MALAM berganti siang. Masytah sudah mengemaskan begnya. Kaki diatur menuju ke dapur. Kelihatan tiga beranak sedang asyik menjamu selera. Di atas anak tangga pertama Masytah memandang sayu ke arah mereka. Alangkah gembiranya jika dia turut berada sekali di situ. Namun apakan daya. Buatlah baik macam mana sekali pun, dirinya tetap tidak diterima.
Perlahan-lahan Masytah menapak. Semakin dia mendekati meja makan, aroma nasi lemak yang disediakan di atas meja itu semakin memenuhi rongga hidungnya. Liur ditelan berkali-kali.
"Ayah, mak cik, Aqilah. Saya nak balik dah." Ujar Masytah lembut.
"Pergilah. Tak payah salam kami tengah makan." Itu suara mak cik. Masytah memandang ayahnya seketika. Ayah tidak membalas pandangan hanya sibuk dengan makanan di atas pinggan. Fahamlah Masytah kehadirannya di situ bagaikan tidak wujud.
Tanpa berlengah, dia berundur ke belakang. Namun mati langkah bila kedengaran suara Aqilah.
"Duit aku kau jangan lupa masukan."
"Insya-Allah." Perlahan saja dia menjawab dan terus berlalu.
"Sedap sungguh nasi lemak mama ni. Kan, ayah? Ma nak tambah nasi lagi..." Renget Aqilah manja saja ingin membakar hati Masytah yang sudah hilang dari pandangan. Namun, dia tahu Maystah mendengar.
"Hah, meh sini pinggan. Air tangan mama masak mestilah sedap."
"Ya... Rugilah siapa yang tak dapat nak merasa."
Suara sindiran itu berlalu di cuping telinga Masytah meskipun ruang makan sudah ditinggalkan.
Sebaik saja masuk ke kereta sewa dia melemparkan pandangan ke arah rumah papan itu. Keluhan perlahan dilepaskan. Tidak dipelawa makan dia sudah terbiasa. Tidak menjadi nanah di hatinya. Namun bila wajahnya pun ayah tidak sudi pandang itu yang membuatkan hatinya kesal. Dia mengharapkan ayah memandangnya walau sekali.
"Nak..." Panggil pemandu teksi lembut. Gadis di belakang sebaya anaknya saja. Sebab itu dia memanggil begitu. Panggilan mesra.
Tiada suara sahutan kedengaran. Pemandu teksi menoleh kebelakang. Jauh betul mengelamun budak ni. Dipanggil berkali-kali tidak menyahut pun. Pemandu teksi mengalihkan pandangan sekilas ke arah yang sama bila lihat gadis itu tidak berkelip memandang ke beranda rumah. Tapi, tiada siapa pun di situ.
"Nak?" Kali ini suara sedikit kuat menghentak lamunan Masytah.
"Ya. Ya, pak cik." Tergagap-gagap Masytah bila menyedari. Terus dia berpaling kepada pemandu teksi.
"Ni hantar ke stesen bas semalam?"
"Betul pak cik." Masytah senyum menutup malu. Pemandu teksi mengangguk. Terus dia mulakan perjalanan.
Sampai hati ayah... Tidak sudi pandang walau sesaat.
HARI yang ke enam selepas runtuhan gempa keadaan sedikit tenang. Ramai mangsa-mangsa sudah mendapatkan rawatan. Mangsa yang cedera ringan akan ditempatkan di dalam khemah. Manakala mangsa yang cedera parah pula dihantar ke Hospital Syria mahupun Hospital Turki. Mujurlah kerajaan Turki membuka pintu sempadan memberi bantuan. Cuma mereka sebagai medical team masih dalam mod standby kerana bimbang jika ada penemuan baru mangsa runtuhan.
Haq Riyaz leka memerhati seorang lelaki Arab nun di sana. Jika dilihat pada penuaan tubuhnya barangkali lelaki itu dalam pertengahan usia 50-an. Tetapi lelaki itu seperti tidak padan dengan usianya. Masih lagi kuat kehulur hilir memapah mangsa-mangsa yang tercedera keluar masuk ke dalam khemah yang disediakan.
"Muhammadi. Saya perasan lelaki Arab itu dari awal-awal saya jejak kaki ke sini. Dia dari sukarelawan atau penduduk sini?" Haq Riyaz bertanya kepada salah seorang sukarelawan rakyat Turki yang fasih berbahasa Melayu.
Muhammadi merupakan tenaga pengajar di salah sebuah University di Turki. Mengajar dalam bidang Usuluddin. Oleh kerana anak muridnya ramai daripada golangan pelajar Malaysia. Muhammadi turut fasih berbahasa Melayu. Hebat.
"Oh. Nama dia Abdul Basiq, Dr. Riyaz. Dia rakyat Syria. Orang kaya tu. Tapi..."
"Tapi apa Muhammadi?"
"Isteri dan anak dia mati masa runtuhan yang pertama."
Haq Riyaz terdiam. Terbit rasa simpati.
Seperti tahu diperhatikan Basiq datang merapat. Dia berbual-bual dengan Muhammadi dengan bahasa yang tidak difahami oleh Haq Riyaz. Haq Riyaz sekadar memerhati Muhammadi yang teranguk-anguk kepalanya.
"Dr.Riyaz. Basiq dia nak jemput team doktor untuk ke rumahnya malam esok. Katanya dia nak jamu makan. Tanda terima kasih kerana banyak membantu." Muhammadi menyampaikan hasrat Basiq.
"Oh... Tak menyusahkan dia ke Muhammadi."
"Katanya tidak. Dia lagi senang kalau doktor dan yang lain sudi ke rumahnya."
Haq Riyaz angguk-angguk kepalanya ke arah Basiq. Basiq juga turut membalas sambil tersenyum lebar. Walau berbeza bangsa. Terbatas dengan bahasa yang tidak difahami, namun hubungan siratulrahim antara manusia tiada yang mustahil bila mempunyai hati yang ikhlas.
DIA tergamam dengan apa yang dilihat. Rumah Basiq satu-satunya bangunan yang tidak runtuh di kawasan itu. Bangunan sekelilingnya hancur ranap. Apalah amalah Basiq ini agaknya sepanjang hayatnya.
"Muhammadi boleh tak kamu minta Basiq share apa amalah dia sehinggakan rumah dia tidak hancur ditelan bumi?"
"Basiq dia dikira sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Hasil dari keuntungan perniagaan dia membayar zakat dengan jumlah yang agak tinggi. Dan dia suka bersedekah. Di kem kita tu banyak sumbangan wang ringgit dari Basiq untuk beli barang keperluan kepada mangsa-mangsa. Katanya dia tidak takut bersedekah. Kerana sedekah tidak akan mengurangkan harta."
"Sampaikan kepada dia. Dia seorang yang hebat." Haq Riyaz memuji Basiq.
Muhammadi sambung bicara dengan Basiq. Namun Basiq tertunduk sambil menggeleng. Dia terlihat bercerita sesuatu kepada Muhammadi. Wajahnya berubah muram. Tetapi, dihujung perbualan dia tersenyum manis. Haq Riyaz tergerak hati untuk mengetahui cerita sedih di sebalik senyuman itu.
"Dia kata dia seorang pendosa. Dia menyalahkan takdir dan turut marah kepada Allah. Kenapa anak bini saja yang diambil. Allah tidak adil padanya. Patut cabut sekali nyawa dia. Tapi dia percaya hakikat yang hidup pasti mati. Dan dia menjalani hari sendirian. Selama dua minggu dia berkurung saja dalam rumah. Dia tak mahu ambil tahu hal-hal diluar, kerana mahu bertenang. Tetapi, selepas dua minggu hanya duduk rumah. Dia pelik. Kenapa hati masih belum tenang. Padahal dia dah terima kematian anak dan isteri dan dia hanya dia berkurung saja dalam rumah. Dia tak keluar pun melihat keadaan huru hara di luar. Tapi jiwa dia masih serabut. Rupanya selama dua minggu itu dia cuma menyakini hakikat yang hidup pasti mati. Tapi dia ingkar untuk menerima dengan reda kematian anak isterinya. Barulah perlahan-lahan dia memujuk hati sendiri untuk reda dengan segala ketentuan. Dan sekarang katanya nyata hati dia lapang. Maha Suci Allah."
"Maha Suci Allah." Mereka yang mendengar carita dari Muhammadi turut memuji kebesaraan Allah. Yakin seyakinnya dengan hikmah yang Allah beri disebalik air mata bumi Syria.
Dan, sebagai seorang muslim kita patut percaya bahawa segala yang terjadi atas kehendak Allah.
Usai solat isyak berjemaah diimankan oleh orang yang hebat Abdul Basiq. Mereka dijamukan dengan nasi beriani kambing. Selera sungguh team sukarelawan makan. Bukan senang mereka mahu santap dengan aman begini setelah berhari-hari menghadapi keadaan yang genting.
YOU ARE READING
Derita Hanya Sementara (Terbit)
RomanceDiberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam. Dia mencari damai disana, kerana kusutnya kehidupan yang sering diomok-omokkan sebagai pembawa sial sedari kecil dan hal itu membuatkan Masytah sent...