Bab 7 : Berguru

29.6K 306 29
                                    



"Wei Rai, ngelamun apa tu?" sergah Cikgu Salwa melihat Ustazah Raihan yang sengih sendirian


"Err...er....." terpinga Ustazah Raihan dek sergahan rakannya itu, segala imbauannya saat kali pertama menerima job dari Cikgu Fatin terus hilang dari fikiran, baru dia sedar yang dia masih berada di perpustakaan bersama cikgu Salwa yang ingin berguru dengannya.


"Berangan la tu...." juih Cikgu Salwa.


"Hehehe.....sorry....sorry.... Rai teringat first job Rai dulu" jawab Ustazah Raihan tersipu malu.


"Kata nak citer....hehehe....."


"Nak citer la ni" balas Ustazah Raihan sengih. "Nanti Kak Fatin akan bawak Wawa ke lokasi, ikut je dia. Kak fatin dah set semua dah. Dia akan kenalkan Wawa dengan Datuk, jangan lupa salam cium tangan tau. Buat macam laki kita sendiri, jangan nak malu-malu, jangan nak kontrol sangat, buat biasa je. Lepas tu, Kak Fatin akan tinggalkan Wawa dengan Datuk je, masa tu pandai-pandai la Wawa nak buat macam mana. Yang penting layan sepenuh hati bagi orang tua tu puas"


"Aduhai, berdebar ni, first time dengan orang lain, tak kenal pulak tu"


"Rileks je, follow the flow"


"Nak pakai apa nanti?"


"Ikut wawa la, masa Rai dulu, Rai pakai jubah sebab Rai tipu husband kata nak gi masjid...hehehee"


"Ooo...hehehe...."


"Yang penting bagi wangi, bagi nampak cantik"


"OK...Wawa harap Wawa dapat buat, risau hati berbelah bagi je"


"Sebab tu kena nekad, jangan fikir banyak, layan je. Fikir habuan yang akan Wawa dapat nanti"


"Banyak ke dapat nanti?"


"Tak tau jugak, ikut Kak Fatin, dia yang buat deal"


"Ermmm...."


Mereka meninggalkan perpustakaan apabila tiba masanya mereka masuk ke kelas untuk mengajar. Cikgu Salwa tidak dapat menumpukan sangat terhadap pengajarannya, sering dia tersilap dan tersasul membuatkan pelajar ketawa melihat keadaan itu. Akhirnya Cikgu Salwa meminta pelajarnya membuat kerja sendiri dengan alasan dia pening kepala. Sedang dia duduk termenung, telefonnya bergetar, dilihatnya pada skrin...


"Wawa, esok pagi jam 7.15, datang rumah akak dulu, akak bawak Wawa ke sana"


Pendek sahaja pesanan yang diterima. Namun dadanya berdegup kencang. Dia ada job esok pagi, dan dia harus segera mencari alasan untuk tidak hadir ke sekolah esok. Selepas habis kelas, terus Cikgu Salwa menuju ke pejabat, lalu dia minta borang CRK dari kerani. Diisinya dengan memberi alasan keluarga, lalu dia msuk mengadap Penolong Kanan Pentadbiran meminta sokongan. Setelah bersoal jawab sedikit, permohonannya disokong, lalu dia bilik Pengetua pula untuk meminta pengesahan. Pengetua tidak banyak soal, terus ditandatangani pada ruang yang sepatutnya mengesahkan permohonan itu diterima. Lega hati Cikgu Salwa.

SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now