BAB 2

54 6 5
                                    

BILA kaki menjejak lantai sejuk terasa sampai ke tulang hitam walaupun kakinya tersarung stoking tebal. Masytah menapak perlahan menuju ke penjuru Hajarul Aswad permulaan untuk dia melakukan tawaf. Oleh kerana ibadah umrahnya telah selesai semalam. Masytah datang kembali hari ini untuk melakukan tawaf sunat.

Usai sembilan pusingan Masytah menyelit di antara ribuan manusia, mencari tapak kosong untuk dirinya. Matanya tenang mencari, tidak mahu berebut-rebut dengan jemaah lain. Dalam hati berdoa agar diberi peluang. Mujur ada seorang jemaah bangun. Pantas Masytah berdiri tegak di situ. Memandang tepat ke Kaabah. Berkali-kali nafas lega dilepaskan. Allah mendengar doanya.

Solat sunat tawaf diniatkan. Takbir diangkat. Tapi hatinya masih berkecamuk dengan perasaan tidak tenteram. Dia menarik nafas dalam. Cuba bertenang dan cuba berdamai dengan diri sendiri agar dapat menjemput ketenangan sekali gus menghadirkan rasa khusyuk di dalam sembahyang. Kerana dia tahu, sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

Usai solat dua rakaat. Basah mulut dia tidak berhenti membaca kalimat zikir. Dia bertakbir, bertahlil, bertasbih dan bertahmid. Tangan pula dibawa ke dada. Merasai sampai ke dasar hati. Jika dalam lautan boleh mencecah 71% permukaan bumi. Dia mahu merasainya lebih dalam lagi. Mahu tenggelam jauh ke dasar hati untuk merasai nikmat tenang itu.

Masytah terus tengelam dengan dunia yang hanya ada dia dan Tuhan saja tanpa menyedari sepasang mata memerhatikannya.

"YA Allah, kuikhlaskan hatiku untuk menerima atas apa yang Kau kehendak. Kerana sesungguhnya apa yang Kau berikan adalah yang terbaik untukku, dan Kau tidak pernah gagal dalam mengaturkan takdir. Kerana Kau adalah sebaik-baik perancang."

Sebaik saja doa diaminkan. Haq Riyaz membuka mata. Dia membuang renungan ke depan. Matanya terpaku. Detak jantungnya berdebar tak menentu saat terlihat gadis yang berada di sebalik Kaabah.

Ya Allah inikah jawapan di atas doa aku sebentar tadi. Dia tampak begitu bercahaya. Indah sekali. Mata dia tidak dapat lari daripada terus menatap wanita itu.

Masytah tidak berteleku lama di situ. Selesai saja berzikir dan berdoa dia terus bangkit. Mahu beri peluang kepada jemaah yang lain. Pasti mereka juga punya keinginan yang sama untuk sembahyang dan berdoa di hadapan Kaabah.

Kaki dihayunkan ke arah pintu Marwah. Kata mutawif yang membawa rombongan umrah. Para jemaah perlu mengingati nama pintu yang mereka masuk ke dalam Masjidilharam, supaya tidak sesat apabila mahu keluar dari pintu yang sama.

Sampai di barisan tong air zam-zam Masytah berhenti. Tekak yang kering dek cuaca yang panas mahu dibasahi dengan air zam-zam. Lagipun peluang untuk meneguk seberapa banyak air zam-zam itu tidak akan dilepaskan. Nanti bila balik Malaysia susahlah dapat teguk air zam-zam lagi. Air coway adalah.

Tangannya mahu mencapai cawan kertas yang disediakan berhampiran dengan tong air. Namun niatnya terberhenti saat melihat huluran cawan dari tangan kekar di sebelahnya. Masytah menoleh. Ingin melihat siapakah empunya tangan.

Masytah kerut kening. Kelihatan di sisinya seorang lelaki yang tidak dikenali. Buat pertama kali mata bertaut, hati keduanya mula berdegup kencang. Tanpa menunggu lama dia terus berpaling.

"Tunggu!"

Suara dari belakang diendahkan. Masytah menghayunkan langkah kaki. Dia mahu keluar dari sini dengan kadar segera.

"Cik tunggu."

Langkah Masytah semakin laju menghampiri pintu keluar Masjidilharam. Sampai mengah juga jadinya.

Derita Hanya Sementara (Terbit)Where stories live. Discover now