Part 10

129 11 0
                                    

PERLAHAN-LAHAN dia menjingkit masuk ke dalam vila Tuan Marzuki. Lagak seorang pencuri pula. Tidak mahu mengejutkan penghuni yang mungkin telah telah lama dibuai lena. Atau lebih tepat lagi tidak mahu terserempak dengan lelaki yang akan merosakkan kedamaian hidupnya.

Lewat malam baru dia berani memunculkan diri. Tidak mahu ditangkap oleh tetamu tidak diundang.
Kalau diikutkan hati dia langsung tidak mahu pulang. Memikirkan si bapa yang akan dibelit rasa bimbang buatnya mengheret diri untuk kembali.

Dia tidak mahu merisaukan Tuan Marzuki. Lelaki veteran itu pula sanggup berkonspirasi dengan musuhnya. Sungguh tidak patut!

Mata meliar ke ruang tamu yang kelam tanpa cahaya. Tiada siapa menanti kepulangannya. Tangan naik mengusap dada sebelum kaki memanjat tangga naik ke tingkah atas. Menuju ke kamar tidur.

Dahlia menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya malam ini dia tidak perlu berdepan dengan si pembuli mahupun si bapa yang seronok berkomplot.
Esok sesudah subuh dia akan tercongok di syarikat. Bekerja keras bersama Kamila lebih baik dari berhadapan dengan si pembuli.

Si gadis tersenyum senang memikirkan rancangan yang diatur untuk mengelakkan pertemuan berlaku. Tidak sedar akan sepasang mata hitam yang menjadi pemerhati setiap tingkahnya.

Senyuman yang berbunga di bibir pula kelihatan cukup sinis ketika ini. Sayang sekali tidak dilihat si gadis yang sudah menghilang di dalam kamar. Menyangka diri selamat dari cengkaman si pembuli.

Muiz For DahliaWhere stories live. Discover now