Hari demi hari aku rasa nak menjerit je sebab apa?sebab nak kahwin dah!tak sabar!Lepas kahwin boleh lah aku buli Adrian kan?Hehe.
Tiba-tiba iphone ku berdering dan aku angkat call itu.
"Hello?ya ma?"
"Ha,Fia.Mama nak kamu dah selesaikan untuk urusan akad nikah ni?" Kata mama dan aku terdiam sekejap.Adrian ni tak bagi tahu apa apa pun.
"Er..Belum."
"Belum?!kamu pergi sekarang dengan Adrian,lagi 1 minggu je ni kamu nak kahwin.Family belah Adrian bagitahu mama yang mereka semua dah sewa dewan dan pekerja sedang siapkan pelamin."
"Oh,kejap lagi Fia pergi dengan Adrian uruskan akad nikah."
Habis sahaja berborak dalam call itu,aku naik tangga dan bersiap.
~~~~~~~~~~~
Aku berjalan di sebelah Adrian dan kami uruskan akad nikah sama sama.Habis sahaja uruskan akad nikah,aku pandang Adrian dan di dalam hatiku aku sudah sumpah seranah si Adrian ni.Adrian pandang aku balik.Aku jeling dekat Adrian.
"Ingat cantik lah tu jeling-jeling aku." kata Adrian dan aku pandang Adrian dengan tajam.
"Pardon?" Adrian senyum sedikit dan berlalu pergi.Aku ternganga sedikit tengok Adrian yang terus berlalu pergi itu.
MELAMPAU!
"Oi!tunggu lah!" kata ku dan aku kejar Adrian.Adrian abaikan aku.
Adrian berjalan ke pantai itu dan aku ikut.Aku pandang sunset itu dan sangat cantik.Aku tersenyum sedikit.Aku pandang ombak itu pula dan aku berkata.
"Langit dan lautan...Jangan berharap setinggi langit,kalau tak nak jatuh sakit sedalam lautan." Adrian terus pandang aku yang sedang pandang ombak itu.
Ya Allah,semakin hari akad nikah ku semakin dekat dan akan menukarkan status hidup ku sebagai seorang anak dara dan akan menjadi milik seorang lelaki yang bernama Tengku Adrian Alexandra.
"Macam kau lah.Kau kata dekat diri kau kan?hehe."
Kata Adrian dekat ku sambil tersenget sedikit.Aku siku perutnya terus dan Adrian terus mengaduh sakit."Nak masuk ICU gamaknya ni" Adrian terus tunduk sikit sambil pegang perutnya yang disiku oleh aku.Tu lah!jangan macam-macam dengan aku.
"Awak."
"Apa kau,pendek?" Aku jeling Adrian dan tarik tarik bajunya.Aku buat muka comel.
"Hodoh muka kau,kalau kau buat muka comel." perli Adrian dan aku cubit tangan Adrian.
"Boleh tak?"
"Apa kau ni?kau sembang apa ni?Apa yang bolehnya?" tanya Adrian dengan heran dekat aku.Mana taknya tetiba 'boleh tak?'.Aih.
"Awak buat backflip dekat sini!Boleh?" Adrian ternganga sedikit.Gila apa aku buat backflip dekat tempat awam ni?Kata adrian dalam hatinya.
"Kau tak nampak ramai orang ni?gila apa?." aku merengus sedikit dan aku berkerut pandang Adrian.Adrian gelak.
"Oh!tak apa,tak apa!" kata ku dengan merajuk dan aku berlalu pergi.Adrian kejar aku dan tarik tangan ku.
"Ok fine!aku buat ni!tengok muka hensem tunang kau ni!bakal suami kau!Bakal suami kau buat backflip paling gempak punya lah.Jangan risau!Ni Adrian,plus ketua mafia." Kata Adrian dan Adrian ke belakang sedikit dan Adrian buat backflip.Aku tersenyum lebar dan bersorak gembira.
"Lagi sekali!" kata ku dengan senyum lebar dan Adrian..
SIDE EYES!
Dekat aku.Ehek!
"Sembang macam aku ni tak ada perasaan malu pulak." Adrian pandang aku dengan tak puas hati.Aku ni malu,tahu malu?Kata Adrian dalam hati.
~~~~~~~~~
Harini aku akan jadi wife Adrian!Tapi tu lah.Debar jantung ni macam nak pecut lari satu bumi ni.Nelly masuk bilik ku dan nampak yang akak ku sedang makeup aku.
"Elele suka lak kau!tahu lah aku single!" kata nelly dengan tidak puas hati dekat aku dan akak ku gelak.
"Nanti muncul lah tu jodoh kau dekat wedding fia ni.Mana tahu kan?entah-entah kawan Adrian." Kata akak ku.Cahaya Lufyanna.Nelly tersengeh sedikit.Mana tahu kan?
Aku hanya senyum sedikit,malas ingin melayan perangai Nelly yang tak seberapa ini.Aku pandang diri ku disebalik cermin itu.
'Betul ke keputusan aku kalini?'
'Aku boleh ke jadi isteri yang terbaik untuk Adrian?'
'Aku takut'
Aku menunduk sedikit dan pandang tangan ku yang shaking.Aku genggam tangan ku dan letak dekat dada ku.Aku tutup mata sekejap dan aku bukak mata ku kembali.Aku menghela nafas.
Aku berjalan keluar bilik bersama akak ku dan Nelly.Kami turun tangga dan keluarga ku semua tengah tunggu di kereta masing masing.Akak ku tolong aku jalan kerana dress wedding ku labuh lah jugak.
Nelly bukak pintu kereta untuk ku dan aku masuk.Akak ku masuk dalam kereta dan Nelly pun masuk.Akak ku bawak kereta.
Kereta keluarga ku yang lain ikut dari belakang kereta yang akak ku pandu.
~~~~~~~~~~~~~
Adrian pandang kiri kanan dan terpandang muka cantik ku.Jantung Adrian mengepam laju kerana tak sabar nak.Aku yang baru masuk dewan itu terpandang Adrian yang sudah berpakaian baju melayu dengan sampin,siap songkok lagi di kepalanya.Aih,hensemnya.
Adrian tak putus-putus pandang aku yang sedang berjalan duduk di pelamin nampak mewah itu.
Adrian berdehem sedikit dan menunduk kerana pipinya memerah sedikit.Theodore pandang Adrian yang pipi memerah itu dan Theodore cucuk pinggang Adrian dan Adrian terlompat.
"HAHAHAHA!!" Theodore gelak dengan kuat.Belum apa-apa lagi dah buat hal ya?Dekat gari perkahwinan Adrian pulak tu!
Teetamu yang berada dalam dewan itu tahan gelak dekat siapa?mesti lah dekat ketua mafia kita kan?Encik Adrian kita.
Adrian buat riak biasa dengan muka dinginnya.Nak cover malu lah tu.Apa?Ingat mafia ni tak ada perasaan malu ke?Kamu memang silap!
Tok kadi letupkan jari jemarinya dan berdehem sedikit.Tok kadi berjabat tangan dengan Adrian.Muka Adrian masih dingin.
"Ehem.Tengku Adrian Alexandra Bin Tengku Aadrean Alexandra"
"Ya" kata Adrian dengan dingin dan tegas.
"Aku nikahkan dikau dengan Cahaya Luffia Binti Mohd Aldrich dengan mas kahwinnya sebanyak RM25.000 dibayar tunai."
"Aku terima nikahnya,Cahaya Luffia Binti Mohd Aldrich dengan mas kahwinnya sebanyak RM25.000 dibayar tunai. "
"Sah?"
"Sah"
"Sah!"
Dengan sekali lafaz.Cahaya Luffia sudah jadi milik Adrian selamanya.Adrian senyum sedikit dan raup wajahnya.
ig: _shalv0
first acc tt: _shalv
untuk promote this story acc tt: _shalvy0
YOU ARE READING
THE REDFLAG MAFIA
FanfictionCharacter: Tengku Adrian Alexandra & Cahaya Luffia Tengku Adrian Alexandra dikenali sebagai seorang mafia..dan dia sangat mencintai dan obsessed kepada seorang perempuan as...