Papa, Mama pergi Honeymoon!!?

13K 80 0
                                    

"Adriel, Adrith, Nina, lepas makan nanti hantar mama dengan papa kat airport okay sebab kitaorang nak pergi honeymoon" kata Aaris dengan tenang namun isterinya itu sudahpun tersipu malu ketika perkataan honeymoon disebut.

"apalah awak ni, kita nak pergi bercuti je yang tu tak payahlah sebut" jelas Amanda yang cuba meng cover kata kata Aaris sebentar tadi. Yang lain hanya mengangguk tanda faham maksud yang disampaikan oleh Aaris iaitu papa mereka yang masih muda itu.

Tidak pelik jika mereka masih berfikir untuk pergi honeymoon kerana umur yang masih boleh di kategorikan sebagai muda.

"mama Nina dah taknak adik" Nina memuncungkan mulutnya tanda tidak mahukan adik baru, walaupun Nina tahu jika kata katanya hanya dianggap sebagai gurauan tetapi Nina serious dalam setiap kata kata keluar dari mulutnya.

"It's okay Nina, u tetap jadi bongsu dalam rumah ni" kata Aaris sambil ketawa menjadi jadi dan ini membuatkan mood Nina kurang baik baginya lelaki tua itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya, apatah lagi bila di beri kepercayaan seperti ini.

"nanti jangan lupa bawak balik ole ole, okay tu je nak pesan" Adrith hanya memesan ole ole dari orang tuanya sebagai buah tangan balik dari suatu tempat percutian, Adriel hanya menggeleng kerana tiada pesan yang ingin dari orang tuanya itu. Tetapi hanya tinggal pesan untuk makan Nina.

Di Airport

"Adriel, Adrith kamu jaga Nina betul betul tau, jangan bagi dia keluar rumah sorang sorang bahaya, dia tu perempuan jangan kasar kasar, takpe dia bukan jenis yang tidak dengar kata just slow talk okay" pesan Amanda panjang kerana Nina sahajalah yang menemaninya sampai sekarang jadi dia taknak sesuatu yang buruk berlaku pada Nina ketika dirinya berada di tempat percutian itu.

"Yes, Adrith ngan Adriel akan pantau dia 24 jam, mama jangan risau, dia selamat dengan kitaorang" kata Adrith lalu melambaikan tangannya dikala orang tuanya mulai masuk ke dalam pintu airport.

Di dalam kereta

"Meh Nina duduk depan, tak payah lah duduk belakang sorang sorang, duduk sini dengan abang" Adrith mengajak Nina untuk duduk dipangkuaannya di seat hadapan bersebalahan seat pemandu.

"ni kenapa ni, monyok je, cuba bagitau kenapa?, kalau Nina tak bagitau kitaorang tak tahu apa yang Nina rasa" kata Adrith dengan serious sambil memandang kedua dua mata Nina.

Nina pun menjatuhkan kepalanya di bahu kiri Adrith dan menenggelamkan wajahnya lalu berkata "what if mama serious bagi adik, Nina taknak, nanti mama sayang dia lebih dari Nina yang sekarang".

Adrith meng codekan matanya ke arah Adriel, lalu Adriel hanya membuat muka seolah baru tahu masalah yang Nina fikirkan.

"taklah, papa gurau je tu, takkan la dia tak cukup lagi anak, kan dah ada kita bertiga, Nina jangan risau okay, dah la jangan nangis nangis, tak cantik la nanti, papa ngan mama pergi kejap je"

Kerana kata kata Adrith, Nina semakin mengeratkan pelukannya. "auww, okay okay abang dah tak cakap macam ni dah" Adrith menggosok belakang Nina dengan lembut.

The Step Brother's ProtectorWhere stories live. Discover now