Bab 10 : Debaran

27.5K 375 67
                                    


"Kak, suami Ti dah izinkan....hehehe..." kata Cikgu Siti sewaktu bertemu Cikgu Fatin di bilik GK.


"Eh, takkan TI bagitau dia..."


"Tak..tak....Ti bagitau yang Ti urut orang pantang, urut orang perempuan, pastu Ti kata Ti kena kursus dulu...hehhee..."


"Bijak....bijak...." sahut Cikgu Fatin menyengih. "Nanti kalau akak dapat customer, akak bagitau Ti, maybe malam"


"OK kak..Ti rasa boleh kot"


Berita itu dikongsi bersama suaminya, dan dia memberitahu bahawa dia akan menjalani kursus terlebih dahulu, dan mungkin diadakan pada waktu malam. Suaminya OK, sebab dia boleh menjaga anak-anak sewaktu Cikgu Siti keluar menjalani latihan nanti. Cikgu Siti bersyukur sebab suaminya memahami apa yang ingin dilakukan, semuanya adalah untuk membantu keluarga.


Hari berganti hari, Cikgu Siti masih menanti. Hinggalah pada suatu hari, dia didatangi Cikgu Fatin memberitahu yang Cikgu Siti memperolehi job pertamanya.


"Malam esok ya Ti, ada customer. Akak datang amik Ti kat umah lepas Maghrib"


"OK kak, Ti nak kena sediakan apa-apa ke?"


"Ti bawak la minyak urut, baby oil pun boleh. Jangan guna minyak panas atau minyak gamat pulak"


"OK...OK....Ti ada baby oil"


"Bawak tuala kecik juga, apa-apa je la yang Ti rasa nak bawak"


"Orite kak, Ti standby semua nanti"


Petang itu, Cikgu Siti singgah di Mr DIY terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah, dia membeli keperluan yang mungkin berguna sewaktu sesi urutan itu nanti. Dia juga membeli bakul kecil untuk diisikan barang-barang keperluan tersebut. Suaminya turut membantu dia mengemas, meminta Cikgu Siti belajar elok-elok, dapatkan kemahiran agar pelanggan berpuas hati.


"Wawa, Ti dapat job dah, malam ni" ujar Cikgu Siti sewaktui mereka makan di kantin.


"Tahniah, nanti buat elok-elok, kalau customer puas hati, boleh dapat tips tau..." nasihat Cikgu Salwa penuh makna.


"Banyak ke biasa dapat tips?"


"Tak tentu, tengok keadaan, Ti buat je yang terbaik"


"OK, Ti cuba nanti. Thanks tau sebab tolong Ti dapatkan job ni"


"No problem, Kak Fatin yang banyak tolong"


"A'aa, harap-harap dapat la buat yang terbaik. Tak pernah urut orang lelaki langsung sebelum ni"


"Sama je, lelaki ke, perempuan ke"


Malam itu, selepas menunaikan solat Maghrib, setelah memberi pesan-pesanan kepada anak-anaknya, Cikgu Siti menanti ketibaan Cikgu Fatin penuh debaran. Tidak lama kemudian, Cikgu Fatin tiba dengan CRVnya. Cikgu Siti mengucup tangan suaminya meminta restu, lalu dia menaiki kereta Cikgu Fatin. Seperti biasa, Cikgu Fatin memandu ke destinasi yang sama.

SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now