BAB 16

44 5 0
                                    

HARINI SAYA BUAT SIKIT JE SEBAB PENAT DAN TAK BEBERAPA SIHAT...

Tuan Yusoff yang memandang Puan Elyana itu mula merasa hairan. Gelas yang dipegangnya itu terus diletakkan semula diatas meja.

Dia memandang Elyana sambil menghembus nafas kecil sebelum bicara. "Kenapa awak ni?, ada masalah ke?". Tanya Tuan Yusoff, hairan.

Puan Elyana hanya mendiamkan dirinya. Pertanyaan Tuan Yusoff itu langsung tidak dijawabnya. Dia hanya merenung secawan teh yang berada didepannya.

Tuan Yusoff mula mengaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Dah kenapa dengan isteri aku ni?.

"Yana... cuba cerita".

"Huh... saya tengok Farhan tu macam pelik lah, macam ada sesuatu yang dia sorok dari kita termaksuk Adreena, awak tahu tak, semalaman Adreena tunggu Far balik tapi batang hidung Farhan pun Adreena tak nampak, kesian Adreena tau".

Tuan Yusoff yang mendengar sahaja cerita Puan Elyana itu mula mengerut pelik. Memang lah si Adreena tu ada tunggu Farhan tapi takkan lah sampai berjaga?.

"Saya rasa diorang gaduh lah, kalau tak takkan lah pagi tadi mereka nak bermasam muka?".

"Ada lah tu, kita tak payah lah amik tahu sangat, lagipun itu bukan hak kita untuk tahu masalah diorang, biasa lah tu suami isteri bila gaduh macam saya dengan awak dulu dulu".

Puan Elyana menghembus nafas kecil. Cawan yang berisi air teh itu dihirupnya dengan perlahan.

* * * * * *

Adreena hanya duduk diatas katil itu sambil memeluk tubuh. Dia mula terfikir apabila Farhan bersama dengan Danisya.

Laju Adreena menggeleng kepalanya. Memang tak lah aku nak amik dia jadi madu aku. Musuh sendiri kot.

"Huh...".

Tanpa fikir panjang dia terus keluar dari bilik itu. "Lantak kau lah, aku punya kaki suka hati lah aku nak jalan ke nak duduk ke". Sinisnya.

Dia hanya duduk diruang tamu itu sambil termenung. Dia membuka talefonnya dan melihat gambar gambar semasa mereka berkhawin.

Waktu ini sebenarnya Adreena sangat bersalah kerana layan suaminya dengan sangat kasar.
Dia mengusap gambar itu lalu menangis.

Hanya tangisan yang dapat tenangkan Adreena pada waktu ini. Dia memeluk talefon itu dengan erat. Dia sangat kecewa dan sakit.

Mahu sahaja dia ingin meminta Farhan untuk melepaskannya namun disebabkan dia mengandung dia tidak mahu berkata apa apa.

Lebih baik diam dari bersuara. Diam lebih tenang. Laju dia mengesat air matanya dengan kasar apabila melihat Farhan telah keluar dari bilik itu.

Farhan berjalan sambil mendekati Adreena. "Kenapa keluar?, saya cakap duduk dalam bilik kan?".

Namun Adreena hanya mendiamkan dirinya. Malas mahu cakap setelah apa yang berlaku. Farhan terus duduk melutut menghadap kearah Adreena.

"Sayang... awak salah anggap, saya dengan Danisya tak buat apa pun, baby just temankan dia je, lagipun baby panik sangat ssbab tu lupa nak bagitahu sayang...".

"Panik?".

Farhan terus menceritakan dari awal bercerita sampai lah ke pengakhiran cerita. Adreena hanya memandang Farhan. Air matanya kini mula bertakung.

Lambat lambat air matanya deras menurun dan membasahi pipi. Farhan terus bangun dan terus duduk disebelah Adreena.

Farhan memeluk Adreena sambil mengucup dahinya. "Saya minta maaf". Bisik Adreena yang sedang teresak menangis itu.

Farhan hanya memeluk Adreena sambil megelap air matanya. "Dah dah..., nanti mama dan papa tanya kenapa sayang menagis masak lah baby nanti kena marah".

Adreena ketawa kecil. Dia memandang wajah Farhan sambil tersenyum. "Semalaman saya tunggu awak, saya nak bagitahu sesuatu".

"Bagitahu apa?...".

"Tak jadi lah, nak merajuk lagi".

"Alaaa, sayang ni". Farhan mengucup pipi Adreena. Namun langsung tidak memberi kesan terhadap Adreena. Adreena memeluk tubuhnya sambil berpaling kearah lain.

"Sayang, pandang sini".

Perlahan lahan Adreena memusingkan kepalanya. Dia melihat Farhan dan terus menampar Farhan dengan lembut.

"Kenapa pandang macam tu?". Tanya Adreena sambil ketawa kecil.

Cupp!

Farhan mengucup bibir Adreena. Adreena terkedu. Membulat matanya apabila Farhan mengucupnya.

"Sorry". Leret Farhan manja.

Adreena hanya tahan dirinya dari tersenyum. "Mana aci main macam tu".

"Aci lah, cepat nak bagitahu apa?, baby nak tahu".

"Hmmm, sebenarnya sayang mengandung!".

"Mengandung?!?!". Terkejut Farhan. Dia terus memandang Adreena. Macam tidak percaya apa yang didengar oleh Farhan sebentar tadi.

"Yes!".

Farhan terus memeluk Adreena dengan eratnya. Adreena pula hanya mampu membalas pelukkan itu.

SORRY LAH KALAU TAK BEST☹️

☆BERSAMBUNG☆

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now