Part 13

153 14 0
                                    

"SYARIKAT Lia bukan kat sini," tingkah Dahlia sebaik tiba di bangunan Simfoni Group milik Tuan Marzuki. Destinasi yang salah padanya.

"Mulai hari ni Lia akan bekerja di sini."
Bulat mata Dahlia mendengar arahan diktator si abang sepupu. Memandai sahaja membuat keputusan.

Dia memandang ke arah Tuan Marzuki yang baru melangkah keluar dari perut Bentley. Meminta penjelasan dari si bapa yang tiba-tiba dirasakan seperti orang asing.

"Erm, Lia boleh mula kerja di syarikat daddy hari ni. Jadi pembantu Muiz," sokong Tuan Marzuki.
Si menantu mahu bakal isteri bekerja bersama. Dia tentu sahaja tidak akan menghalang. Bagus untuk puterinya belajar tentang  syarikat yang akan diwarisi suatu hari nanti.

"What?!" soal Dahlia hampir tidak percaya bila Tuan Marzuki sesuka hati membuat keputusan itu.

Kenapa tiba-tiba sahaja dia dipaksa bekerja di Simfoni Group? Selama ini Tuan Marzuki tidak pernah mengarahkannya bekerja di syarikat. Tidak peduli jika dia membuang masa di luar sekalipun.

Sebaik si anak saudara pulang, Tuan Marzuki mula membuat keputusan yang berbeza. Sengaja ingin mendera anak sendiri. Mengikut sahaja permintaan anak saudara.

"No!" bentak Dahlia menolak arahan itu.

Dia tidak berminat untuk belajar tentang syarikat Tuan Marzuki. Dia lebih suka bersenang-lenang menghabiskan harta si bapa.

Dahlia tidak mahu memeningkan kepala untuk membuat segala keputusan rumit. Apatah lagi mahu berdepan dengan ahli lembaga pengarah yang pasti ingin menunjuk hebat di hadapan gadis mentah sepertinya.

Lagi pula Tuan Marzuki masih mampu mengendalikan Simfoni Group. Andai tidak mampu sekalipun, pewaris lelaki veteran itu sudah kembali ke tanah air. Serahkan sahaja pada si pewaris. Tidak perlu melibatkannya dalam hal syarikat.

Ya, padanya si abang sepupu yang akan mewarisi Simfoni Group dari tangan Tuan Marzuki. Dan dia merasakan keputusan itu tidak salah.

Baginya elaun bulanan dan dividen tahunan yang diterima sudah melebihi apa yang diperlukan. Segala apa yang dimahukan akan ditunaikan Tuan Marzuki tanpa banyak soal.

Aset yang dimilikinya bukan sedikit. Pelaburan yang dibuat sebagai rakan kongsi Kamila juga mendatangkan hasil yang lumayan.

Semua itu sudah cukup untuk menjadikannya jutawan muda. Untuk apa dia menyemakkan kepala cuba mengambil tempat Tuan Marzuki sedangkan ada calon yang lebih layak?

Walaupun dia tidak sukakan si abang sepupu, dia mengakui lelaki itu cukup hebat untuk menjadi pengganti Tuan Marzuki suatu hari nanti. Dia sama sekali tidak akan membantah. Malah bersetuju dengan rela hati.

"You can't say no," tutur Muiz tenang. Menarik tangan yang masih berada di dalam cengkaman agar membuntuti langkahnya.

Dahlia yang masih ingin menyuarakan bantahan terpaksa mengikut rentak lelaki itu. Apa lagi yang boleh dilakukan bila tangannya sudah dijadikan tawanan?

Bukan dia tidak cuba merentap kembali tangannya. Gagal berkali-kali. Sia-sia sahaja.

"Daddy," seru Dahlia cuba meminta simpati Tuan Marzuki yang membiarkan sahaja anak sendiri dibuli di hadapan mata. Buatnya meragui kasih seorang bapa.

Bukankah dia puteri kesayangan daddy? Kenapa daddy berada di pihak lawan, huh? Urgh!

"Dah tiba masa untuk Lia belajar tentang syarikat daddy," ujar Tuan Marzuki seraya mengusap ubun-ubun si puteri memberi semangat agar menerima nasib yang ditentukan bakal suami.

"Lia tak suka," desis Dahlia bengang. Mata mencerun tajam pada kedua-dua lelaki tinggi lampai yang sengaja ingin merosakkan kedamaian hidupnya.

Hati ingin menghamun kedua-dua lelaki yang suka mengatur hidupnya. Geram betul.

"Suka atau tak... Lia tetap kena belajar," tegas Muiz tidak memberi peluang untuk si adik sepupu mengelak dari menggalas tanggungjawab yang sepatutnya.

Tangan gadis itu ditarik agar membuntuti langkahnya. Menuju ke bilik pejabat di mana mereka akan bekerja bersama.

Setiap saat dan waktu gadis itu akan dipastikan dimonopoli olehnya. Mengganti semula 6 tahun yang berlalu tanpa gadis itu di sisi.

Telinga ditulikan dari mendengar protes si gadis. Dia punya alasan yang kukuh untuk melakukan semua ini biarpun akan menambah rasa tidak suka Dahlia terhadapnya.

Rasa tidak suka boleh berubah kepada suka. Rasa benci boleh bercambah menjadi cinta. Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini. Yang penting gadis itu setia di sisi. Soal hati tidak sukar untuk diraih setelah Nur Dahlia Awatif menjadi surinya nanti.

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now