Sinopsis

112 4 0
                                    

Laju tangan Adreena menangkap tangan Farhan. Farhan terkedu melihat Adreena bertindak sebegitu. Perlahan lahan Farhan mengalihkan kepalanya untuk melihat kearah Adreena yang masih lagi kecil itu.

Adreena masih memegang tangan Farhan dengan kuatnya. Dia tidak mahu Farhan pindah rumah. Farhan mengeluh kecil.

Dia mula melutut menghadap muka Adreena yang masih kecil itu sambil tersenyum. "Adreena, Farhan bukan pergi lama pun, nanti kalau Adreena rindu Farhan call and chat je Farhan ok?". Balas Farhan sambil mengusap kepala Adreena.

Adreena tersenyum tawar. "Tipu, abang Farhan tipu!, abang Farhan cakap taknak tinggalkan Adreena". Adreena menolak tubuh Farhan sehingga membuatkan Farhan jatuh terduduk.

Adreena memeluk dirinya sambil memandang kearah lain. Merajuk!.

Laju Farhan mengusap kepala gadis itu. "Abang janji nanti kalau abang dah besar abang cari Adreena". Balas Farhan lagi. Cuba memujuk Adreena.

Adreena memandang Farhan sambil tersenyum. "Betul ni?, janji tau?". Tanya Adreena sambil tersenyum.

"Ye janji".

Farhan terus memasuki keretanya. Sempat dia memeluk Adreena buat kali terakhir. "Hati hati tau abang Farhan!". Teriak Adreena sambil melambai.

Farhan hanya membalas lambaian Adreena.

"Janji tau... ".

Cinta yang menyakitkan namun itulah hakikatnya. Cinta yang diharapkan namun derita yang diberi.

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now