Bab 5 : Cucuk Jarum

24.7K 352 38
                                    



"OK, tapi akak harap Rai tak terkejut, dan tak marah akak, tak pandang serong pada akak. Akak Cuma nak bantu, bagi idea je. Its OK kalau Rai tak setuju. Cerita sini habis sini"


Cikgu Fatin agak berkira-kira juga nak melibatkan Ustazah Raihan dalam kancah ini, namun sebagai sahabat dan wanita, dia faham apa yang dilalui oleh Ustazah Raihan. Sepanjang tiga tahun dia melakukan kerja sampingan ini, pendapatannya memang bertambah, kepuasannya juga bertambah. Apa yang tidak dapat diberikan oleh suami, Cikgu Fatin dapat melalui lelaki lain, baik kebendaan, mahupun kepuasan. Jadi, dia berhajat nak jadikan Ustazah Raihan sebagai rakan kongsi dalam bisnes part time ini, dan sekiranya Ustazah Raihan setuju, bebannya berkurang la sedikit. Banyak job dan slot yang terpaksa dilepaskan disebabkan kekangan masa.


"OK kak...cerita la .."


"Macam ni, jadi escort ViP"


"Escort macam mana tu kak?"


"Macam ni la, akak cakap bahasa kasar yang mudah faham, sebab kita sama-sama dewasa, akak harap Rai faham. Escort tu macam pelayan"


"Pelayan kat kedai ke"


"Bukan, tapi atas katil"


"MasyaAllah kak, macam pelacur tu kak..." terbeliak mata Ustazah Raihan. Dia tak menyangka itu yang dimaksudkan oleh Cikgu Fatin


"Ye, akak tau, Rai memang tak dapat terima, dan akak pun tak mau Rai terlibat, akak hanya bagi tau apa yang akak buat je"


"Akak buat?"


"Ye, akak buat, tengok la akak punya beg, wallet, phone, barang kemas, gaji cikgu mana mampu nak pakai semua ni"


"Tapi kak, berdosa besar tu"


"Akak tau, macam akak kata tadi, duit dapat, kepuasan pun dapat"


"Aduhai, Ya Allah, kenapa kak....kenapa...."


"Kehendak dunia Rai...."


"MasyaAllah"


"Akak tau rai terkejut, akak harap Rai rahsiakan hal ni, akak percaya Rai, akak tau Rai akan jaga aib akak" pesan Cikgu Fatin memegang lengan Ustazah Raihan.


Ustazah Raihan terdiam, kelu, menunduk melihat rumput di bumi. Apa yang dibaca dan diketahui melalui internet, rupanya ada terjadi, dan ianya berlaku pada rakan sejawatnya. Semuanya terimbau kembali, apa yang dibaca, punca yang berlaku, kesan dan akibat, semuanya terlintas di fikirannya.


"Dah lama ke akak ... "


"Tiga tahun..."


"Lamanya...suami akak?"


"Sampai skang dia tak tau"

SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now