Dari sehari ke sehari, minggu berganti bulan, ketiga-tiga anak didik Cikgu Fatin semakin 'expert' dalam kerjaya sambilan mereka, boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja job untuk mereka, kecuali sekiranya mereka datang bulan. Kehidupan mereka bertiga semakin selesa dan mewah. Halal haram dah tolak tepi, kepuasan dan income menjadi keutamaan. Adakah mereka akan terus bergelumang dengan kemewahan dengan cara ini, atau adakah mereka akan berhenti suatu hari nanti. Masa akan menentukan.
Di sekolah, mereka menumpukan tugas hakiki seperti biasa, mengajar mendidik dan membentuk sahsiah dan akademik pelajar mereka. Kerjaya yang dipandang mulia, kekal sebagai sumber pendapatan utama, rezeki yang diperoleh adalah untuk anak-anak, keluarga dan keperluan asasi yang perlu dipenuhi dalam rumahtangga. Walaupun memiliki peluang untuk show-off, namun mereka mengambil keputusan untuk stay low, agar tidak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka yang lain, yang mungkin ada yang iri hari, dengki dan mengkhianati. Barang kemas yang mereka kenakan, hanya asas, namun berharga. Walaupun hanya seutas gelang, namun harganya sama dengan motosikal Y16 cash, begitu juga dengan handbag, mereka canangkan yang itu hanya pirate semata. Hanya mereka berempat sahaja yang tahu di sebalik semua itu adalah satu pembohongan yang terancang kepada pasangan dan keluarga.
Cuti sekolah menjelma, dua minggu semua pelajar dan guru akan meninggalkan sementara buku dan semua rutin. Cikgu Fatin sekeluarga pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapanya, kepulangan mereka disambut girang oleh ahli keluarga. Kebetulan adik beradiknya yang lain juga turut pulang, maka meriahlah rumah di kampung itu dengan pelbagai kisah suka duka dan ragam. Cikgu Fatin merupakan anak kedua dalam keluarga, mempunyai seorang abang yang berkerjaya dan kakak ipar yang bergaya. Begitu juga adik-adiknya, juga berkeluarga dan berjaya. Namun, tiada seorang pun yang tahu akan kegiatan luar norma yang dijalankan oleh Cikgu Fatin.
Sepanjang di kampung, rumah ibu bapa Cikgu Fatin meriah dikunjungi sanak saudara, yang jauh dan dekat. Sepupu rapatnya juga berkunjung bertanya khabar, iaitu anak kepada adik ibunya. Bertugas sebagai pegawai Polis di IPD Sepang di sebuah negeri di utara, telah berkahwin namun lewat memiliki zuriat. Isterinya kini sedang mengandung lima bulan, anak pertama mereka setelah tiga tahun berkahwin.
"Akak sihat?" tanya Maisarah, isteri sepupunya itu yang manis senyumannya menghulur tangan bersalaman.
"Alhamdulillah, dah besar dah perut tu Mai.." balas Cikgu Fatin senyum, mengerling memandang ke arah Osman, suami Maisarah. "Man apa khabar?" tanya Cikgu Fatin.
"Baik kak" jawab Osman sengih.
Mereka berbual kosong, macam-macam cerita yang timbul, diselang seli gelak tawa. Begitu juga suami Cikgu Fatin yang turut sama berkongsi cerita. Menjelang petang, mereka berdua minta diri untuk pulang. Selepas bersalaman, Osman menghampiri Cikgu Fatin.
"Kak, jangan bocor ya kak, please"
"Jangan risau, ko jaga akak, akak jaga ko" jawab Cikgu Fatin perlahan sambil senyum penuh makna.
Kereta Osman dan Maisarah bergerak meninggalkan perkaranga rumah. Cikgu Fatin senyum mengenangkan bisikan Osman tadi, hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku antara mereka.
YOU ARE READING
SETIA KUKORBANKAN
General FictionKarya terbaharu TICERSHAM, Mengisahkan kehidupan para isteri yang tabah menghadapi onak ranjau yang mencabar dalam menjalani hidup berkeluarga dalam dunia yang penuh liku, dengan suasana masyarakat yang mementingkan diri, dan ekonomi yanag tidak me...
