
Masytah membawa kaki menuju ke bangku rehat yang disediakan di hujung sudut sana. Dia melabuhkan punggung. Perlu ke dia menanti di sini.
Lama dia mendiamkan diri di situ sehingga hari semakin larut. Sudah naik kebas punggung dan pinggangnya. Jam talefon ditelik lagi. Lebih kurang hampir 4 jam dia menanti. Namun, bukan saja kelibat. Bayang lelaki itu pun dia tak nampak. Padahal dia duduk di laluan yang senang dilihat. Malah pengunjung di sini pun tidak terlalu ramai. Jika lelaki itu datang mencari pasti mudah saja mereka bertemu.
Masytah melepaskan keluhan berat. Dalam hatinya dia mengutuk diri sendiri kerana mengejar cinta yang belum pasti. Akhirnya pengakhiran satu hal yang menyakitkan. Aku bukan mengejar cinta. Aku hanya ingin menunaikan janji. Pujuk Masytah cuba berdamai dengan suara hati.
Sekurangnya aku mencuba untuk menunaikan janji yang ditaburi.
Masytah bangun ingin beredar namun kepalanya masih menoleh kiri dan kanan. Masih berharap di penghujung waktu. Tetapi hampa.
HAQ RIYAZ dan rombongan misi sukarelawan yang dianggotai seramai 10 orang ahli telah bergerak ke sempadan Syria-Turki dengan menaiki bus. Perjalanan mereka mengambil masa selama 11 jam. Nak patah juga pinggang Riyaz duduk berlama di dalam bus. Malah apabila bas melalui jalan tidak sekata tambah sakit satu badan terhentak-hentak kuat. Namun dia cekalkan diri. Selagi ada kudrat selagi itu dia akan memberikan seluruh tenaganya.
Terpempan Haq Riyaz melihat kemusnahan bumi di hadapan matanya. Begitu menyayat hati. Gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan teruk di seluruh kawasan. Timbunan sisa runtuhan bangunan bersepah sana sini. Allah Tuhan. Kemusnahan ini antara bukti kebesaran dan kehebatan-Mu.
Bau busuk dan hanyir mula menerpa lubang hidungnya. Jerit, pekik manusia pula mula kedengaran sana sini. Terpekik terlolong mereka mengadu kesakitan. Terasa otaknya kosong seketika. Dari mana dia perlu memulakan bantuan.
Nafas Riyaz ditarik dalam. Dia yang mengetuai persatuan ini perlu sentiasa tenang walaupun sedang berhadapan dengan saat genting begini. Terus Riyaz memberikan sedikit taklimat selepas itu mereka berbicang sesama ahli pasukan bagi mengaturkan tugas masing-masing. Semuanya dilakukan dengan pantas.
Tergesa-gesa seorang lelaki bangsa Arab datang mendekat. Dia memperkenalkan diri sebagai Siraz. Salah seorang wakil sukarelawan yang bertanggung jawab dalam misi bantuan di bumi Syria.
"Come doctor. We need a medical crew immediately."
Siraz membawa mereka ke dalam khemah yang dihuni dengan puluhan mangsa runtuhan. Haq Riyaz dan team terus memulakan bantuan. Membantu mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan. Agak kelam kabut pada mulanya kerana mereka kekurangan tenaga dibandingkan dengan mangsa yang ramai. Tapi berkat kesungguhan mereka ingin membantu, yang sulit itu dipermudahkan oleh-Nya.
"Someone get a medical team," kedengaran lantang suara seorang lelaki tua secara tiba-tiba. Haq Riyaz dan Naim yang baru siap merawat luka salah seorang mangsa terus panggung kepala ke arah suara itu.
Tanpa berlengah mereka berlari mengikuti lelaki tua dari arah belakang. Sampai saja di timbunan runtuhan kelihatan seorang lelaki muda awal 20-an terbaring. Dia mengerang kesakitan.
Riyaz mendekati dan dia meneliti keadaan mangsa yang sekadar menarik nafas pendek. Berhati-hati tangannya menekan kawasan tulang rusuk.
"Ask him. Does he have difficulty taking deep breath?" Pinta Haq Riyaz kepada lelaki Arab tua yang berdiri di hadapannya.
Lelaki tua itu bertanya dalam bahasanya. Perlahan mangsa tersebut angguk.
"Naim. Aku rasa mungkin tulang rusuk dia patah. Kita perlu segera bawa ke hospital. Bimbang kalau tulang rusuk mencucuk sampai ke jantung atau paru-paru. Dekat sini kita tiada peralatan yang cukup untuk lakukan pembedahan."
Kepala Naim jatuh berkali-kali setuju dengan cadangan Riyaz.
"Aku pergi cari Siraz."
"Cepat Naim."
Sementara Naim mencari Siraz. Riyaz masih setia disisi lelaki tersebut. Sesekali pesakit mengerang kesakitan. Meliuk-liuk tubuhnya menahan.
"Don't move young man. If you make a movement your injury will be worse. Please stay calm. I'm here." Haq Riyaz mengusap-gusap kepala mangsa. Tidak pasti samaada dia memahami percakapannya atau tidak. Tapi dia cuba untuk membuatkan pesakit itu tenteram.
Tidak lama kemudian Naim datang bersama Siraz. Mangsa telah selamat dibawa oleh Siraz ke hospital.
Pasukan perubatan dari negara luar juga mula beransur-ansur tiba di kem. Memberikan nafas lega kepada team Riyaz. Bertungkus lumus mereka semua bergandingan bahu membantu.
YOU ARE READING
Derita Hanya Sementara (Terbit)
Roman d'amourDiberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam. Dia mencari damai disana, kerana kusutnya kehidupan yang sering diomok-omokkan sebagai pembawa sial sedari kecil dan hal itu membuatkan Masytah sent...