BAB 5

72 4 0
                                    

Keesokkan harinya Adreena terus bersiap untuk pergi ke kerjanya. Dia juga telah menghubungin Tuan Yusoff dan memberitahunya yang dia akan sampai lambat sikit kerana dia masih lagi berada di kampung halamanya.

Tuan Yusoff faham dengan situasi Adreena sakarang ini. Dia tidak kisah Adreena mahu pergi atau tidak ke office kerana tidak lama lagi Adreena akan menjadi menantunya. Namun hanya Adreena sahaja belum tahu bahawa Farhan sebenarnya anak kepada Tuan Yusoff dan Puan Elyana.

Ni kalau Adreena tahu memang dah pengsan jawabnya. Bapak bukan main lagi baik tapi anak mengalah kan syaitan.

"Mama adik dah nak gerak ni". Adreena terus menglangkah pergi kearah keretanya. "Hati hati bawak kereta tu adik, ni kirim salam dekat Farhan sekali". Balas Puan Zalikha.

"Ok ma, assalamualaikum".

"Waalaikumusalam".

* * * * * *

DI KL...

Adreena terus bergegas masuk kedalam office itu. Dia juga agak kalut kerana Tuan Yusoff tiba tiba ingin berjumpa dengannya.

Laju tangannya mengetuk pintu Tuan Yusoff.

TOK TOK TOK

Adreena mengetuk pintuk sebanyak tiga kali. Dan Tuan Yusoff menyuruhnya untuk terus sahaja masuk kedalam. Jelas kelihatan Tuan Yusoff sedang duduk dikerusi itu.

Tuan Yusoff menyuruh Adreena untuk duduk terlebih dahulu. Adreena hanya mengikuti kata kata Tuan Yusoff itu.

Belum sempat Adreena ingin bersuara Tuan Yusoff terlebih dahulu memontong. "Dengar cite kamu nak khawin dengan Farhan?".

Adreena hanya tersenyum. Takut hendak memberitahu yang dia sebenarnya kena khawin paksa. Nak taknak terpaksa lah berbohong demi kebaikan dirinya sendiri.

"Ye kenapa Tuan?". Tanya Adreena.

"Mesti kamu belum tahu kan siapa mama dan papa Farhan kan?.... saya adalah ayah Farhan".

Dengar saja kata kata itu Adreena terus tersenyum nipis. Kejutan demi kejutan. "Kenapa hidup aku ni selalu dengan kejutan?!, dah lah kena khawin paksa lepastu aku baru tahu si Tuan Yusoff ni ayah Farhan, aduhh asal lembab sangat otak aku ni eh?!". Omel Adreena.

"Kenapa?, terkejut?.... hahaha biasalah tu, lepasni jangan panggil saya dengan panggilan Tuan panggil je papa". Arah Tuan Yusoff sambil tersenyum.

"Ok Tuan, eh!, maksud Adreena papa". Balas Adreena pula dengan gagapnya. "Lepasni takkan lah aku nak panggil Puan Elyana mama?... nak buat macam mana? Dah takdir... terima jelah". Omel Adreena.

"Kalau takde pape Adreena boleh turun kebawah". Balas Tuan Yussoff pula. Dahi Adreena berkerut. Dah pahal tiba tiba je ni.

"Ada apa ye dekat bawah tu papa?". Tanya Adreena. "Farhan dah tunggu Adreena dekat bawah, papa nak Adreena luangkan masa dengan Farhan, yelah nanti bila Adreena dah khawin senang sikit nak tahu pasal Farhan ni". Jelas Tuan Yusoff.

Adreena tersenyum nipis. Dia terus menglangkah keluar dan terus turun kebawah. Sempat dia mengomel didalam hatinya. "Balik kampung balik kl, datang office, naik office, turun office, ingat aku tak penat ke?". Kesal Adreena.

Dan jelas kelihatan Farhan sedang menunggunya kebawah. Adreena tayang muka menyampah.

"Sebab papa awak je tau saya buat kalau bukan disebabkan papa awak, kalau orang lain yang suruh memang tak lah saya nak keluar dengan awak?". Sinis Adreena sepuas puasnya. Geram.

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now