Bab 1 : Mewahnya

43.8K 211 7
                                    



Cikgu Siti mengerling ke arah Cikgu Salwa yang sedang menunggu makanan yang dipesannya dari kantin, dia agak cemburu melihat gelang pulut dakap yang besar di pergelangan tangan rakan sejawatnya itu. Mengikut perkiraannya, pasti dalam lingkungan 15 ribu. Tu tak termasuk lagi gelang lipan yang melingkar di tangan satu lagi tu, pasti harga mencecah 10 ribu. Hendak ditanya, segan pulak sebab dia tak berapa rapat dengan rakan sejawatnya itu, tetapi menurut cerita, Salwa baru sahaja 8 tahun berkhidmat, mana mungkin dia mampu memiliki kemewahan seperti itu. Lagi pun, suaminya pun guru juga di sekolah menengah di hujung bandar.


"Aku yang dah keje lebih 10 tahun pun tak mampu nak beli" getus hatinya, melihat gelang emas biji ketumbar yang kecil, yang dihadiahkan oleh suaminya kira-kira dua tahun lepas semasa hari ulangtahun perkahwinan mereka. Siti tidak menyangka yang suaminya mampu menghadiahkan gelang itu kerana dia sedar akan pekerjaan suaminya sebagai pegawai pemasaran, namun itulah tanda kasih sayang suaminya padanya. Cikgu Siti amat berbesar hati dengan pemberian suaminya itu.


Namun, hati wanita, ada sedikit perasaan cemburu melihat rakan sejawat yang lain mampu memiliki gelang dan rantai yang harganya belasan ribu ringgit. Antara yang memiliki gelang emas yang begitu selain Cikgu Salwa, ialah Cikgu Rozita, Cikgu Adila dan Ustazah Raihan. Cikgu Siti perhatikan mereka mewah berbelanja, sesekali Cikgu Siti stalk IG dan FB mereka yang baginya, perasaan cemburu itu wujud. Namun, bagi Cikgu Rozita, dia tidak kisah sangat sebab suami Cikgu Rozita memiliki perniagaan sendiri, begitu juga suami Cikgu Adila, seorang pegawai tinggi di syarikat swasta.


Selepas mendapat pesanan, Cikgu Siti terus ke bilik makan guru, membawa bersama makanan dan minumannya. Dia duduk, lalu menyuap perlahan-lahan sambil otaknya ligat berputar.


"Hai Ti, menung apa tu, mengelamun jer...."


"Eh Kak Fatin" tersentak Cikgu Siti dari lamunannya itu apabila ditegur oleh Cikgu Fatin Liyana, yang telah lama berkhidmat, kiranya otai la di sekolah ini.


"Fikir apa tu?" tanya Cikgu Fatin seraya duduk di hadapan Siti.


"Takde apa kak, teringat keje berlambak tak siap lagi tu" jawab Cikgu Siti sambil menghirup minuman


"Keje tu takkan abis Ti, buat je yang mana sempat, janji siap" Cikgu Fatin memberi nasihat.


Cikgu Fatin Liyana, dia ni mengajar subjek BM, dah hampir 20 tahun kat sekolah ini, dan menjadi kesayangan pengetua dan pentadbir sekolah. Ini disebabkan kepakarannya dalam mata pelajara tersebut, pemeriksa kertas peperiksaan dan juga dia juga seorang JU di negeri ini. Maka, kedudukannya di sekolah memang selamat, dan menjadi pakar rujuk kepada guru-guru baharu yang mengajar subjek tersebut. Suaminya adalah seorang pegawai di SUK. Cikgu Fatin berusia 45 tahun, tapi penampilannya, gayanya, bentuk tubuhnya seakan 30an, dan selalu menjadi usikan guru-guru lelaki di sekolah. Cikgu Fatin juga mewah, kalau dilihat dari segi penampilannya, barangannya, seperti handbag, telefon, wallet, semuanya ori, bukan copy ori.


"Kak Fatin...." Cikgu Fatin menoleh, kelihatan Cikgu Salwa senyum menggamit ke arahnya. Cikgu Fatin membalas senyuman.


"Meh la dok sini sekali" pelawa Cikgu Fatin, lalu Cikgu Siti menarik kerusi duduk di sebelah Cikgu Fatin.

SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now