Bab 2 : Bagaimana Bermulanya

30.2K 197 11
                                    



"Wawa, esok ada job, tempat biasa" kata Cikgu Fatin berbisik di telinga Cikgu Salwa yang bertudung itu sewaktu mereka terserempak di bilik guru.


"OK kak, nanti wasap ye" angguk Cikgu Salwa senyum.


Fikiran Cikgu Salwa mengimbau kembali ketika dia diperkenalkan dengan pekerjaan sambilan ini oleh rakan sejawatnya, Cikgu Fatin Liyana yang dipanggil Kak Fatin yang juga mengajar di sekolah yang sama dengannya. Cikgu Salwa pada awalnya tertarik dengan gaya hidup Cikgu Fatin yang agak mewah. Walaupun hanya bekerja sebagai guru biasa di sekolah menengah tetapi dia mampu memakai beg tangan berjenama mewah seperti LV sedangkan dia tahu, pendapatan dan gaji seorang guru, tak banyak mana pun.


Disebabkan naluri ingin tahu, dan keinginan memiliki kemewahan sebegitu, Cikgu Salwa mendekatkan dirinya dan menjadi kawan kepada Cikgu Fatin. Keakraban mereka sebalik rapat dan akhirnya Cikgu Salwa dapat tahu juga bagaimana Cikgu Fatin mampu memilik kemewahan seperti itu. Pendedahan Cikgu Fatin membuatkan Cikgu Salwa terduduk, terdiam, tidak mampu untuk berkata-kata.


"Biar betul kak?" tanyanya kali kedua


"Ye Wawa, itulah keje akak, part time"


"Tapi kak, berdosa tu..."


"Itu akak tau, semua orang tau apa yang akak buat ni dosa, tapi akak rasional. Akak nak hidup mewah, akak nak happy, akak nak apa yang akak idamkan, cuma jalan yang akak pilih je yang orang tak tau, tapi akak dapat apa yang akak nak"


"Suami akak?"


"Pandai-pandai la simpan" jawabnya senyum


Pendedahan Cikgu Fatin yang mengatakan bahawa dia bermula sebagai 'Part-time' call girl, yang dilakukan suka-suka itu membawa ke arah kemewahan yang tak pernah diimpikan. Pada masa tu, Cikgu Fatin hanya mempromosi dirinya di WeChat dengan menggunakan nama samaran, dan hanya membuka slot di luar kawasan mengelakkan daripada dikenali. Bermula dari situ, pelanggannya bertambah, dan dia upgrade dirinya untuk ViP sahaja.


Selama tiga tahun Cikgu Fatin bergerak solo, dan permintaan dari golongan ViP untuk menikmati isteri orang yang berkerjaya mulia semakin bertambah. Cikgu Fatin tidak lagi mampu bergerak solo, dan dia mesti mempunyai back-up. Jadi, Cikgu Fatin mula merisik rakan sejawatnya yang mana boleh diperkenalkan dengan part time ini. Cikgu Fatin mulai rapat dengan rakan-rakannya di bilik guru, dan guru yang mengajar BM khasnya kerana mereka akan selalu berurusan dengan Cikgu Fatin. Namun, disebabkan budaya dan norma, agar sukar Cikgu Fatin mencari rakan kongsi.


"Eh, Raihan, kenapa nangis ni" tegur Cikgu Fatin melihatkan Ustazah Raihan menangis di tangga yang agak tersorok di hujung bangunan, kebetulan Cikgu Fatin lalu ikut situ mendengar esak tangis seseorang.


"Errm....kak Fatin" balas Ustazah Raihan lalu mengesat air matanya. "Takde apa kak, mata masuk abuk ni" jawab Ustazah Raihan bohong.


"Jangan nak tipu, akak tau, Rai nangis kan, kenapa ni? Cerita kat akak, kut-kut akak boleh tolong" Cikgu Fatin mengusap lengan Ustazah Raihan, lalu memegang kepalanya, terus Ustazah Raihan menangis kuat memeluk tubuh Cikgu Fatin. Dia melepaskan tangisannya semahunya, teresak-esak Ustazah Raihan menangis di bahu Cikgu Fatin.

SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now