Part 8

138 16 0
                                    

KELIBAT si anak saudara yang melangkah menghampiri membuat senyuman lebar tersugil di bibir Tuan Marzuki. Kepala diangguk berkali-kali. Berpuas hati dengan penampilan anak muda yang kelihatan cukup matang seiring dengan usia.

Usia si anak saudara sudah menjejak 32 tahun. Jika si anak saudara tidak cuba mengintai puterinya pasti dia akan menggesa lelaki muda itu cepat-cepat menamatkan zaman bujang.

Apakan daya si anak saudara terlalu memuja puteri tunggalnya. Mustahil untuk dia melepaskan Dahlia ke tangan lelaki lain begitu cepat walaupun lelaki itu anak saudara yang dibesarkan dengan tangannya sendiri.

Lalu permintaan si anak saudara tidak semudah itu untuk ditunaikan sehingga dirasakan benar-benar layak untuk bersama puterinya. Dan Muiz nyata tidak mengecewakan. Malah terlalu layak untuk menyunting puterinya sebagai isteri.

Disebabkan itu, kali ini dia membawa Dahlia bersama menyambut kepulangan si anak saudara. Malang sekali puterinya bijak meneka. Konspirasinya terbongkar di tangan Dahlia.

"Mana Lia?" Itu soalan pertama yang terbit di bibir sebaik bayangan gadis yang dirindui tidak kelihatan di mata.

"Lia..."

"Lari, huh?" potong Muiz memahami apa yang berlaku. Gadis itu tidak pernah jemu cuba melarikan diri daripadanya biarpun tahu usaha itu hanya sia-sia sahaja.

Tuan Marzuki tersenyum penuh makna. Tidak menyalahkan si anak yang begitu pantas melarikan diri. Andai Muiz benar-benar mahukan puterinya, lelaki muda itu perlu bekerja keras menawan hati gadis yang diinginkan.

Senyuman sinis bergayut di bibir Muiz. Memahami maksud di sebalik senyuman bakal bapa mentua. Masih menuntutnya bekerja keras.

Tidak mengapa. Untuk memiliki sang puteri, dia sanggup melakukan apa sahaja.

'Nur Dahlia Awatif.' Hati membisikkan sebaris nama itu. Rindu yang menggunung menuntutnya mencari gadis yang dipuja.

Pun begitu dia tidak perlu tergesa-gesa. Dia sudah kembali berpijak di bumi yang sama. Mustahil untuk si gadis terus menjauhkan diri. Jika dia mahu, bila-bila masa sahaja dia dapat mengheret si gadis untuk berdiri di sisinya.

"I'm back, darling," bisiknya lembut. Senyuman sinis terus bergayut di bibir. Andai si gadis melihat pasti menimbulkan gerun di hati.

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now