Jon: Anak-anak.. Sabtu ni kita balik kampung babah nak tak? Cuti penggal dah mula kan? Dua minggu.
Yeayyyyy balik kampung.. balik kampung.. Anak-anak Jon bersorak riang.
Along: Babah, kitorang nak tinggal kat rumah nenek dan atok dua minggu ni boleh?
Jon menjeling Uji. Uji cuma tersenyum dan mengangguk. Entah apa dalam fikirannya.
Jon: Ok, baiklah. Tapi along kena jaga dan tengokkan adik-adik tau. Jangan susahkan atok dan nenek.
Along: Don't worry la babah. Ini along lah, hehehe.
Jon: Dah pergi tidur. Esok baru jumaat. Sekolah lagi. Jangan nak ponteng pulak.
...............................................
Uji sibuk mengemas pakaiannya dan suami serta anak-anak. Jon setuju untuk balik kampung lepas dia balik kerja. Tak perlu tunggu hari sabtu kerana anak-anaknya dah merengek. Uji juga tak sabar nak balik kampung suaminya kerana tempatnya yang indah dan damai. Dia juga agak rapat dengan mak mentuanya. Dah lama tak masak sama-sama. Harap-harap kebun bapa mentuanya juga sedang berbuah. Dapat lah merasa makan durian, manggis dan langsat.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk tiba ke kampung halaman. Mereka tiba lebih kurang pukul 9 malam. Atok dan nenek menyambut gembira kepulangan cucu-cucunya. Macam hari raya pula. Nenek pun dah masak sedap-sedap untuk mereka. Sampai bertambah masing-masing makan.
Selesai menjamu selera, mereka anak beranak bersembang sambil minum kopi dan menonton tv. Anak-anak semuanya sudah tidur keletihan dan kekenyangan.
Uji: Kuatnya bau durian mak. Dah musim ke?
Mak: Aah, tapi yang kau bau tu kulitnya aje, kat luar rumah tu hehehe. Semua mak dah kupas buat tempoyak. Mana la lalu mak dan abah nak makan berdua. Baik buat tempoyak.
Uji: Kat pokok banyak lagi ke?
Mak: Banyak lagi Ji, baru mula gugur tu. Hah, kalau kau nak yang fresh, malam-malam sikit kang, pergi la dengan Jon kutip kat kebun tu. Pondok tu abah kau baru je kemas. Nak tidur situ pun boleh. Tapi pakai pelita aje lah.
Uji: Wahh bestnya kalau tidur kat kebun mak. Mesti sejuk kan.
Mak: Iye lah, kalau kau nak pergi jangan lupa bawak selimut pulak.
Uji: Baiklah mak. Abg, jom pergi kebun kejap lagi.
Jon: Ala, abg penat la balik-balik kerja terus drive sini 2 jam pulak tu. Esok pagi je la.
Mak: Kalau kau tunggu esok pagi takut habis makan di babi aje Jon. Abah kau selalu kutip malam. Tu pun kalau si Raja tak kutip.
Jon: Raja mana mak?
Mak: Alaaa, uncle Raja kedai runcit tu. Abah kau pajak kat dia. Nanti dia jual kat kedai runcit dia tu la. Hasilnya bahagi dua dengan abah kau. Abahnya, bagitau la si Raja tu dua hari ni tak payah kutip, anak cucu ada balik nak makan buah.
Abah: Haa ye lah. Kejap lagi sampai la tu, hantar duit. Lepas dia tutup kedai.
Jon: Aih malam-malam hantar duit. Esok pagi tak boleh ke.
Abah: Dia tu sibuk dengan kedai dia tu. Takpe la terus hantar duit, senang dia nak kira.
Jon: Haa kalau macam tu malam ni abah la tolong kutipkan hehehe.
Uji: Ishh abg ni, kita yang nak makan, buat apa susahkan abah pulak.
Abah: Takpelah kalau macam tu abah kutipkan aje. Takkan kau nak pergi sorang pulak Ji.
Uji: Eh takpe bah. Kebun abah terang kan. Bukan dalam hutan. Kalau abg taknak pergi, Uji boleh pergi sorang je uwekkk...
PINN PINNN. PINN PINNN..
YOU ARE READING
Aku Isteri Sundal
FantasyKisah benar yang diceritakan kepada penulis dari seorang follower. Semoga menjadi teladan untuk kita semua menjadi seperti si suami (pencerita).