Part 5

130 8 1
                                    

MASING-MASING memandang wajah yang jelas kelihatan monyok. Wajah yang menunjukkan masalah membelenggu pemiliknya.

Kamila menjongket kening. Tidak faham apa yang berlaku pada si teman yang selalu ceria. Wajah tanpa senyuman itu mengundang tanda tanya.

"Bad mood," jelas Dahlia tanpa perlu disoal. Tahu benar apa yang bermain di fikiran Kamila.

"What's wrong?" soal Kamila.

Jarang untuk melihat si teman begitu. Jika mood si teman mula ke laut pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali ini entah apa pula yang akan terjadi?

Pernah sekali seminggu Dahlia bermuram durja tanpa sebab yang pasti. Tidak lama selepas itu kucing kesayangan Dahlia dilanggar kereta tanpa dapat diselamatkan lagi.

Teresak-esak si teman bila mendapat perkhabaran itu. Gadis ceria itu punya hati tisu. Sejak itu Dahlia tidak lagi sudi membela haiwan peliharaan. Tidak sanggup berdepan dengan kematian.

"Entah," balas Dahlia acuh tak acuh. Menongkat dagu di meja kerja Kamila.

Pagi-pagi lagi dia sudah tercongok di syarikat mereka. Ingin bertemu si teman yang juga mengalami nasib yang sama.

Si teman dipaksa kekasih lama. Dia pula entah kenapa mencuka. Pelik benar. Seolah sesuatu yang besar akan berlaku di dalam hidupnya yang aman damai selama ini. Mengganggu keamanan sepanjang hayat.
Keluhan berat terletus di bibir.

"Just smile," tingkah Kamila terasa tidak kena bila si teman monyok begitu.

"Pandai arahkan orang. Kau boleh senyum, huh?" selar Dahlia sinis.

Kamila menghadiahkan jelingan tajam buat si teman bila dipaku dengan situasi sendiri.

Mampukah dia tersenyum bila setiap detik yang berlalu akan menjerat hidupnya bersama suami yang tidak dipinta?

"Kalau kau tak boleh senyum... kau boleh tinggalkan bilik pejabat aku," tingkah Kamila geram. Tidak perlu memburukkan lagi mood yang telah dirosakkan oleh lelaki bernama Nizar Naail.

"Tak baik halau kawan baik kau sendiri."

"Shut up!" deram Kamila membuka komputer riba di atas meja kerja. Malas melayan si teman yang datang untuk membuang masa.

Fokus pada kerja mampu membuatnya lupa seketika tentang lelaki yang menyesakkan dada.
Terletus tawa di bibir Dahlia dengan tingkah si teman. Pun begitu dia tidak berundur. Selesa menempel di bilik pejabat si teman dari melepak di bilik sendiri ketika bad mood.

Teman baik perlu susah senang bersama. Bila angin masing-masing dilanda ribut biar sama-sama menghadapinya. Melengkapi di antara satu sama lain.

Kamila mendengus halus. Membiarkan sahaja Dahlia menjadi penunggu di biliknya. Masing-masing mula membisu. Seorang fokus pada komputer riba. Seorang lagi tidak jemu menjadi pemerhati bisu.

"Abang Nizar kau tak datang?" soal Dahlia memecahkan keheningan di antara mereka setelah hampir sejam menjadi tunggul di hadapan Kamila.

"Kenapa dia nak datang?" soal Kamila acuh tak acuh. Tidak berminat dengan isu berkaitan lelaki itu. Mengharap lelaki itu tidak akan muncul di hadapan mata mengganggu hidupnya. Humph!

"Sebab rindukan bakal isteri dia," balas Dahlia tersenyum lebar bila melihat wajah si teman mula masam mencuka.

Dia tahu Kamila tidak suka dipaksa. Dia sendiri begitu. Namun jika Nizar tidak memaksa, Kamila pasti akan menyendiri hingga ke hujung usia. Lalu tindakan Nizar mendapat sokongan kuat daripadanya.

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal berkali-kali. Apatah lagi bila lelaki yang menghampiri terlalu cinta dan setia.

Kamila perlu memberi diri peluang untuk menikmati bahagia. Jangan kerana seorang Syakir buat Kamila menutup peluang di hadapan mata.

"Kalau rindu... perlu datang mengganggu?" Kamila mencebikkan bibir sebelum kembali fokus pada komputer riba.

"Of course," balas Dahlia tanpa ragu.

"Aku tak suka dia datang. Lagipun... bukan aku yang rindu," balas Kamila tanpa emosi.

"Betul. Bukan kau yang rindu. Tapi dia cukup rindu," balas Dahlia tersenyum penuh makna seraya mengerling pada lelaki tinggi lampai yang muncul di balik pintu.

Tengoklah. Belum apa-apa lagi sudah muncul di hadapan sang kekasih hati. Benar-benar rindu.

"Aku keluar dulu," tingkah Dahlia sekelip mata menghilangkan diri. Tidak mahu menjadi pengacau daun di antara pasangan kekasih itu biarpun mendapat jelingan tajam dari teman baik sendiri.

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now