Part 11

133 14 0
                                    

"YOU didn't come." Satu tuduhan dilemparkan. Sinis kedengaran. Tuduhan yang jelas ingin menjatuhkan hukuman. Buat si pendengar meneguk liur yang terasa berpasir.

Sekian lama tidak bertemu, ayat pertama yang terbit di bibir lelaki itu berupa satu tuduhan. Jelas marah bila dia tidak muncul di lapangan terbang menjemput kepulangan lelaki itu ke tanah air. Atau lebih tepat lagi melarikan diri sebaik tahu tentang konspirasi si bapa dan si pembuli.

"Busy," balas Dahlia senada. Memberi alasan tanpa berfikir panjang.

Mata meliar ke pintu. Memastikan punya ruang untuk lolos. Malang sekali tubuh sasa milik si abang sepupu menutup segala ruang dan peluang.

Lelaki itu nyata tidak peduli tentang adab di antara lelaki dan perempuan. Tidak silu memunculkan diri di bilik seorang gadis. Ish!

Sebaik selesai solat subuh dia sudah bersiap sedia untuk ke syarikat Kamila. Lelaki itu bagai tahu rancangannya. Muncul di kamar tidur seorang gadis ingin menjadi batu penghalang.

"Busy?" Suara garau si abang sepupu semakin sinis bergema.

Pandai benar mencipta alasan sedangkan gadis itu sudah tiba di lapangan terbang. Lesap sebaik dapat meneka tentang kepulangannya.

Dahlia hanya mampu mengangguk sekilas. Mengiakan alasan yang langsung tidak kukuh di pendengaran sesiapa.

Entah kenapa berhadapan dengan lelaki tinggi lampai itu menimbulkan rasa gentar di hati. Mungkin imej lelaki yang kini penuh dengan karisma seiring usia, atau renungan yang tajam menikam hingga ke dasar hati buatnya ingin menghilang dari pandangan lelaki itu.

Malang sekali dia masih kekal terpacak di lantai. Kaku di situ. Hanya sepasang mata terus meliar tanpa cuba mendarat di seraut wajah kacak di hadapan mata. Jauh sekali untuk mencemar pandangan sendiri menatap tubuh kekar tidak berbaju.

Bibir terasa mahu menghamun lelaki yang tidak tahu malu. Terlalu selesa menayang segala otot kekar di tubuh agaknya. Hanya mengenakan seluar panjang putih untuk menutup apa yang patut ditutup.

Tuala putih tergantung di leher. Rambut pula masih kelihatan basah. Malah ada titis air yang mengalir jatuh ke dada lebar yang mampu membuat ramai gadis menelan liur berkali-kali. Gulp!

Tahulah baru lepas mandi. Tak perlu datang menggodanya di sini!

Damn you!

Wajah terasa berbahang tanpa dipinta.
Lelaki itu sengaja mahu membuatnya berdarah hidung agaknya. Grrr....

"What do you want?" soal Dahlia hampir tidak kedengaran. Sukar untuk bersuara kala diri dibelit aura lelaki itu. Aura yang membuat romanya merinding sendiri.

Dia ingin segera menghalau lelaki itu pergi. Jangan mengganggunya di sini.

Muiz menghapuskan jarak di antara mereka. Bibir didekatkan ke wajah indah si gadis. Membiarkan hangat nafas berdesah mengusik sekeping hati milik Nur Dahlia Awatif.

"Lia tahu apa yang abang mahu, sayang," bisik Muiz penuh makna mendalam. Suara garau dalam miliknya mampu membuat degupan jantung si gadis berdegup laju.

Bertaut kening Dahlia mendengar bicara si abang sepupu.

Apa yang dia tahu, hah?!

Dia langsung tidak tahu apa-apa. Kalau tahu sekalipun, dia tetap akan berpura-pura tidak tahu. Tidak tahu yang lelaki itu mahukannya. Ingin memilikinya. Sungguh dia tidak mahu tahu.

Bertahun-tahun berlalu, kenapa lelaki itu masih menuntut untuk memilikinya? Macam tiada gadis lain yang mampu menarik perhatian lelaki itu pula.

Kan ramai minah saleh di sana. Pastinya lebih menawan dan menggoda. Kenapa perlu mencarinya juga?

Mereka tidak pernah berjanji setia. Eh, silap. Lelaki itu sering berbicara yang bukan-bukan. Hanya dia yang tidak sudi melayan. Tidak berminat untuk menerima seorang pembuli di dalam hidupnya.

"I tak tahu," balas Dahlia bersahaja.

Dia terasa janggal menggelarkan lelaki itu dengan panggilan abang. Hanya memaksa diri menggunakan gelaran itu di hadapan Tuan Marzuki. Selebihnya dia lebih selesa tidak memanggil lelaki itu dengan apa-apa gelaran sekalipun. Humph!

"Tak tahu?" Kening dijongket. Dagu si gadis dipaut tanpa silu.

Wajah yang sudah dekat dirapatkan lagi. Bibir yang tadi jaraknya seinci kini hampir berlaga. Andai si gadis cuba membuat gerakan pasti bibir mereka akan bersatu. Dan dia mengalukan jika itu berlaku.

Dahlia menelan liur berkali-kali. Diam tidak berkutik. Tidak berani bergerak ketika ini. Bimbang ciuman pertamanya akan menjadi milik si pembuli yang dibenci.

"Lia tahu, sayang. Tak guna pura-pura tak tahu," bisik Muiz lembut bersulam amaran buat si gadis sedar akan status sendiri. Status bakal isteri untuk seorang suami.

Dahlia mendengus kasar. Tidak cuba membidas mahupun memprovok lelaki yang mungkin akan bertindak lebih jauh jika dia cuba menidakkan.

Dia perlu melepaskan diri dari cengkaman si pembuli terlebih dahulu sebelum menyatakan sebarang penolakan. Kedudukan mereka ketika ini meletakkannya dalam keadaan pasif. Buatnya terpaksa menelan segala rasa yang mendongkol di dada. Damn it!

"Turun sarapan dengan abang. Faham?" arah Muiz tegas.

Mahu meloloskan diri sekali lagi, huh? Tak semudah itu. Si gadis hanya mampu lolos jika dia sengaja memberikan peluang. Andai dia ingin mengikat si gadis di sisinya, siapa mampu menyelamatkan gadis itu dari genggamannya? Nobody!

Dahlia mengangguk perlahan. Tahu dia tidak punya pilihan ketika ini. Menurut untuk sementara sebelum merangka rancangan seterusnya. Cis!

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now