Part 1

394 21 2
                                    


"GET OUT!" arah si gadis menghalau tetamu yang tidak pernah diundang. Tetamu yang suka benar muncul di kamar si dara sunti. Mengganggu tanpa jemu. Seolah kamar si gadis bukan daerah terlarang untuk seorang lelaki.

Hakikat itu tidak dapat digunakan untuk lelaki tinggi lampai yang membesar di bawah bumbung yang sama dengan si gadis.

Biarpun si gadis nyata tidak suka, lelaki tinggi lampai itu tetap selamba menayang wajah di hadapan si gadis. Memastikan si gadis tidak lupa tentang siapa yang bakal memiliki seluruh jiwa dan raga Nur Dahlia Awatif.

"I'm leaving," ucap si jejaka. Merenung tepat ke dalam sepasang mata bundar yang tidak pernah menyimpan rasa yang sama untuknya.

"Great," balas si gadis dengan nada ceria.
Sememangnya berita itu yang ditunggu-tunggunya. Tidak sabar untuk lelaki itu berambus dari hidupnya. Tidak asyik muncul di hadapan mata. Mengongkong segala tingkahnya. Benci!

Mendengar balasan si gadis buat senyuman sinis mula bermain di bibir. Dagu runcing si gadis dipaut. Merapatkan jurang di antara mereka.

Bibir selamba mendarat  di cuping telinga si gadis. Berbisik lembut menabur janji dan amaran buat si gadis kesayangan.

"Jangan gembira sangat, Lia. You can only be mine. Abang akan kembali, Lia. Jaga diri untuk abang, sayang."

Bulat mata bundar si gadis mendengar amaran dan janji yang diungkap lelaki itu. Telinga terasa panas dek hembusan lelaki yang suka benar mengambil kesempatan. Dada berombak menahan api yang mula membara.

Sungguh dia tidak suka dengan tingkah lelaki diktator itu. Menganggapnya seolah sudah menjadi harta lelaki itu.

Siapa mahu menjadi milik lelaki itu, hah?
Dia tidak pernah memberi persetujuan. Hanya lelaki itu yang tidak silu menayang wajah di hadapannya. Sentiasa mendesak dan memaksa sedari mereka kecil lagi. Menyampah betul!

Nasib baik lelaki itu telah diarahkan untuk mengambil alih anak syarikat daddy di luar negara. Aman hidupnya selepas ini. Tidak perlu lagi berdepan dengan lelaki itu setiap masa. Terpaksa mengikut peraturan tidak munasabah lelaki itu seperti selalu.

Hati yang diasak amarah kini berdetik teruja. Tidak perlu marah-marah dengan lelaki yang akan pergi tidak lama lagi. Diharap pergi tidak akan kembali. Humph!

Selepas ini dia akan bebas sebebasnya. Tidak lagi akan dikongkong oleh sesiapapun. Jauh dari genggaman lelaki itu.

Senyuman lebar bermain di bibir. Nyata gembira dengan pemergian lelaki itu. Malah tidak sabar menunggu lelaki itu menghilang sepenuhnya dari pandangan.

"Great!"
Hati berlagu ceria. Langsung tiada kerinduan mahupun keresahan bila akan ditinggalkan oleh lelaki itu. Heartless!

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now