Part 2

186 10 0
                                    

SENYUMAN yang jarang muncul bermain di bibir kala mata tertancap pada imej gadis ceria yang terletak di sudut meja. Sentiasa menemani hari-hari yang berlalu tanpa kewujudan si gadis di sisi.

Hanya sekeping gambar mampu menjadi peneman selama 6 tahun dia berada di negara orang. Terasing tanpa ahli keluarga. Jauh dari gadis yang dipuja.

Pun begitu 6 tahun yang terasa menyeksakan tetap berlalu pergi. Dan tidak lama lagi dia akan pulang ke sisi si gadis. Gadis yang begitu liar tanpa kehadirannya.

Langkah gadis itu akan dikekang selepas ini. Tidak lagi akan dibiar bebas berkeliaran.

"Can't wait to leave?"

Suara Brendon, si pembantu kanan syarikat menyapa gegendang telinga. Lelaki kacukan America Latin yang bakal mengambil alih tempatnya selepas ini.

"Yeah."

"She's beautiful," komen Brendon.
Bukan pertama kali dia melihat gambar di atas meja si majikan. Dan bukan pertama kali juga bibirnya memuji.

"Of course she is. She's mine."

Nada yang digunakan cukup posesif. Seolah si gadis telah menjadi hak milik mutlaknya. Seolah tiada apa yang mampu menghalang dari menjadikan gadis itu kepunyaannya. Bagai sudah mendapat lesen besar.

"You must invite me to the wedding," tingkah Brendon. Yakin akan mendengar tentang majlis perkahwinan si majikan tidak lama lagi.

Lelaki tidak sukar untuk menilai lelaki lain. Si majikan tidak pernah mengusik perempuan sepanjang 6 tahun berada di sini.

Bukan tiada yang menggoda. Malah gadis tempatan di sini tidak ketinggalan cuba menarik perhatian si majikan yang sentiasa kelihatan serius dan beku.

Malang sekali si majikan seolah tidak punya nafsu. Jika bukan kerana gambar yang terletak di atas meja si majikan, lelaki serius beku itu pasti dianggap meminati kaum sejenis.

Setia benar. Perkataan yang sukar untuk dihadam lelaki seperti Brendon yang mengamalkan hubungan bebas. Tidak suka terikat.

"Sure," balas Muiz tanpa ragu.

Dia akan menjemput pembantu kanannya itu. Malah akan dijemput seramai mungkin untuk meraikan majlis raja sehari selayaknya seorang permaisuri.
Dia mahu semua orang tahu siapa pemilik hatinya. Mahu melabel gadis itu agar tiada lagi lelaki lain yang berani mendekat.

Gadis itu sudah lama dibiarkan bebas. Telah tiba masanya untuk merantai kaki si gadis agar tidak lagi cuba mengumpan kumbang liar.

Dia bukan penyabar orangnya. Namun kerana janji yang diungkap pada bakal bapa mentua, dia memaksa diri memejamkan mata dengan onar si gadis. Membiarkan si gadis bebas untuk seketika sebelum merantai kemas gadis itu di sisinya.

'Tunggu abang pulang, Lia,' hati berdesis lembut. Cuba membisikkan bicara buat sang kekasih hati. Malang sekali tidak mampu didengari gadis yang masih terkinja-kinja di sisi lelaki lain.

Kalau bukan kerana jarak yang memisahkan, mustahil untuk membiarkan si gadis lepas bebas begitu sahaja. Tidak mengapa. Dia akan kembali untuk menambat si gadis agar sentiasa berada di sisinya.

Si gadis yang telah lama bebas perlu diajar untuk menjadi seorang isteri. Isteri yang taat buat seorang suami. Patuh sentiasa.

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now